RSS

Tutup Mulut Atau Dibunuh



Kerajaan Myan­mar didakwa mengeluarkan ugutan bunuh terhadap etnik Rohingya dan keluarga mereka sekiranya mereka memberi kenyataan kepada media, lapor portal berita Burma Times.

Portal itu yang memetik ke­nyataan sumber yang enggan dikenali melaporkan, etnik Rohingya juga berdepan ancaman bunuh jika mengaku mereka adalah rakyat Myanmar.

Jumaat lalu, kerajaan Myanmar menyelamatkan sekumpulan pendatang etnik itu dari sebuah bot dan memberitahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta media antarabangsa bahawa semua 208 penumpang itu merupakan rakyat Bangladesh.

Penduduk tempatan di Hasurata dan sumber portal itu mengesahkan bahawa kenyataan kerajaan Myanmar tidak benar.

Semua penumpang bot tersebut yang kebanyakannya etnik Rohingya, cepat-cepat dibawa keluar oleh pihak berkuasa sebelum ketibaan media dan pertubuhan antarabangsa ke tempat kejadian.

Tindakan itu menurut mereka bagi menyokong kenyataan pegawai kerajaan bahawa pendatang yang diselamatkan itu adalah dari Bangladesh.

Kini pihak berkuasa memindahkan etnik Rohingya itu ke sebuah lokasi yang tidak didedahkan dengan ada daripadanya dibebaskan selepas membayar sejumlah wang.

Dalam kejadian berasingan, sebuah keluarga etnik Rohingya mendakwa anak mereka menjadi mangsa pembunuhan doktor di Hospital Maungdaw meskipun telah menjalani pemeriksaan selepas keadaannya dilapor sudah bertambah baik.

Riaz, 12, dimasukkan ke hospital Rabu lalu dan keadaannya bertambah baik dua hari selepas itu namun ketika keluarganya meminta kebenaran doktor untuk membawanya keluar, doktor memberi alasan dia perlu dibedah kerana menghidap batu karang sebelum dia meninggal dunia keesokan harinya.

Sementara itu, Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), Pertubuhan Antarabangsa bagi Pendatang (IOM) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Berkenaan Dadah dan Jenayah (UNODC) bakal membincangkan secara bersama 10 pelan tindakan bagi menangani krisis pendatang di Asia Tenggara semasa satu mesyuarat khas di Bangkok esok.

“UNHCR berharap mesyuarat esok akan bersetuju tentang tindakan bersama bagi menangani krisis kemanusiaan dan menangani punca kepada penghijrahan itu,’’ kata pegawai perhubungan kanan serantau UNHCR, Vivian Tan.
 
 
 
 
 
 
 
.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors