RSS

Qazaf 301: Peguam Keluar Mahkamah Bantah Hakim Bertindak Tidak Relevan



KUALA LUMPUR 30 Jan: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar dari Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur, kerana tidak berpuas hati dengan keputusan hakim memberi kebenaran kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain mendengar permohonan mengetepikan kes qazaf.
 
Sidang Media oleh Peguam DSAI dan Wan Azizah sejurus keluar dari Mahkamah

Peguam, Kamar Ainiah Kamaruzzaman berkata, pihaknya enggan bersekongkol dengan keputusan hakim Datuk Zohdi Toha yang disifatkan tidak relevan.
Menurutnya, beliau tidak dapat menerima keputusan itu kerana berpendapat hakim perlu mendengar permohonan kebenaran terlebih dahulu dan memutuskan sebelum mendengar hujah daripada peguam menteri untuk mengetepi rayuan tersebut.
Beliau bersama-sama tiga lagi peguam, bertindak keluar dari mahkamah selepas tiga hakim mahkamah rayuan memutuskan perkara itu.
Kami tidak boleh sertai (prosiding), ia terang-terang satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemohon.
“Jadi kami terpaksa untuk keluar. Kami akan mengambil tindakan susulan iaitu menyemak keputusan kehakiman,” kata Kamar Ainiah kepada pemberita di luar mahkamah, lapor Malaysiakini.
Hakim Datuk Zohdi Toha bersama dua lagi hakim rayuan – Datuk Aidi Moktar dan Datuk Hussin Harun – memutuskan demikian selepas meneliti surat cara permohonan dan mendengar hujah kedua-dua pihak selepas mahkamah ditangguhkan selama setengah jam.
Selepas mendengar keputusan tersebut, Kamar Ainiah bangun membantah keputusan itu dan menegaskan akan membuat semakan kehakiman sebelum bertindak keluar mahkamah.
Sebelum peguam responden itu keluar mahkamah, Roslizam – ketua barisan peguam pemohon -  bangun dan mendakwa tindakan Kamar Ainiah itu dianggapnya menghina mahkamah kerana hakim membenar prosiding diteruskan.
Kamar Ainiah bagaimanapun menarik balik kenyataannya bahawa peguam pemohon “boleh mengambil duit zakat”.
Selain Kamar Ainiah, Anwar diwakili oleh Dorina Abdullah, Dr Mohd Rafie Shafie dan Mohamad Burok.
Manakala pemohon diwakili oleh tiga peguam iaitu Roslizam Rahim, Abdul Halim Bahari dan Mohd Ridzuan Ramli.
Turut hadir Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan puluhan penyokong KEADILAN.


sumber: Keadilan Daily
 
 
.


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors