RSS

Najib Di Minta Kemuka Salinan Cek Peribadi Bukti Bayaran Hotel Shangri-La



Bil katering bagi majlis pertunangan anak Datuk Seri Najib Abdul Razak dibiayai oleh perempuan  Perdana Menteri dan bukannya oleh kerajaan persekutuan, kata Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

"Majlis ini berakhir pada 17 Jun dan bayaran penuh dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan bukannya pada 30 Jun dan bukannya oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO)," katanya.

Pengurusan hotel juga mengesahkan bahawa borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event Order' yang didedahkan oleh PKR adalah salinan yang sah.

Menurut dokumen itu, PMO dikenakan bayaran RM409,767 oleh Hotel Shangri-La untuk perkhidmatan katering, yang membekalkan udang karang dan daging lembu Wagyu TERMAHAL didunia dari Jepun!, untuk kira-kira 900 tetamu.
 





Jingga 13 juga telah menghantar surat kepada pihak hotel bagi meminta penjelasan dari pihak hotel berhubung isu pembiayaan majlis pertunangan anak Najib.

__________________________________________________________________________________

Ruj. Kami    : J13/2012/01/1(04)
Tarikh         : 13 Mac 2012

Tuan Pengurus Besar ,
Shangri-La Hotel Kuala Kumpur ,
11 Jalan Sultan Ismail ,
50250 Kuala Lumpur .

Tuan ,

MOHON PENGESAHAN “BANQUET EVENT ORDER” DAN PENJELASAN PEMBAYARAN MAJLIS PERTUNANGAN ANAK PEREMPUAN PERDANA MENTERI

Adalah dengan segala hormatnya , kami mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Shangri-La Hotel adalah merupakan sebuah hotel yang berprestij tinggi bertaraf 7 bintang dan antara hotel terkemuka di dunia yang sudah pasti mengutamakan kepada ketelusan dan profesional agar terus diyakini dan diiktiraf sebagai hotel yang cemerlang .

2.    Sepertimana  yang dimaklumkan , bahawa satu pendedahan oleh Sdr. Rafizi Ramli , Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat bertarikh 9 Mac 2012 adalah berdasarkan kepada “Banquet Event Order” yang telah dikeluarkan atas nama Shangri-La Hotel Kuala Lumpur , rujukan BEO#: 14,500 bertarikh 13 Jun 2011 berhubung majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri dan isteri yang berlangsung pada 17 Jun 2011 di Seri Perdana di mana pihak tuan sebagai caterer yang dilantik.

3.    Untuk makluman tuan , berdasarkan dokumen tersebut sejumlah RM409,767 wang rakyat telah digunakan bagi tujuan majlis pertunangan anak Perdana Menteri dan isteri yang bersifat peribadi dan rakyat berhak mendapatkan maklumat yang benar dan tepat daripada pihak tuan .

3.    Sehingga ke saat ini , rakyat masih tertunggu sebarang kenyataan dan penjelasan yang benar dan profesional tanpa prejudis daripada pihak tuan terhadap pendedahan tersebut , lebih-lebih lagi ianya adalah melibatkan hotel tuan .

4.    Kami memohon agar pihak tuan mengesahkan bahawa “Bonquet Event Order” di atas nama hotel tuan sepertimana lampiran adalah benar dan segala bil dan pengurusan adalah dibiayai oleh Pejabat Perdana Menteri .

5.    Pihak Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan ringkas menafikan bahawa kos majlis pertunangan tersebut adalah dibiayai sepenuhnya oleh Perdana Menteri dan keluarga beliau bukannya Pejabat Perdana Menteri melalui wang rakyat . Justeru sekira ianya adalah benar , kami memohon agar dapat dibuktikan oleh pihak tuan berdasarkan segala salinan bayaran kos tersebut secara terbuka dengan penuh kejujuran dan profesional .

6.    Ketelusan , kejujuran dan sikap profesional tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak adalah sangat penting bagi membuktikan pihak tuan khususnya Shangri-La Hotel akan terus dianggap sebagai sebuah hotel yang benar-benar disegani dan dihormati .

7.    Kami sedikit pun tidak menyalahkan pihak tuan kerana pihak tuan menjalankan tanggungjawab berdasarkan tempahan dan persetujuan bagi memastikan perjalanan majlis pertunangan tersebut berjalan dengan jayanya dan memenuhi segala keperluan dan kehendak penganjur .

8.    Kerjasama dan komitmen pihak tuan sangat-sangat diharapkan dan menjadi harapan kepada rakyat Malaysia untuk mengetahui perkara yang sebenar .

Terima kasih .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

Saya yang menjalankan tugas ,



FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors