Thursday, April 10, 2014

Khalid Ibrahim - Tokoh Yang Tidak Boleh Di Beli, Tetap Setia Pada Parti



Ketika krisis tampok MB Selangor sedang berada dikemuncak semasa panasnya Kajang Move, dikhabarkan datang sekumpulan individu yang MENDAKWA dari PAS Selangor datang bertemu dengan Tan Sri Khalid Ibrahim. Mereka menyarankan agar TSKI keluar dari PKR dan menyertai PAS (yang pastinya dari puak UG), sebagai ganjaran kerusi Menteri Besar dikekalkan pada TSKI, berikutan dengan bilangan ADUN PAS yang tertinggi dalam DUN Selangor.

Namun tawaran tersebut di TOLAK dengan hormat oleh TSKI yang memilih untuk terus  setia bersama PKR. Ini disahkan oleh TSKI diakhbar Sinar Harian .

TSKI walau pun ditohmah dan diasak kiri dan kanan dari dalam Parti PKR sendiri dan juga musuh nombor satunya umno, tetap tidak berganjak. Bagi beliau bukan harta dan jawatan yang dikejarnya, kerana beliau sememangnya tokoh korporatyang telah berjaya. Demi sayangnya beliau pada Parti dan Rakyat Selangor beliau memilih untuk terus berpolitik demi kesejahteraan Negeri Selangor dan Bumi Malaysia ini.


Beliau mungkin tidak berapa bijak berpolitik tetapi bakat serta kebijaksanaan beliau dalam perniagaan dan menguruskan ekonomi merupakan aset yang amat berharga pada Negeri Selangor khususnya dan ianya diakui rakan dan lawan. Beliau TSKI sepatutnya diletakkan sebagai Pemimpin Tertinggi Parti bergandingan dengan DSAnwar Ibrahim. Gandingan kedua tokoh hebat ini amat menguntungkan Parti dan juga Negeri Selangor dan akan memberikan pukulan hebat pada musuh nombor satu mereka iaitu umno.

Terbukti dengan apa yang telah terjadi dengan Kajang Move dimana umno bertindak menghalang DSAI bertanding dengan menggunakan kuasa mahkamah. Andai ditakdirkan DSAI bertanding dan pastinya menang tempoh hari, saki baki umno Selangor pastinya akan terhakis teruk dengan gandingan DSAI dan TSKI. Inilah yang amat membimbangkan Putrajaya dimana DS Najib sendiri yang terpaksa bertindak kotor kerana gandingan tersebut mampu merempuh dan memecahkan halangan ke Putrajaya.



.