RSS

APA ITU PERAYAAN PONGGAL.. YANG KONONNYA DISAMBUT ANWAR




Perayaan Ponggal diraikan oleh kaum India pada pertengahan bulan Januari bagi merakamkan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara. Diraikan selama empat hari berturut-turut, Ponggal termasuk Bhogi merupakan acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam. Pongal dalam bahasa Tamil bererti "melimpah-ruah." Minyak melimpah dalam belanga tanah liat melambangkan kekayaan harta benda bagi penghuni rumah. Thaiponggal, dirayakan ketika masa menuai, secara tradisi.

Bhogi

Pada hari pertama perayaan ini, Bhogi yang membawa maksud yang cukup signifikan menandakan permulaan penting dalam kehidupan masyarakat India.

Seluruh rumah dibersihkan dan barang-barang lusuh dibuang dan dibakar bagi menyingkirkan anasir-anasir buruk selepas hampir setahun bercucuk tanam.

 

Surya Ponggal
Pada hari kedua, Surya Ponggal disambut dengan meriah di rumah masing-masing. Surya Ponggal memberi penghormatan kepada tenaga matahari dan bermulanya hari pertama bulan Thai dalam kalendar Tamil. Seawal pukul 5 pagi, penganut-penganut agama Hindu di Malaysia, India dan di serata dunia membuat persiapan untuk memasak Ponggal dalam periuk tanah liat. Kaum wanita yang sudah berkahwin dan anak dara akan bangun awal untuk membentuk ‘kolam’ menggunakan beras berwarna di halaman rumah. Pintu rumah diikat dengan tebu dan periuk tanah liat dihias dengan daun mangga, daun kunyit dan pewarna ‘kum kum’ bagi menceriakan lagi suasana.

Amalan ini amat simbolik terutamanya kepada golongan petani. Ia bukan sahaja merupakan hari pertama padi dituai tetapi beras yang dikumpul digunakan untuk memasak Ponggal sehingga ia melimpah keluar. Perbuatan membiarkan masakan ini melimpah dikenali sebagai Ponggal dalam bahasa Tamil. 

LIMPAHAN Ponggal bermaksud kehidupan yang serba baik. Ketika susu melimpah, ungkapan ‘Ponggal O Ponggal, Ponggal O Ponggal, Ponggal O Ponggal’ disebut sebanyak tiga kali oleh penganut agama Hindu yang mengelilingi periuk tanah liat berhias yang digunakan untuk memasak susu itu.

PONGGAL yang melimpah juga membawa maksud bahawa hidup seseorang akan dilimpahi kemakmuran, kesejahteraan dan keamanan.

Susu ini kemudiannya dicampur dengan beras, gula merah, buah pelaga, badam, buah gajus, kismis dan minyak sapi sebelum disembahyangkan serta diedarkan kepada para penganut.


Mattu Ponggal

Pada hari ketiga sambutan Ponggal iaitu atau Ponggal lembu, lembu-lembu dimandikan, dibubuh kunyit pada tanduknya dan badan serta dikalungkan dengan bunga. Ponggal yang dimasak juga disuapkan kepada lembu dan haiwan-haiwan ternakan lain seperti yang disaksikan di Kuil Sri Srinivasa Perumal.

Lembu dianggap sebagai haiwan yang berjasa dan suci oleh para petani kerana membantu membajak tanah dan memberi susu yang berkhasiat, jelas Balakrishnan lagi. Pada hari ini juga, haiwan-haiwan itu dibiarkan berehat.

Kanni Ponggal

Ponggal terakhir pada hari keempat ialah Kanni Ponggal. Kanni bermaksud anak dara dan seperti namanya, mereka yang sudah mencapai akil baligh digalakkan untuk memasak Ponggal sama ada di rumah atau beramai-ramai di kuil. Kanni Ponggal juga secara tidak langsung menarik perhatian ibu bapa untuk mencari jodoh untuk anak-anak lelaki mereka.

Penduduk di bahagian selatan Tamil Nadu menyambut perayaan ini seumpama sambutan Tahun Baru. Pelbagai acara seperti pertandingan Jallikattu (pertandingan antara manusia dan lembu) dan Selambam (seni mempertahankan diri) diadakan di Madurai, Tiruchirapalli dan Tanjavur. Sungguhpun permainan ini tidak menyerlah di Malaysia, namun Ponggal tetap disambut dengan penuh meriah mengikut adat.


Manakala Thaipusam (தைப்பூசம்) merupakan perayaan yang disambut oleh penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' yakni jatuh pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer. Masyarakat Hindu akan mengunjungi beberapa kuil di seluruh negara bagi menghormati hari kelahiran Dewa Murugan seperti di Kuil Sri Subramaniyar Swami di Batu Caves.

Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun atas dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun. Bukan semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Biasanya, murid yang akan menduduki peperiksaan, wanita yang berhajat untuk mengandung tetapi belum mendapat kurniaan Ilahi, lelaki yang meminta nazar semoga ibu bapanya selamat daripada pembedahan waima sakit merupakan antara faktor utama penganut Hindu memohon nazar.


Sambutan yang juga dipanggil "Kartikeya Thaipusam" yang juga untuk memohan keberkatan dewa Shiva dan Parvati ini juga dikenali sebagai "Kartikeya, Subramaniam, Sanmukha, Shadanana, Skanda and Guha"
. DPPWM



Heboh satu dunia pencacai umno yang memperkatakan tentang tanda didahi yang dicalit oleh penyokong Anwar. `Tanda' itu bukan amalan agama mereka tetapi adat semata-mata seperti orang Melayu menggunakan inai. Sebab itu, kita selalu lihat ramai kaum wanita India yang memakai `tanda' di dahi walaupun mereka telah memeluk Islam. Selalu kita lihat di dalam filem Tamil atau Hindustan, wanita Islam tetap memakai `tanda' di dahi dan mereka terus memakai Sari. Jika ikut adat Melayu pun, memakai inai di kuku juga diambil dari cara kaum India sehingga ke peringkat bersanding di dalam Majlis Perkahwinan.


.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors