Wednesday, April 9, 2014

ISU TROPICANA - PENJUALAN TANAH "CANAL CITY" MENGUNTUNGKAN KERAJAAN NEGERI UNTUK JANGKA PANJANG.



PENJUALAN TANAH BERSERTA PELAN PEMBANGUNAN 
‘CANAL CITY’ SELUAS 1,172.28 EKAR DI MUKIM 
TANJUNG DUA BELAS, DAERAH KUALA LANGAT KEPADA 
TROPICANA CORPORATION BERHAD 
(DULU DIKENALI SEBAGAI DIJAYA CORPORATION BERHAD)


Berikutan laporan media mengenai penjualan tanah Tropicana Corporation Berhad kepada Eco World Development Group Berhad. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) (sebuah Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor) ingin memberikan keterangan mengenai penjualan tanah berserta pelan pembangunan seluas 1,172.28 ekar kepada Dijaya Corporation Berhad (kini dikenali sebagai Tropicana Corporation Berhad).

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor pada tahun 2010 telah mempersetujui pembatalan Projek Tebatan Banjir atau PTB yang merupakan perancangan asal untuk dibangunkan di atas tanah tersebut, langkah ini adalah hasil daripada kajian ‘Desktop Study’ daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor yang memutuskan tidak perlu untuk membangunkan PTB tersebut kerana keupayaan kolam-kolam takungan banjir sediaada adalah mencukupi.

Berikutan itu, pada tahun 2011, Lembaga Pengarah PNSB bersetuju terhadap cadangan pengeluaran ‘Request For Proposal’ (RFP) bagi tanah tersebut. Ke arah itu, PNSB telah mengeluarkan iklan notis tender pada bulan Mei pada tahun yang sama. Bagi menilai cadangan-cadangan oleh syarikat-syarikat yang membida, PNSB telah mengambil langkah untuk menubuhkan jawatankuasa penilai yang dianggotai oleh Lembaga Pengarah PNSB, Pengurusan PNSB serta individu Profesional dari pelbagai bidang.


Dijaya Corporation Berhad telah dipilih sebagai pembida yang berjaya dan paling berpotensi dengan tawaran pulangan minima berjumlah 1.297 billion setelah mengkaji dan meneliti secara terperinci permohonan yang dikemukakan. Ke arah itu, perjanjian di antara Menteri Besar Incorporated (MBI), PNSB dan Sapphire Index Sdn Bhd (Anak syarikat Tropicana Corporation Berhad)  telah dimeterai pada bulan April 2013.

PNSB juga telah mengadakan sidang media pada bulan April 2013 mengenai pengumuman penjualan tanah ini dan hadir pada sidang media, YBhg. Dato’ Haji Ahmad Bin Omar, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB dan YBhg. Dato’ Yau Kok Seng, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Dijaya. YBhg. Dato’ Haji Ahmad Bin Omar telah bertegas bahawa penjualan tanah tersebut adalah sah di sisi undang-undang walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah dibubarkan ketika itu dan menegaskan bahawa penjualan tanah tersebut itu adalah wajar bagi Negeri Selangor dengan asas pertimbangan berdasarkan harga semasa dan pulangan yang diterima dan nilai pembangunan kasar (GDV).


Antara lain, ia bukan sahaja positif dalam bentuk pulangan nilaian tanah, tetapi juga mampu memperoleh sebahagian daripada keuntungan projek yang akan dilaksanakan. Pada waktu yang sama ia juga dapat membentuk ‘smart partnership’ dengan Tropicana Corporation Berhad berdasarkan pembangunan yang akan dijalankan.

Berdasarkan transaksi penjualan tanah terbaru dari pihak Tropicana Corporation kepada Eco World Development Group Berhad, Kerajaan Negeri telah mendapat perspektif baru terhadap perjanjian diantara PNSB dan anak syarikat Tropicana Corporation iaitu Sapphire Index Sdn Bhd. dimana Kerajaan Negeri melalui Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) telah menawarkan kepada Tropicana penjualan secara Tunai berdasarkan Nilai Bersih Terkini (Net Present Value) berjumlah RM844,298,433 juta berbanding pulangan RM1.297 billion yang sepatutnya dibayar dalam tempoh 20 tahun oleh Tropicana Corporation.


Kerajaan Negeri pada masa ini sedang merangka cadangan-cadangan pembayaran balik secara tunai daripada Tropicana Corporation Berhad dan cadangan tersebut kini sedang dalam pertimbangan. 





.