CommJam 6x6 Fuch buatan Jerman yang dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia merupakan Aset rahsia Electronic Warfare (EW) digunakan untuk menggagalkan sebarang bentuk komunikasi wireless
oleh pihak musuh sekaligus menggagalkan koordinasi pihak mereka.
Pada masa ini, CommJam atau signal jammer ini digunakan oleh ATM dalam operasi yang sedang dijalankan di Sabah untuk mempertahankan kedaulatan nagara dari ancaman dari pengganas Sultan Sulu.
Menurut facebook VAT 69, kejayaan sistem ini terbukti kerana rancangan awal pengganas berjaya digagalkan, pelan untuk menimbulkan huru hara di tempat-tempat seperti di Kunak, Tungki, Tingku, Kinabatangan, Sandakan dan Semporna lain gagal kerana masalah komunikasi.
Yang menjadi pertanyaan ialah, alat komunikasi apakah yang digunakan oleh Azzimudie untuk menghubungi Manila. Tak mungkin dia menggunakan pondok telefon untuk membuat panggilan ke Manila. Oleh yang demikian, jika dia menggunakan telefon bimbit atau alat komunikasi canggih lain (sekiranya ada), peralatan-peralatan berkenaan perlu dicaj dari semasa ke semasa.
Bagaimanakah dia hendak mengecaj kesemua peralatan komunikasinya itu jika dia berada di dalam hutan? Jika dia menggunakan telefon bimbit atau alat komunikasi canggihnya itu dengan berkesan, apakah CommJam yang digunakaan oleh ATM itu tidak berfungsi atau telah ketinggalan zaman?

Persoalannya bagaimana Azzimudie Kiram yang berjaya meloloskan diri bersama beberapa pengikutnya ke Filipina berjaya menghubungi rakan-rakan mereka yang berada di Filipina?
Azzimudie sering menelefon ke Manila untuk mendapat arahan
daripada abangnya dan juga melaporkan apa yang sedang berlaku di Sabah,
yang terbaru, Abraham mendakwa yang Azzimudie telah menelefonnya seawal
jam 6 pagi Rabu untuk memaklumkan yang dia terselamat dalam pertempuran
dengan pasukan keselamatan Malaysia.

.