RSS

Manifesto PR Tolak Sistem Syariat Islam: Hasan JATI


http://artbackwash.blogspot.com/2008/05/satans-logo.html


KENYATAAN PRESIDEN JATI DATO' DR. HASAN MOHAMED ALI MENGENAI MANIFESTO PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat telahpun membentangkan manifesto mereka dalam Konvesyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam pada hari ini.

Penelitian ringkas yang dibuat menunjukkan bahawa manifesto tersebut tidak ada yang baru. Semuanya memang telah diwar-warkan dan menjadi pengetahuan umum sejak dari awal-awal lagi. Ianya dibuat sebagai tawaran untuk memujuk rakyat supaya berpaling kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13.

Yang jelasnya beberapa perkara dapat disimpulkan seperti berikut :

a. Manifesto yang dibentangkan tidak mengambil kira langsung keberlangsungan umat Melayu sebagai umat pribumi dan perlaksanaan syariat Islam seperti yang tertanam di hati sanubari ahli dan penyokong PAS. Amat jelas samada disedari oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PAS ataupun tidak, manifesto ini merupakan satu pendekatan tersembunyi untuk menukar imej PAS yang sebelum ini tegak dengan Islam dan Melayunya supaya menerima hakikat “Malaysian Malaysia”, “samarata” dan “samarasa”.

b. Manifesto tersebut tidak memberi penjelasan langsung rangka kerja mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu. Bangsa Melayu yang masih serba serbinya ketinggalan terutamanya di bidang ekonomi dan penguasaan kekayaan negara seharusnya perlu terus menerima asuhan, bimbingan, galakan dan pakej bantuan menyeluruh bagi melonjakkan pencapaian mereka supaya menjadi bangsa bermaruah yang mampu bersaing diperingkat nasional mahupun global bila Malaysia menjadi negara maju nanti.

c. Manifesto Pakatan Rakyat mengenepikan langsung pembangunan keinsanan dan kerohanian. PAS sebagai salah sebuah parti Islam yang kini merupakan salah sebuah parti komponen Pakatan Rakyat biasanya mengutarakan konsep insan sepadu yang mesti dibangunkan seutuhnya. Ini bermakna di samping kemajuan material, pembangunan seharusnya menekankan aspek mental dan intelektual terutamanya spiritual yang akan menjamin lahirnya masyarakat yang seimbang pembangunannya. Sementara di peringkat individu seimbang juga syaksiah keperibadiannya. Rakyat sedemikianlah yang di harap mampu menjelmakan konsep “Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghaffur” seperti yang disebut berulang kali oleh pimpinan PAS.

d. Apa yang ditawarkan pada analisa akhirnya lahirlah manusia-manusia yang teguh kedudukan material yang lazimnya mudah menonjolkan sifat-sifat keangkuhan, kesombongan dan kebongkakan demi mengejar “superiority material”. Akhirnya segelintir rakyat mungkin boleh mencapai kelebihan material itu dengan menidakkan sebahagian besar masyarakat yang merupakan kelompok majoriti yang tidak mempunyai persediaan untuk sama-sama merebut peluang material yang ada di hadapan mereka.

e. Kita sudah menyaksikan bagaimana masyarakat barat melalui proses untuk mencapai tahap kemajuan dan kesejahteraan material seperti yang dibangga-banggakan. Atas tekanan material semata-mata akhirnya masyarakat dibebani dengan berbagai penyakit masyarakat samada yang timbul daripada masyarakat itu sendiri atau yang diimport daripada luar.

Rata-ratanya masyarakat tidak mempunyai benteng pertahanan untuk mempertahankan keutuhan nilai-nilai sosio budaya, akhlak, budi pekerti dan tata susila dan kekuatan dalaman yang sangat diperlukan untuk menongkah cabaran abad yang berikutnya.

f. Seperti yang di ulas panjang lebar sebelum ini tawaran-tawaran yang dikemukakan tidak lebih daripada janji-janji kosong setakat untuk menggamit keyakinan pengundi untuk memilih Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13. Yang paling mudah bagi mereka nanti bila sampai masanya bila janji-janji dituntut oleh rakyat, dengan mudah mereka akan mengatakan “manifesto bukan satu perjanjian”. Ini menggambarkan bahawa kalimat-kalimat dalam manifesto itu tidak lebih lebih daripada sususan ayat-ayat yang disalut dengan gula-gula manis untuk memikat hati rakyat. Bila sampai masanya mereka mencari seribu dalih memberi justifikasi mengapa manifesto tersebut tidak dapat dilaksanakan.

g. Para penganalisa politik sehinggi kini menyebutkan bahawa tawaran Pakatan Rakyat dalam konteks pembangunan sebuah negara seperti Malaysia dapat disamakan seperti mimpi disiang hari. Pakar-pakar ekonomi pula menghujahkan seandaianya sebahagian apa lagi kesemua butiran-butiran manifesto itu hendak dilaksanakan, Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara muflis. Ketika itu pihak yang menawarkan bintang dan bulan tersebut mudah mencuci tangan sebaliknya rakyatlah yang akan menanggung bahana dan derita yang mungkin berpanjangan hingga ke beberapa generasi yang akan datang.

h. Bagi mereka yang belum mempunyai pengalaman mengurus dan mentadbir sebuah negara, tawaran-tawaran yang dibuat lebih mudah untuk dinukilkan. Sebaliknya kepada pihak yang sudah berpengalaman mengurus negara sudah tentu mengambil kira berbagai faktor terutamanya faktor boleh atau tidak boleh tawaran itu dilaksanakan. Kita belum melihat tawaran daripada BN lagi. Seandainya BN juga dalam masa terdekat ini dapat mengemukakan manifesto mereka, maka bolehlah rakyat membuat penelitian dan mengambil satu posisi terhadap kedua-dua manifesto tersebut. Barulah rakyat boleh menilai yang mana yang lebih munasabah dan yang mana yang boleh dipercayai serta yang mana yang mempunyai kredibiliti untuk diberi mandat di dalam PRU ke 13 nanti.

Setakat yang dapat kita saksikan di negeri-negeri dalamana Pakatan Rakyat diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbirnya, fakta-fakta menunjukkan bahawa sebahagaian yang dijanjikan dalam manifesto untuk masing-masing negeri tidak berjalan seperti yang diharapkan. Harga rumah yang rata-ratanya melambung tinggi menjadi penyebab orang-orang Melayu di Pualu Pinang dan Selangor keluar mencari tempat kediaman di kawasan-kawasan pinggiran bandar, luar bandar dan kawasan terpencil menghampiri hutan simpan yang mampu dimiliki sesuai dengan pendapatan isi rumah mereka.

Seperkara lagi bagi Pakatan Rakyat mereka boleh janjikan apa sahaja. Lantaran kemungkinan untuk memenangi Putrajaya masih jauh daripada yang diangan-angankan. Oleh itu tektik yang paling mudah tawarkanlah apa sahaja. Beri rakyat bulan dan bintang. Manalah tahu, kalau ada di antara rakyat yang boleh terpengaruh dengan janji-janji politik yang ditaburkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan yang terkenal lunak dan bijak mengabui mata dan minda rakyat.

Hanya rakyatlah yang semestinya bijak. 55 tahun kita merdeka, sepatutnya tidak ada golongan rakyat di Malaysia yang masih boleh digula-gulakan. Tidak ada lagi golongan rakyat di negara ini yang sanggup diperkotak-katikkan kebolehan minda dan kebijaksanaan membuat keputusan. Rakyat Malaysia sudah dimasukkan ke dalam kumpulan rakyat yang berpendidikan. Rakyat yang boleh menentukan masa depan untuk diri, keluarga, masyarakat dan negaranya sendiri.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
25 Februari 2013



siapa dia hasssan ali ini?
 
dia telah kalah dalam pemilihan pas!


dia dari kumpulan kerajaan perpaduang!

 
dia kecewa tak dapat jadi MB Selangor!

 
dia hubungi khir toyo pada malam kemenangan PR Selangor 8/3 2008 dulu!  



 lagi ~ Hasan Ali Adalah "Ibrahim Ali" Versi Pakatan Rakyat

 lagi ~ Anwar pertimbang ambil tindakan ke atas Hassan Ali


Semoga Hassan Ali berjaya dalam perjuangan beliau dalam menegakkan Syiar Islam, tetapi bukan seperti Islam umno yang menghalalkan arak dan judi, yang menarik remaja kearah maksiat, yang membohongi dan menzalimi rakyat!



.
Continue Reading... Labels: , , ,


Hasan JATI Dibiayai Syabas, Puncak Niaga?




SHAH ALAM: “Saya tidak menuduh tetapi cakap-cakap di kedai kopi ialah Datuk Dr Hasan Ali di biayai oleh Syabas atau Puncak Niaga, demikian disyorkan oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor Khalid Samad.

Pada sidang media di sini, Khalid mendakwa Hasan membelanjakan lebih kira-kira RM30,000 hanya untuk melancarkan Jalur Tiga (JATI) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) awal Selasa lalu.

“Sewa SACC … tak kurang daripada RM30 ribu..itu belum lagi termasuk perbelanjaan lain begitu juga dengan roadshow yang dilakukan (oleh Hasan),” kata beliau.

“Jadi timbul persoalan yang merupakan perbincangan di peringkat kedai kopi, siapa biayai Hassan Ali. ” kata Khalid.

“Jawapan yang diperolehi secara umum adalah orang yang membiayainya ialah orang yang akan mendapat keuntungan apabila BN memerintah Selangor. Antara nama-nama yang kerap disebut ialah Puncak Niaga atau Syabas yang sekiranya BN kembali memerintah Selangor,” kata Khalid

Bercakap pada sidang media di pejabatnya hari ini, Khalid melontarkan pandangan bahawa dua syarikat itu tidak bermasalah membiayai Hasan sehingga RM100 juta kerana mereka bakal mengaut lebih RM1bilion jika Selangor jatuh balik ke tangan Barisan Nasional.

Diminta mengulas tuduhan itu, Hasan berkata beliau akan menjawab sama ada menerusi kenyataan bertulis atau mengadakan sidang akhbar tidak lama lagi.

Pengurus Besar Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Syabas Abdul Halem Mat Som menyifatkan kenyataan Khalid itu sebagai mainan politik semata-mata, sekali gus menafikan syarikat itu membiayai Hasan dalam apa bentuk sekali pun.

"Ini tidak ada kena-mengena. Mengarut. (Jati) tidak ada kena mengena dengan Syabas. Kita tak campur urusan politik,” kata beliau.

Hasan menubuhkan Jati selepas beliau dipecat daripada Pas dan digugurkan sebagai Exco Kerajaan Selangor bulan lalu kerana dituduh membelakangkan kepentingan parti itu dan Pakatan Rakyat.

Hasan menafikan tuduhan itu dan menyifatkan dirinya sebagai mangsa politik “parasit”dalam parti itu yang mahu menjatuhkan beliau, Hasan menamakan Khalid sebagai antara parasit dalam parti itu.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu sering menegaskan Jati tidak mempunyai agenda politik tetapi mahu membela kemajuan orang Melayu menegakkan syiar Islam disamping mendokong pemerintahan Raja-Raja.

Khalid mendakwa beliau tidak membuat tuduhan terhadap Hasan namun “Saya mahukan penjelasan dan penafian sekiranya ianya tidak benar dan berikan janji perkara itu tidak akan berlaku jika BN menang balik Selangor.”




.
.
Continue Reading... Labels: , ,


TUU DIA!!! MAHATHIR DAH SOUND JATI!!!




'Jangan sampai Jati pecah lagi orang Melayu'

SHAH ALAM - Jalur Tiga (Jati) pimpinan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, wajar menggariskan dengan jelas pendirian perjuangan pertubuhan bukan kerajaan itu agar kemunculannya tidak membawa kepada perpecahan lebih teruk di kalangan orang Melayu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno ini, langkah itu perlu dilakukan bagi mengelakkan salah faham dan menghindari perpecahan kaum Melayu daripada terus berlarutan.


"Mungkin Jati ialah (badan) mengenai agama. Jadi dia perlu nyatakan. Saya tak suka jika ada parti lain lagi yang akan memecahbelahkan Melayu.


"Kini kita sudah ada tiga, nanti ada empat, lima, enam (parti) sehingga menjadikan (Melayu) minoriti," kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan syarahan perdana di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.


Jati dilancarkan di sini semalam oleh Hasan, yang dipecat dari Pas awal bulan lalu.



Teringat kata-kata Mahathir pada perhimpunan Pertubuhan Peribumi Perkasa tak lama dulu...


Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri, kata Mahathir Mohammad.

"Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Kah..Kah.....YANG KENA TIPU DAN PENIPU SEMUANYA MELAYU.....!!

Kah...Kah....DARI PERDANA MENTERI HINGGA JKKK SEMUANYA MELAYU...!!

Kah...Kah....LEPAS UMNO..PERKASA PULAK NAK JADI HERO MELAYU...


Kah...Kah....MUNCUL PULAK JATI NAK SELAMATKAN ISLAM DAN RAJA MELAYU!!

Kah..Kah.....AGENDA UTAMA MESTI NAK TIPU MELAYU...

Kah..Kah....SEBAB TAK PERCAYA PARTI MELAYU..AHLI DAP PUN RAMAI MELAYU...

Kah..Kah....SEJAK 1946 HINGGA SEKARANG MELAYU ASYIK KENA TIPU...!!   

KAH..KAH..KAH..KAH..KAH..KAH...KAH....



.
.
Continue Reading... Labels: , , , , , ,


Mana Bukti Saya 'Gila Meroyan' Nak Jadi MB Selangor - Hassan Jati



KANGAR - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mencabar pemimpin parti itu menunjukkan bukti kononnya beliau 'gila meroyan' untuk menjadi Menteri Besar (MB) termasuk rakaman video percakapan jika ada.

Beliau membuat cabaran itu bagi membersihkan namanya yang teruk terjejas setelah Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendakwanya bercita-cita menjadi MB Selangor melalui pembentukan kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno sejurus Pakatan Rakyat (PR) memenangi lima negeri dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.

Menurutnya, isu mengejar pangkat dan jawatan tidak timbul dalam perjuangan politiknya, sebaliknya usaha menyatupadukan umat Islam di negara ini yang menjadi teras utama.

"Saya tuntut pemimpin berkenaan tunjukkan bukti rakaman video dan sebagainya yang boleh menyokong dakwaan kononnya saya gila talak, meroyan hendak jadi MB Selangor selama ini.

"Saya sanggup lepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri dan menjadi Adun Bebas kerana tidak sanggup bersekongkol dengan parasit Pas yang mempunyai agenda peribadi berbanding perjuangan menegakkan syiar Islam," katanya sewaktu menyampaikan Ceramah Perdana Selamatkan Akidah di Dataran Dato' Sheikh Ahmad, malam kelmarin.

Turut hadir bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin.

Hasan berkata, beliau turut terkilan apabila ada ulama Pas yang menuduhnya sombong dan ego sehingga sanggup tidak membuka pintu rumah dan enggan melayan tetamu.

Menurutnya, fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kesemua pemimpin dan ulama Pas berkenaan akan dituntutnya di akhirat kelak.

"Sejurus difitnah seorang ulama Pas menuduh saya tidak buka pintu untuk tetamu, isteri saya terus berasa marah dan sedih kerana senario sebenar menunjukkan keadaan sebaliknya.

