RSS

SYABAS BEROPERASI DI BAWAH KEUPAYAAN‏ - JAWATANKUASA PEMANTAU



Jawatankuasa Pemantauan Air yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi dan dianggotai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Konsortium ABBAS dan bekas kakitangan Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS) telah menjalankan pemantauan terhadap operasi SYABAS bermula 18 Julai lalu.
Jawatankuasa ini telah menghantar laporan pertama kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini.

Hasil laporan pertama jawatankuasa ini, terdapat tiga penemuan utama yang perlu diberi perhatian agar rakyat tahu kedudukan sebenar.

Penemuan ini ialah;

1. Keupayaan pengeluaran semua 34 loji ialah 4,807 juta liter sehari berbanding keupayaan agihan SYABAS 4,371 juta liter sehari iaitu lebihan 436 JLH. Ini bermaksud, SYABAS beroperasi di bawah keupayaan sebenar.

2. Projek Mitigasi I yang telah dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya Mac 2013 akan meningkatkan pengeluaran kepada 5, 139 JLH iaitu penambahan 332 JLH atau lebihan 768 JLH berbanding keupayaan agihan SYABAS.

3. Fakta peratusan rizab air sebanyak 2 % yang dilaporkan SYABAS tidak tepat dan mengelirukan. Rizab kapasiti pengeluaran sebenar pada masa ini adalah 11% dan akan meningkat kepada 18 % selepas Mac 2013 apabila projek mitigasi siap sepenuhnya.

Penemuan-penemuan ini membuktikan bahawa SYABAS telah gagal memenuhi tanggung jawab untuk membekalkan air terawat yang secukupnya kepada pengguna seperti yang dipersetujui dalam Penjanjian Penswastaan Air 2004.

Kegagalan ini menguatkan lagi rancangan Kerajaan Negeri untuk ‘step in’ dalam pengurusan SYABAS yang bertujuan membaiki semua kelemahan termasuk syor supaya Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SYABAS dipecat.

Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri telah selesai menyediakan dokumen-dokumen untuk ‘step in’ dalam pengurusan SYABAS dan pasukan yang mewakili Kerajaan Negeri bagi tujuan ini juga sudah bersiap sedia untuk menyertai pengurusan SYABAS bila-bila sahaja bagi membaiki kelemahan.

Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan supaya kuasa meluluskan sebarang permohonan berkaitan pelaksanaan Projek Langat 2 hendaklah dibawa terus kepada Pihak Berkuasa Negeri.

Semua agensi kerajaan seperti Pejabat Tanah Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Hutan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Urus Air Selangor, Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain agensi yang berkaitan untuk merujuk terus sebarang permohonan berkenaan Projek Langat 2 kepada Dato’ Menteri Besar.

Fakta sebenar yang tidak boleh dinafikan semua pihak dalam isu air ini ialah kegagalan SYABAS merancang dan mengurus sistem agihan untuk menyalurkan air terawat kepada pengguna.

Saya meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama beberapa EXCO untuk bertemu rakyat bagi mencari penyelesaian masalah air termasuk membawa tangki-tangki air ke kawasan yang telah bertahun-tahun berdepan kekurangan bekalan air.

Kerajaan Negeri juga menyediakan talian 1-8000-88-2824 untuk orang ramai mengadu masalah air. Pusat panggilan ini juga mengendalikan masalah sampah.

Kerajaan Selangor konsisten dengan pendirian bahawa isu air ini boleh diselesaikan secara holistik sekiranya kerajaan negeri mengambilalih industri air daripada syarikat-syarikat konsesi yang akan menawarkan pembekalan air yang lebih cekap pada harga munasabah seperti yang dihasratkan WSIA 2006.


TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
 
 
 
.


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors