Statistik
Jabatan Perangkaan yang menunjukkan Sabah mendahului sebagai negeri
termiskin(kadar kemiskinan 19.7 peratus) menunjukkan slogan ‘janji
ditepati’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kosong
semata-mata.Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Hiew King Cheu berkata,
sebenarnya rakyat Sabah sudah menjadi rakyat kelas ketiga dan terus
terpinggir di sebalik pembangunan pesat negeri lain meskipun mempunyai
hasil bumi yang banyak.
“Memang
sekiranya rakyat ingin maju perlu ada peluang ekonomi, industri, dan
pekerjaan namun di Sabah semua itu hanyalah mimpi. Kerajaan Pusat
mengumumkan projek besar namun akhirnya hanya tinggal cakap kosong
sahaja.
“Mengapa
Sabah masih miskin teruk sedangkan kita mempunyai pengeluaran minyak
yang banyak? Penduduk di kampung masih ramai yang tidak mampu
memperoleh pendapatan RM300 sebulan. Secara jujurnya saya katakan
Kerajaan Negeri(Sabah) dan persekutuan tidak berguna,” kataya.
Menurutnya,
satu ketika dahulu Sabah pernah menjadi negeri antara negeri terkaya
di Malaysia pada tahun 1970an namun kini sepi dengan kehadiran pelabur
sebaliknya dihujani dengan kehadiran pendatang asing.
Menurut laporan itu, Malaysia mengalami sedikit peningkatan dalam kadar kemiskinan antara 2007 dan 2009, yang pertama sejak berakhirnya krisis kewangan Asia pada tahun 1999, demikian mengikut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan.
Kadar
kemiskinan naik daripada 3.6 peratus pada 2007 kepada 3.8 peratus pada
2009 manakala kadar kemiskinan tegar kekal pada 0.7 peratus.
Selain
Sabah, laporan itu juga menunjukkan negeri Perlis (6 peratus) berada
ditangga ke dua, Sarawak dan Kedah (masing-masing 5.3 peratus)
berkongsi di tempat ke tiga.
Jelas Hiew
King Cheu (gambar)berdasarkan kepada situasi ini slogan ‘Rakyat
Diketepi’ lebih sesuai dilaungkan oleh Najib berbanding ‘Janji Ditepati’
bagi mencerminkan kredibiliti pemerintahan Umno-BN yang selama ini
gagal meningkatkan gaji dan mengawal kos sara hidup rakyat.
Najib
dalam bajetnya sebelum ini menjanjikan peruntukan yang besar kepada
Sabah dan Sarawak kononnya bagi tujuan pembangunan dan meningkatkan
taraf hidup rakyat di negeri berkenaan.
Sementara
itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar beranggapan, kedudukan Sabah
dan Sarawak yang mengungguli kedudukan tiga teratas dalam senarai
negeri yang mencatatkan peningkatan kemiskinan membuktikan berlakunya
kepincangan pentadbiran di bawah BN.
Menurutnya,
hasil kajian ini sekaligus menafikan tanggapan jahat pimpinan Umno-BN
selama yang sering mensasarkan negeri pentadbiran Pakatan Rakyat
khususnya Kelantan sebagai negeri miskin tanpa pembangunan sejak
ditadbir Pas lebih 20 tahun lalu.
Katanya,
perkara berkaitan kekurangan kemudahan infrastruktur dan berkaitan
kemiskinan sering menjadi keluhan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak
setiap kali persidangan Dewan Rakyat.
“Walaupun
dari segi pencapaian hasil (bumi) itu banyak di kedua-dua negeri ini
berbanding dengan negeri lain, akibat daripada pengurusan pincang yang
dibuat oleh kerajaan negeri dibawah BN menyebabkan limpahannya tidak
sampai kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi Tv Selangor.
Tegas
beliau, apa yang penting rakyat Sabah dan Sarawak perlu mempunyai
kesedaran untuk melihat kekayaan negeri dikembalikan kepada mereka
setelah lebih 54 tahun melimpah ke dalam poket pimpinan negeri yang
tidak bertanggungjawab.
Najib - KeLanTan AdalaH NeGeri TerMisKiN!
.