RSS

Surat Dari Pertubuhan Hindu Sangam Jelaskan Bahawa Anwar Tidak Gadai Akidah




Kepada Sesiapa Yang Berkenaan,

Salam Sejahtera, 

Upacara mengambil 'Aarathi' merupakan satu istiadat yang diamalkan oleh Kaum India sejak turun temurun. Adat ini mempunyai maksud saintifik dan sehingga kini masih diamalkan oleh Kaum India di seluruh dunia.

Oleh yang demikian, Malaysia Hindu Sangam ingin menegaskan bahawa mengambil 'Aarathi' merupakan satu upacara tradisi dan tidak patut dikaitkan dengan agama. Malah upacara ini diamalkan untuk menyambut pengantin-pengantin baru, kelahiran anak, menyambut orang-orang kebesaran dan juga pelbagai upacara mulia.

Sekian,

Salam Satu Malaysia.

(Tandatangan)
 


RS MOHAN SHAN,
PRESIDEN
MALAYSIA HINDU SANGAM




Di atas adalah inti pati surat yang dikeluarkan bertarikh 18 Feb 2012.

Surat dari Pertubuhan Hindu Sangam menjelaskan upacara Aarathi, yang membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tempoh hari sekadar upacara tradisi BUKAN agama.

Sejak seminggu lalu, blogger Umno memainkan isu ini dan bekas mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin juga turut memperkatakan hal yang sama, sebagai membalas isu kehadrian Najib pada sambutan Thaipusam (perayaan keagamaan menghormati Dewa Hindu, Dewa Murugan) pada 7 Februari lalu sedangkan Anwar hanya menghadiri perayaan kebudayaan Ponggal di Batu Gajah, Perak, pada 29 Januari lalu. (Baca di sini kenyataan Dr Asri). 

Baca lagi diSINI dan diSINI


.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors