RSS

Curi Kuih Di Surau Kerana Terlalu Lapar! - Slogan 1Malaysia Rakyat Di Dahulukan!!!



KULIM - Tiada siapa di antara manusia yang mahu hidup tanpa tempat berlindung. Kepada yang berfikiran waras tentu sekali tidak mahu memilih jalan hidup sebegitu.

Namun, ramai antara kita terpaksa hidup bergelandangan akibat masalah peribadi masing-masing. Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki berusia 50-an yang ditemui Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) sebaik saja mendapat aduan daripada orang awam yang mendakwa lelaki itu mencuri makanan di surau.


Pengerusinya, Khor Eng Khim berkata, pihaknya menemui lelaki itu yang sedang tidur di tepi parit bersebelahan Stadium Mini Keladi kira-kira jam 12.30 pagi semalam.


Menurutnya, lelaki itu mengaku kerana terlalu lapar dia terpaksa mengambil sisa kuih dalam surau sebaik solat Terawih dijalankan lalu melarikan diri.


"Dia juga memaklumkan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan dan hidup gelandangan sejak lima tahun lalu," katanya.


Sementara itu, lelaki berkenaan berkata, dia tidak suka dituduh sebagai pencuri. “Aku ada minta pada mereka sedikit kuih tetapi mereka halau aku kerana aku kotor. "Orang selalu tuduh aku mencuri. Itu semua tidak betul.


Aku cuma mahu makan saja," katanya. Dia berkata, sehingga kini tidak ada sesiapa atau pihak bertanggungjawab yang datang membantu.


Dalam pada itu, Eng Khim berkata, masalah itu dapat diselesaikan sekiranya pihak terlibat turun padang dan mendekati nasib mereka yang hidup di jalanan.


“Orang awam yang menemui lelaki ini memaklumkan kepada saya dia mencuri dan harus diserahkan kepada polis. Pada pendapat saya, dia tak bersalah.


"Dia sudah meminta kebenaran untuk mendapatkan beberapa kuih untuk dimakan tetapi tidak diberikan sebaliknya dia dihalau.


"Dia tidak ada pilihan melainkan mencuri kuih itu. Dia mencuri kerana dia lapar dan bukan kerana dia mahu melakukan jenayah. Dalam soal ini di manakah peranan orang ramai serta badan yang bertanggungjawab?," katanya.


Katanya, dia meminta jasa baik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membuat rondaan atau operasi bagi mengenal pasti orang gelandangan di sekitar Kulim.


Sehingga kini sudah ramai dalam kalangan pengemis yang meninggal dunia di kaki lima.

- Inilah 1Malaysia yang amat dibanggakan oleh umno, masih ramai rakyat yang hidup merempat  tampa makanan yang mencukupi sedangkan pemimpin mereka mewah boros membazir, sebagai contoh Najib membelanjakan ratusan ribu ringgit wang rakyat bagi MAJLIS PERTUNANGAN ANAK PEREMPUAN BELIAU DI SHANGRILA HOTEL tempoh hari!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors