Layakkah mereka bergelar Ketua Agama Islam?
Menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja adalah Ketua
Agama Islam bagi negeri masing-masing, manakala Yang di-Pertuan Agong
ialah Ketua Agama Islam bagi negeri baginda, negeri yang tidak mempunyai
Raja dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Peruntukan sama wujud dalam
perlembagaan negeri.
Peranan Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam adalah merupakan suatu
tradisi yang menjadi amalan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Ia juga merupakan satu hak dan tanggungjawab Raja-raja untuk memelihara
kesucian Agama Islam. Sebagai contoh, di dalam sumpah jawatan Yang
di-Pertuan Agong ada disebut ikrar baginda untuk memelihara kesucian
Agama Islam.
“…Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” – Petikan sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong).
Raja Muda Selangor melawat Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang |
Bukan hanya Yang di-Pertuan Agong, malah semua Raja-raja Melayu
berikrar untuk memelihara kesucian Agama Islam semasa mengangkat sumpah.
Kita sebagai rakyat pula sentiasa diingatkan untuk mentaati Raja-raja. Setiap kali khutbah Jumaat dibacakan, lazimnya dalam doa
kedua khutbah ada dibacakan doa untuk Raja-raja dan pasangan mereka,
pewaris takhta serta putera puteri Sultan dan cucu-cucu baginda.
Sultan dan Raja Muda Selangor berbuka puasa dan merasmikan Masjid |
Bukan setakat doa kepada Raja-raja, tetapi khutbah Jumaat juga disediakan teks untuk mengingatkan rakyat untuk mentaati Raja, contohnya khutbah Jumaat Negeri Perlis pada 18 Mei bertajuk “Raja Berdaulat, Perlembagaan Dijunjung, Sejahtera Rakyat, Negeri Disanjung”. Sebelum itu, pada 13 April pula, khutbah Jumaat yang dikeluarkan JAKIM adalah bertajuk “Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong Tonggak Perpaduan Ummah”.
Sememangnya rakyat sentiasa diingatkan Raja-raja adalah Ketua Agama
Islam di bumi Malaysia ini dan oleh itu perlu menumpahkan taat setia
yang tidak berbelah bagi.
Persoalannya, apakah sebenarnya peranan Raja-raja Melayu
sebagai Ketua Agama Islam? Adakah hanya berperanan berbuka puasa di
Masjid-masjid atau merasmikan masjid dan surau yang baru?
Artikel Cicit Daeng bertarikh 23 Julai 2012 bertajuk Jauhi Pintu Raja kata Imam Syafi’i menyingkap
kisah Raja Arab Saudi dan kaum kerabatnya yang tidak terlepas daripada
melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran Islam
walaupun digelar Custodian of the Two Holy Mosques atau Penjaga
Dua Masjid Suci. Di Arab Saudi atau di bumi Malaysia ini, sama saja
tingkah laku Raja-raja Melayu yang merupakan Ketua Agama Islam, begitu
juga dengan kaum-kerabat mereka. Jika Raja Arab dan kerabatnya melakukan
maksiat dan kemudiannya berselindung disebalik jubah mereka, tiada
bezanya Raja-raja Melayu dan kerabatnya yang melakukan maksiat dan
kemudiannya berselindung disebalik baju Melayu dan songkok – terus
nampak islamik!
Tidak banyak untuk dibicarakan dalam blog entry kali ini. Biarlah gambar-gambar yang berbicara dengan sendirinya. Diharapkan Perkasa akan terus memperjuangkan taat setia dan sanggup ke titisan darah yang terakhir bagi melindungi Raja-raja Melayu, seperti yang dijanjikan semasa perisytiharan perhimpunan “Raja Berdaulat Kasih Dijunjung” pada 29 April yang lalu.
Raja Muda Selangor, Tengku Amir bersama ibunya Lisa Davis (atau Nur Lisa Idris) dan teman wanitanya |
Bercuti di Pulau Redang bersama kekasih. Dinner tidak lengkap tanpa air kencing syaitan |
Berpicnic di London bersama kekasih hati, tidak ketinggalan air kencing syaitan tetap ada |
Party, party, party! Itu telah menjadi darah daging kebanyakan anak cucu Ketua Agama Islam bumi Malaysia |
AWAS 18SX
Mungkin kah wanita bernama Stephanie Hancox ini bakal menjadi Tengku Ampuan Selangor? |
Mungkin juga tatkala khutbah Jumaat dibacakan untuk mengingati rakyat jelata untuk mentaati Raja-raja Melayu kerana mereka itulah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri di bumi Malaysia ini, mungkin pada masa itu baginda sedang sibuk melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.