"Selama ini, saya menghormati ulama dan tidak pernah menghentam mereka walaupun saya dipecat daripada parti. Hari ini, baru saya sedar wajah sebenar segelintir pemimpin Pas yang layak digelar parasit kerana menggunakan parti untuk kepentingan diri,"
katanya.

Sehubungan itu, Hasan menggesa rakyat Perlis memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) yang didukung Jati dan berharap lebih 100,000 rakyat negeri itu menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu yang bakal dilancarkan pada 21 Februari ini.

"Kehadiran 5,000 hadirin hari ini yang majoritinya terdiri golongan anak muda adalah bukti jelas Jati mempunyai objektif penubuhan kukuh untuk memperjuangkan syiar Islam dan menyelamatkan akidah umat yang jauh terpesong.

"Kehadiran yang ramai membuktikan usaha pihak tertentu mensabotaj ceramah saya dengan mengoyakkan poster, kain rentang serta menyebarkan 'pembatalan' ceramah menerusi blog tidak berkesan. Ia tidak mampu menghalang niat murni ini semata-mata kerana Allah,"
katanya. - Sinar Harian

* Orang gila tak akan mengaku dia gila tetapi orang yang disekelilingnya mengesahkan kegilaannya...



.
Continue Reading... Labels: , , ,


Jelajah Hasan Ali Semakin Galak, Apa Tindakan PR?



SEJAK digugurkan sebagai Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali semakin galak merantau ke seluruh negara menyampaikan ceramah IMRnya (Islam, Melayu dan Raja).  Untuk siri jelajah IMR ini sahaja, sudah ada 3 siri ceramah dijalankan, selebihnya adalah program HIMPUN dimana Hasan Ali juga menjadi tulang belakangnya.

Sudah tentu, intipati ceramahnya tidak lain dan tidak bukan untuk memburukkan Pakatan Rakyat, terutama kepimpinan kerajaan negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PAS yang dikatakan berlawanan dengan Islam dan undang-undang syariah negeri Selangor sendiri.

Tanggapan sesetengah dari pengamal media baru pro Pakatan Rakyat yang mengatakan siri jelajah Hasan Ali tidak akan mendapat sambutan, tampak meleset sama sekali. Dua hari lepas di Jalan Kebun Bunga, lebih 2,500 orang hadir menyaksikan ceramah Hasan Ali.  Di Bangi, 1 hari sebelum Jalan Kebun, penulis mendapat maklumat 3,000 orang hadir, manakala di Bukit Gantang seramai 10,000 orang. 

Memang kalau diikutkan dari segi jumlah, ianya terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan ceramah-ceramah politik yang diadakan oleh Anwar, Mat Sabu dan sebagainya, tapi perlu diingat ceramah Hasan Ali bukan berkenaan politik, sebaliknya berkenaan dengan IMR tetapi menyelitkan unsur-unsur politik.

Dengan itu tidak hairanlah kenapa hanya orang Islam sahaja yang menghadiri ceramah tersebut dibanding ceramah politik yang dihadiri pelbagai kaum.  Walaupun begitu, ceramah Hasan Ali masih mampu menarik ribuan pengunjung.

Dalam masa yang sama, penulis lihat tidak ada satu pun aktiviti ceramah yang diadakan untuk menyaingi ceramah Hasan Ali oleh kepimpinan PAS mahupun oleh kerajaan Selangor sendiri. Dari pemerhatian penulis, bahayanya ceramah Hasan Ali, dia memulakan 20 minit atau 30 minit pertama ceramahnya dengan perkara-perkara asas mengenai akidah Islam, sebelum perlahan-perlahan mengecam pentadbiran kerajaan Selangor, DAP, PAS, Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpinnya.
Paling teruk PAS lah.

Dalam setiap ceramahnya itu, Hasan Ali akan menjadi penceramah yang terakhir, sesuai dengan statusnya sebagai ‘bintang’ dalam majlis ceramah tersebut.  Dia juga yang akan membaca doa penutup majlis, yang seakan menjadi trademark popular dalam siri ceramahnya sekarang sehingga dikhabarkan ada hadirin yang menitiskan air mata mendengarnya.
  
Justeru, nak menentang Hasan Ali dari segi politiknya semata-mata agak sukar kerana statusnya yang ‘neutral’ dari mana-mana parti politik setelah dipecat dari PAS. Hasan Ali sebenarnya pun tidak perlu menyertai UMNO, dengan membawa isu-isu berkaitan IMR ini sahaja, Hasan Ali sudah secara tidak langsung menyertai UMNO melalui ‘perjuangannya’ yang sangat mirip dengan UMNO.

Persoalannya sekarang, bagaimana untuk menyaingi ‘tsunami politik’ yang dijanjikan Hasan Ali kepada PAS dan Pakatan Rakyat? Pada pandangan penulis, PAS dan Pakatan Rakyat perlu menghadirkan penceramah-penceramah yang tidak terlalu ketat dengan fahaman politik untuk menyaingi ceramah Hasan Ali.

Paling tidak menghantar kumpulan ‘pengacau’ untuk menganggu kosentrasi ceramah Hasan Ali kerana dari maklumat yang penulis terima, Hasan Ali tidak sahaja berceramah, malah juga berinteraksi dengan penonton ceramahnya secara tidak langsung.

Dan ia perlu diadakan segera kerana jika dibiarkan, itu membawa maksud apa jua yang dituduh Hasan Ali kepada PAS dan Pakatan Rakyat adalah benar!!  - Suara Pakatan Rakyat



.
Continue Reading... Labels: , , ,


Bagaimana Hassan Ali Masuk Dalam Jerat umno



1. Bahang pemecatan Datuk Dr Hasan Ali selaku ahli PAS serta Exco Selangor masih hangat diperbincangkan. Beliau kini sedang giat mengadakan roadshow untuk meraih sokongan di samping usaha mewujudkan front baru yang kononnya mewakili kuasa ketiga.

2. Ramai tidak sedar bahawa Dr Hasan Ali adalah lambang kejayaan Umno dan konco-konco mereka dalam menjalankan perang saraf secara kemas dan tersusun.

3. Apabila Umno/BN tewas di Selangor dan empat negeri yang lain, Umno terutamanya kumpulan gerak saraf mereka mensasarkan Perak dan Selangor untuk dirampas secara undemocratic. Kelantan dan Pulau Pinang agak mustahil bagi mereka memandangkan penguasaan mutlak parti PAS dan DAP. Manakala Kedah agak sukar memandangkan undi PAS melebihi undi Umno di samping dominasi kuat Dato’ Seri Azizan Abdul Razak dalam mentadbir negeri dan menguruskan pakatan tiga parti.

4. Perak telah berjaya dirampas melalui pembelotan 2 wakil PKR dan seorang wakil DAP. Saya difahamkan 2 wakil PKR tersebut diperangkap dengan tuduhan rasuah manakala wakil DAP dilaga-lagakan dengan DAP Negeri akibat beberapa perbezaan pendapat sebelum ini.

5. Di Selangor pula, usaha dimulakan seawal Mac 2008 dengan percubaan menarik wakil rakyat PAS untuk bergabung dengan Umno kononnya atas dasar perpaduan Melayu. Pertemuan secara sulit diadakan namun digagalkan oleh kritikan keras Mursyidul Am dan usaha kumpulan ‘Erdogan’ dalam parti.

6. Pakatan Rakyat menguasai 36 kerusi daripada 56 kerusi DUN Selangor. PKR menguasai 14, DAP 13 manakala PAS 8. Manakala Umno/BN menguasai 20 buah kerusi.

7. Umno/BN memerlukan tambahan 9 kerusi untuk merampas kerajaan. Selepas hampir dua tahun berusaha, kejayaan pertama mereka hanya kunjung tiba apabila ADUN PKR Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah keluar PKR pada 30 Oktober 2009 dan kemudiannya menyertai Umno pada April 2010. Umno bijak menggunakan kelemahan ADUN PKR yang tidak berkualiti untuk diperangkap menyertainya.

8. Kemasukan seorang ADUN belum cukup untuk menumbangkan Pakatan Rakyat di Selangor namun masa yang terlalu suntuk hampir memustahilkan usaha untuk menarik baki 8 ADUN PR menyeberang ke BN. Oleh kerana itu, plan B digunakan iatu sedaya-upaya melamahkan PR agar dalam PRU ke-13 PR gagal membentuk kerajaan di Selangor.

9. Berbalik pada kes Dr Hasan Ali. Usaha memujuk beliau menyertai Umno atau bergabung dengan Umno telah dibuat lama namun gagal. Dr Hasan Ali bukan sembarangan tokoh. Beliau tidak boleh dibeli dengan wang. Kelemahan DHA adalah mudah termakan pujian.

10. Strategi Umno memerangkap DHA amat halus dan tersusun. Beliau dirapati oleh figure-figure Umno yang berlagak lunak dengan perjuangan Islam. Figure-figure ini memakai pelbagai ‘baju’ bukan hanya baju ahli politik. Saban hari DHA akan dihasut, dipuji kononnya perjuangannya membela Islam disokong, dijanjikan sokongan tidak berbelah bahagi. Setelah sekian lama, DHA merasa betapa sokongan terhadap beliau begitu kuat sedangkan ia hanya propaganda licik pihak lawan untuk memusnahkannya.

11. Sebagai Exco Agama, DHA bertanggungjawab terhadap beberapa agensi kerajaan negeri khususnya JAIS. Malangnya, banyak tindakan yang dilakukan oleh JAIS adalah bertujuan memerangkap beliau.

12. Dalam isu tangkapan Dr Asri Zainul Abidin, Pengarah JAIS ketika itu sendiri mengesahkan bahawa JAIS tidak ikut prosedur dalam melakukan penangkapan. Perkara ini didedahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Selangor yang dipengerusikan oleh DHA sendiri. Dan dalam mesyuarat tersebut DHA terpinga-pinga tidak tahu secara terperinci perkara tersebut sedangkan beliau adalah Exco Agama. Sebab itulah, kes penangkapan Dr MAZA kini senyap tanpa sebarang berita.

13. Begitu juga dengan kes serbuan JAIS ke DUMC berkenaan isu Murtad. Serbuan dibuat bukan sangat untuk mempertahankan kesucian aqidah Islam sebaliknya untuk melaga-lagakan DHA dengan komuniti bukan Islam yang didokong kuat oleh PKR dan DAP. Malangnya, taktik jahat ini gagal dibaca oleh DHA menyebabkan beliau bermati-matian memepertahankan tindakan JAIS tersebut.

14. 8 Januari yang lepas adalah kemuncak kesabaran PAS dalam menghadapi ketidak-cerdikan DHA menanggapi isu politik di sekelilingnya.

15. Pemecatan DHA adalah keputusan PAS yang tepat walaupun sedikit terlewat.

16. Tetapi PAS harus sentiasa berjaga-jaga, kalau insan ‘cerdik’ seperti Dr Hasan Ali pun boleh diperangkap maka bagaimana nasib dengan pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli yang lain.

17. Perang saraf masih berjalan sebagaimana dirancang. Siapa mangsa seterusnya?




 Ikhsan - Hasbie Muda


.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Hasan Ali Di Pecat Serta Merta



KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta. Bagaimana pun Hasan dibenarkan merayu kepada Majlis Syura Ulamak. Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat turut sama hadir dalam mesyuarat berkenaan.

KENYATAAN MEDIA PAS:    

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta. Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.


.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors