RSS

Beza Raja England Dan Raja Kita



"Sejak kebelakangan ini perhubungan diantara institusi raja dan rakyat jelata telah menjadi isu hangat yang dibicarakan didalam media massa, internet mahu pun dikedai kopi. Topik ini sangat relevan kepada orang Melayu oleh kerana dari segi perlembagaan dan adatnya Kesultanan Melayu wujud sebagai payong kepada bangsa dan pelindung kepada agama Islam .

Namun beberapa insiden yang berlaku telah menampakkan kepincangan didalam hubungan ini . Rata rata orang Melayu sangat menghormati institusi raja raja ini dan mereka tidak mempersoalkan kedudukan istimewa yang dikecapi oleh sultan, raja serta kaum kerabat mereka. 

Tetapi ini tidak bermaana yang rakyat akan menerima bulat bulat apa sahaja yang dilakukan oleh raja raja serta kaum kerabat, apatah lagi jika perbuatan itu menampakkan kerendahan budi pekerti serta moral dari sudut hukum Agama dan adat. 

Kita bukan lagi duduk dizaman kuno dimana siapa yang gagah berkuasa dan siapa yang mempunyai hulubalang dan bala tentera yang ganas boleh menguasi kumpulan yang lebih lemah. Dizaman moden ini kita dapat membandingi satu keadaan dengan satu keadaan ditempat yang lain tanpa kita ketempat itu.


Institusi Raja diEngland telah bertapak lebih lama lagi dari Institusi kesultanan Melayu. Malahan institusi kesultanan kita telah meniru sistem Raja Berpelembagaan England dari segi pentadbirannya, dengan beberapa pengubahsuain tentu sekali . 

Namun nampak dengan jelas beberapa kelainan yang ketara diantara kedua dua institusi ini. Institusi diRaja England, termasuk Queen , boleh dikritik dan ditegur oleh rakyat jelata dan perbelanjaan istana tidak dirahsiakan. 

Dan sebenarnya Queen serta kerabat telah banyak kali diberi teguran sama ada  melalui akhbar akhbar, oleh individu dan juga melalui perdebatan di Parlimen. 

Tatkala sebahagian dari Buckingham Palace telah terbakar, Queen Elizabeth II terpaksa membuat pembaikan mengguna wang sendiri oleh kerana rakyat menganggap itu adalah tanggung jawap nya sendiri. 

Queen dan kerabat tidak terlibat berebut projek dan apa apa  konsesion kerajaan ( saperti kawasdan balak dinegara kita ) dengan rakyat jelata. Kerabat Queen bekerja untuk menyara diri termasuk cucunya ( anak Prince Phillips dan Diana ) yang kedua duanya menyertai pasukan bersenjata sebagai pilot helikopter.

 
Kita berharap agar perkara hubungan diantara dan raja ini diberi perhatian secara rasional .


Memandangkan institusi diRaja ditanggung melalui dana wang rakyat maka perlu ada persefahaman diatas kehendak kedua dua pihak. Janganlah jadikan raja raja Arab sebagai contoh . Kejatuhan Shah Reza Pahlavi oleh kerana dia tidak mendengar keluhan rakyat marhaen".
  


sumber asal



.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors