RSS

Malam Terakhir Kempen N.27 Merlimau - Antara DAP, MCA dan Gerakan


Merlimau 5 Mac 2011 - Malam terakhir menjelang detik jam 12 menyaksikan semua pihak melipat kali gandakan usaha mereka untuk menarik pengundi bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Tinjauan di beberapa tempat terutamanya di kawasan pekan yang majoritinya adalah kaum Cina menyaksikan DAP menguasai pentas-pentas ceramah yang mereka anjurkan.


DAP mendominasi pengundi-pengundi Cina apabila dilihat mendapat kunjungan yang ramai dari kaum yang membentuk 20.8% dari keseluruhan pengundi kawasan N.27 ini. Penampilan dan gerak kerja agresif yang dibuat oleh DAP bagi membantu calon PAS, Yuhaizad bin Abdullah 38 tahun dilihat sebagai ulangan gerak kerja yang mereka lakukan dalam pilihanraya kecil N.05 Tenang yang menyaksikan peningkatan jumlah bilangan pengundi Cina walaupun Barisan Nasional (BN) menang 2 peti undi yang tewas pada pilihanraya umum 2008 yang lalu.


Senario berbeza apabila tinjauan mendapati hampir tiada langsung gerak kerja dari parti mewakili kaum Cina dari komponen BN iaitu MCA dan Gerakan. Apabila wartawan kami bertanyakan apakah program yang ada untuk Kritis hadir dan membuat liputan, jawapan dari petugas adalah "Tiada!".

Ramalan mengikut gerak kerja yang dilakukan oleh DAP, MCA mahupun Gerakan, Kritis menjangkakan ulangan keputusan N.05 Tenang bakal berlaku. Undian pengundi kaum Cina akan memihak kepada calon PAS berbanding calon BN.

Persoalannya, adakah ianya kerana perubahan angin pengundi ataupun kegagalan MCA dan Gerakan melakukan gerak kerja agresif yang dipertontonkan oleh DAP?

         - Kritis

.


0 Responses to "Malam Terakhir Kempen N.27 Merlimau - Antara DAP, MCA dan Gerakan"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors