RSS

‘Mungkinkah Hang Tuah ahli Umno’? (Kajian Dan Fakta)




PROFESOR Emeritus Khoo Kay Kim kembali menjadi tumpuan apabila membuat kenyataan bahawa pahlawan terbilang orang Melayu, Hang Tuah adalah mitos sahaja. Bagi saya ini tidak benar sama sekali sebab Hang Tuah memang wujud. Tidak lain dan tidak bukan, Hang Tuah adalah ‘ahli Umno’ yang amat terkenal sebab beliau telah mewujudkan konsep Ketuanan Melayu. Tak percaya, tak mengapa; hal ini sama seperti tidak mempercayai kewujudan Hang Tuah!

Hang Tuahlah yang dikatakan membuat kenyataan terkenal itu: “Takkan Melayu hilang d idunia.” Ungkapan inilah sebahagiannya membolehkan Umno meraih sokongan dan dukungan kaum Melayu supaya dapat mengekalkan kuasa sebagai Kerajaan Pusat sejak zaman merdeka hingga ke hari ini.

Konsep Ketuanan Melayu inilah yang memperkasakan Umno sebagai juara orang Melayu seolah-olah PAS tidak mampu memperjuangkan nasib orang Melayu.

Hang Tuahlah yang bijak melahirkan konsep ini dan dengan bantuan media arus perdana yang dikawal oleh Kerajaan Umno-BN, konsep ini telah diperluaskan dan diheboh-hebohkan di kampung-kampung untuk meraih undi Melayu.

Memang Hang Tuah wujud, malah Hang Tuah ialah OKU lagi. Di sini, OKU bukan Orang Kurang Upaya ataupun Orang Kelainan Upaya tetapi Orang Kuat Umno! Bertuahlah nasib Hang Tuah ini yang telah diberi sokongan sepenuhnya oleh orang Melayu yang telah jatuh cinta 100 peratus dengan konsep yang diwujudkan oleh beliau.

Berlainan pula dengan nasib Hang Jebat yang telah dihina dan dilabel sebagai pengkhianat dan penderhaka. Inilah perbuatan ‘spin’ media arus perdana yang memburukburukkan imej Hang Jebat padahal Hang Jebat ialah seorang yang berjiwa rakyat.

Malangnya konsep Ketuanan Rakyat yang diwujudkan oleh Hang Jebat itu telah ditenggelamkan oleh media arus perdana.

Inilah ungkapan Hang Jebat yang memperjuangkan konsep Ketuanan Rakyat demi kebaikan rakyat biasa, rakyat marhaen dan rakyat yang tertindas:

“Aku Jebat, rakyat biasa. Pangkat aku untuk kepentingan rakyat. Bergerak aku untuk membuat jasa kepada rakyat dan aku rela mati untuk rakyat kerana aku mahu keadilan, keadilan. Keadilan!”

Jebat boleh diumpamakan sebagai ahli KeADILan dan nasibnya seperti juga Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebab beliau juga telah dilemparkan tohmahan yang bukan-bukan oleh puakpuak tidak berprinsip, tidak beretika dan tidak bermoral melalui media arus perdana yang dikawal oleh mereka. Kasihan Jebat!

Diharap dalam zaman celik IT ini, rakyat akan dapat menilai siapakah wira rakyat yang sebenar dan akan mengundi mengikut nilai-nilai murni Islam yang mengagungkan keadilan dan perjuangan demi keadilan untuk rakyat.
~ SELENA TAY


Benarkah Hang Tuah lima bersaudara wujud?. Ini jawapan dari  Professor Melayu(umno?)...

Hang Tuah adalah wujud , bukan tokoh mistik ! 

Kajian Arkeologi Buktikan

Makam Hang Tuah

Seorang pakar arkeologi, pada Jumaat mempertahankan kewujudan Hang Tuah berdasarkan bukti arkeologi.

"Saya percaya tokoh ini wujud. Nama Hang memang sudah wujud di alam Melayu. Panggilan Hang ada di Padang Lawas Sumatera, Indonesia.

"Tetapi nama yang empat orang lagi itu (Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu) mungkin boleh dikaji lagi,"
kata Yang Dipertua Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman.


Beliau berkata meskipun tiada kajian khusus dijalankan, namun kajian arkeologi membuktikan terdapat beberapa penemuan daripada tinggalan seramik atau tembikar yang menunjukkan kesan pada abad ke-15.

"Kajian khusus tidak ada, tetapi kalau makam, ia ada walaupun nama tidak tertulis padanya," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau diminta mengulas mengenai pendapat ahli sejarah Prof Tan Sri Khoo Kay Kim bahawa Hang Tuah tidak wujud dan lebih merupakan tokoh mistik.

Beliau berkata tiada bukti dan rekod tentang kewujudan Hang Tuah begitu juga dengan Puteri Hang Li Po dari China yang dikatakan telah berkahwin dengan Sultan Melaka di abad ke-15. ~ Bernama


Kita lihat pula kata mereka yang menjalankan kajian dengan Fakta dan Saintifik...

Hang Tuah - Malay or Chinese Warrior? 

In June 1998, the government of Malaysia had hired a team of experts from across the continent to be gather here in Malaysia for a research project to compliment the history studies that we undertaken in our secondary school. The objective of the research is simply:

To find evidence that shows the Malays are the origins of Malaysia and they are the first race and religion that land in Malaysia. To further strengthen their claims, they need to find the graveyards of the Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu and Hang Kasturi to show the existence of their pioneer.

Makam Hang Jebat

Now, these are the findings of the team of scientists, archaeologist, historian and other technical staff from the United State, United Kingdom, Germany, Canada, Yemen & Russia:

  • The graves of Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu and their close friends have been found and their skeletons had been analyzed. Their DNA had been analyzed and it is found that Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu etc. are not Malay, but Chinese (Islamic Chinese, just like the famous Admiral Cheng Ho). (Sumber)

 

Jadi yang mana kita kena percaya, dari pendapat mereka yang bersumberkan riwayat dan hikayat atau dari kajian saintifik serta kajian DNA? Tepuk dada tanya akal....






.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors