RSS

Penyeludupan Manusia, Kontingen Polis Perlis Patut Di Gantung Tugas!



KLANG, 31 MEI: Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa seluruh kontinjen polis di Perlis digantung tugas sehingga isu pemerdagangan manusia di Wang Kelian dan Padang Besar selesai dibuat. Dalam kenyataannya hari ini Charles berkata, tidak masuk akal apabila polis menyatakan hanya dua anggota yang terlibat dalam jaringan penyeludupan manusia tersebut.

“Ini tak masuk akal. Ribuan ditahan dalam keadaan yang teruk. Ada yang diseksa dan dirogol. Ramai yang dibunuh.

“Penduduk tempatan sendiri turut melapor dan menyerahkan mereka kepada pihak polis,” kata Charles.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata bahawa ‘semua orang tahu tentang aktiviti penyeludupan’ di Wang Kelian dan Padang Besar. Namun, beliau kemudiannya mengubah nada dengan menyatakan hanya dua anggota polis Malaysia terlibat dalam rangkaian penyeludupan manusia. 

“Mereka (polis) memberi akses kepada pemberita ke tapak kem. Namun apabila ditanya soalan-soalan sukar, tiada jawapan diberikan,” ujar Charles. Tenaganita, sebuah NGO yang mengendalikan isu pelarian dan migran sebelum telah melaporkan kepada polis semenjak 2008 mengenai aktiviti pemerdagangan manusia di kawasan tersebut.

“Sudah tentu orang akan berfikir bahawa polis membuat susulan dengan siasatan, namun tidak ada laporan mengenai perkara ini,” kata Charles.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dalam jawapannya kepada Ahli Parlimen berkata, perkara tersebut di luar pengetahuan polis, lebih-lebih lagi kem tersebut berada di lokasi yang sukar. Dilihat cuba berundur dari melibatkan polis dan pihak berkuasa lain, menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, pihaknya hanya memainkan peranan kecil. 

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim pula memalukan dirinya sendiri apabila menyatakan bahawa anggota polis yang ditangkap itu didorong sogokan wang, sehingga tidak menyedari pembunuhan dan penyiksaan di kem tersebut.
 
“Rakyat Malaysia tidak bodoh. Pihak polis mesti menyatakan kebenaran. Kami mempunyai hak untuk mengetahui apa yang berlaku, hanya akibat ketamakan dan wang.

“Sehingga siasatan selesai, seluruh pasukan polis di Perlis patut ‘digantung’', ujar Charles.




.

Continue Reading... Labels: , , , , ,


Warga Myammar Ketua Sindiket Pemerdagangan Manusia Rapat Dengan Ahli Politik Pulau Pinang Rupa-Rupanya!


EKSKLUSIF: KUALA LUMPUR: Lelaki ini dilihat sebagai dermawan di kalangan masyarakat kerana sering membantu rakyat senegaranya yang kurang bernasib baik tetapi apa yang tidak diketahui adalah bekas pelarian Myanmar ini bersama rakan niaganya warga Malaysia memperoleh keuntungan berjuta daripada kesengsaraan mereka yang diperdagangkan.

Mereka dikaitkan dengan isu pemerdagangan warga Rohingya dan Bangladesh ke negara ini melalui sempadan Malaysia-Thailand.

Menurut sumber, pihak berkuasa menjejaki dua lelaki ini, berusia lewat 40-an dan 40-an, boleh ditahan di bahawa undang-undang tahanan pencegahan tidak lama lagi.

Kedua-dua meeka dikatakan merupakan individu yang dikenali di George Town dan gaya hidup bersahaja mereka.

Dermawan dari Kepala Batas itu mewujudkan pangkalan di sini sejak dua dekad lalu dan terlibat dalam pengeluaran MyKad dan dokumen pelarian UNHCR palsu untuk warga Rohingya yang masuk ke negara ini secara haram.

Dia yang memiliki status penduduk tempatan mempunyai hubungan baik dengan beberapa ahli politik tempatan dan menggunakan sifat dermawannya bagi menutup aktiviti haramnya dengan memberikan sumbangan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan badan keagamaan di Pulau Pinang.

"Kita sedang melihat tentang bagaimana kedua-dua ini mengadakan hubungan dengan satu sindiket antarabangsa bagi pemerdagangan manusia," kata sumber itu.

Tambahnya, pegawai bersenjata yang berkhidmat untuk pedagang haram itu akan menyamar sebagai anggota tentera bagi menggelakkan ia dikesan oleh pegawai tentera yang membuat pemantauan di sempadan.



Kegiatan pedagang haram itu dikesan dua tahun lalu selepas pihak berkuasa memperoleh maklumat daripada 'tonto' (orang tengah) warga tempatan yang diupah dan daripada pendatang haram di depot tahanan, kata sumber itu. 

Sumber itu berkata, dermawan dan ahli perniagaan itu mengupah orang tempatan untuk menyeludup diesel, beras dan barangan lain antara Malaysia dan Thailand. 

Mereka kemudiannya bergerak melakukan pemerdagangan manusia kerana pulangannya lebih baik, terutama sejak tempat pengambilan di sepanjang sempadan diuruskan oleh anggota sindiket warga Thailand yang bersengkongkol dengan mereka. 

Satu tempat pengambilan mengambil masa dua setengah jam bagi berjalan kaki dari tapak kem di mana kubur secara besar-besaran ditemui di Bukit Burma dan satu lagi melibatkan perjalanan dua hari ke Padang Besar melalui ladang tebu. 

Sumber berkata, pendatang tanpa izin Rohingya dan Bangladesh dipaksa membuat bayaran sebanyak RM7,000 setiap seorang kepada anggota sindiket antarabangsa bersenjata setibanya mereka tiba di sempadan. 

Mereka yang gagal untuk berbuat demikian akan dibunuh atau dibiarkan mati kebuluran.

'Tebusan' itu dibayar seperti berikut: 

- Warga Thailand mengambil antara RM1,000 dan RM1,500 seorang dan memberikan bakinya kepada rakyat Malaysia yang mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan di George Town. 

- 'Tonto' yang diupah oleh ahli perniagaan itu untuk membawa pendatang ke Pulau Pinang dan Sungai Petani memperoleh RM100 seorang pendatang, di mana bayaran itu akan dimasukkan ke akaun bank selepas menghantar mangsa-mangsa. 

- Sebahagian daripada baki bayaran itu digunakan untuk merasuah agensi penguatkuasaan dan dalang sindiket akan mengambil selebihnya. 

Sumber berkata, kebanyakan 'tonto' adalah golongan muda yang menganggur dan berhadapan dengan masalah kewangan selepas meninggalkan rumah mereka di Kuala Perlis dan Padang Besar. 

Seorang 'tonto' boleh memperoleh sehingga RM1,500 bagi setiap perjalanan yang boleh memuatkan 15 pendatang dalam satu van. 

Sumber berkata, mereka yang ditahan hanyalah orang bahawan sejak kubur besar-besaran di kedua-dua bahagian sempadan dibongkarkan dan orang atasan yang mempunyai kaitan dengan sindiket masih lagi bebas. 

Adalah sukar untuk membanteras kesemua penjenayah ini kerana tonto akan diberikan kad SIM telefon mudah alih yang berbeza bagi setiap perjalanan, dan menghapuskan kad yang digunakan sebaik sahaja mereka menghantar pendatang.


Sumber menambah, sebahagian pendatang haram akan dihantar untuk bekerja dengan bayaran murah di kawasan pembinaan manakala yang lain dihantar ke kawasan penduduk Myanmar di Kuala Perlis untuk didagangkan.

Pada 16 Mei lalu, pada pukul 10.15 pagi, sekumpulan anggota Pasukan Gerakan Am menemui sebuah kem dengan empat lelaki di sepanjang sempadan.


Keempat-empat warga asing itu melarikan diri tetapi polis berjaya merampas pakaian seragam tentera, makanan, sekeping pasport antarabangsa Vietnam dan kanvas.





.
Continue Reading... Labels: , , , ,


BR1M 2015. Ketahuilah Anda Layak Menuntut Skim Khairat Kematian BR1M 2015!




Seperti di bantuan rakyat satu malaysia br1m2014,BR1M 2015 juga turut diberi skim perwarisan iaitu skim khairat kematian di mana waris kepada si mati yang menerima br1m akan boleh tuntut dan terima wang sebanyak RM1000. 
Skim Khairat Kematian BR1M 2015
Skim khairat kematian br1m 2015 ini akan berkuat kuasa mulai 1 januari 2015 hingga hujung tahun 2015.walaubagaimana pun,skim khairat kematian ini hanya layak bagi penerima br1m 2015 yang berstatus berkeluarga serta warga emas.yang bujang jangan minta maaf. 
Seperti yang semua sedia maklum,setiap penerima berstatus keluarga dan warga emas di wajibkan mengupdate permohonan masing-masing dengan mengisi bahagian C iaitu bahagian perwarisan.
DOKUMEN DAN CARA TUNTUT SKIM KHAIRAT KEMAITAN BR1M 2015:
Waris yang telah di namakan oleh si mati perlu mengunjungi mana-mana cawangan banks simpanan nasional (BSN).tuntutan akan dibuka mulai 2 februari 2015. 
Waris hanya perlu membawa IC/My Kad dan juga Surat Kematian atau Sijil Kematian. 
Baki br1m si mati yang belum disalurkan juga boleh dituntut oleh waris dengan mengunjungi mana-mana cawangan banks simpanan nasional (BSN) dengan membawa IC sendiri dan sijil kematian si mati. 
Untuk sebarang kekeliruan atau ketidak fahaman anda boleh terus menghubungi hotline 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun melalui e-mel pada br1m@treasury.gov.my.
Continue Reading... Labels: , ,


SUBHANALLAH! Cucu Di Jaga Dan Di Besarkan Oleh Nenek Bukan Islam...



Tohmahan dan fitnah masyarakat berikutan perbezaan agama serta budaya, menjadi penguat semangat seorang wanita berketurunan Baba dan Nyonya sepanjang membesarkan cucunya yang beragama Islam.

Tan Guan Neo, 71, mengakui lali dengan cemuhan diterima dalam menjaga Fahira Nabila Isham, 19, sejak cucunya itu berusia empat bulan.

Kematian suami, Lee Nyong Jin, pada Januari lalu, Guan Neo yang mempunyai lima anak perempuan berusia antara 39 hing- ga 50 tahun mengakui berdepan pelbagai dugaan apabila masyarakat mengetahui cucunya ber­agama Islam.

"Tiga daripada anak saya memeluk agama Islam, termasuk anak bongsu yang juga ibu Fa­hira.

"Oleh kerana anak saya rae- ngalami masalah kesihatan, saya ambil keputusan membela Fahira ketika masih bayi.

"Orang luar mencemuh konon- nya saya tidak layak menjaga cu- cu beragama Islam tetapi saya diamkan,"
katanya.

Beliau ditemui selepas menjadi antara 10 penerima Anugerah Ibu Cemerlang sambutan Hari Ibu peringkat negeri sempena Program Jelajah Keluarga Bahagia 2015 anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Mini Stadium Bistari, Ayer Keroh, semalam.

Majlis turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; bekas Ketua Menteri yang juga Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusa haan Getah (RISDA), Tan Sri Ab­dul Rahim Thamby Chik, EXCO Wanita, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri, Datuk Latipah Omar serta Pengarah LPPKN negeri, Muhamad Noh Abdullah.

Menyara hidup dengan bekeija di kilang getah di Krubong sebelum berhentl, Guan Neo mengakui dirinya buta huruf tetapi mementingkan penjagaan Fahira, terutama aspek halal makan minumnya.

"Fahira diajar berpuasa seiak usia lima tahun. Soiatnya juga dijaga lima kali sehari kerana saya tahu kewajipan orang Islam," katanya.

Beliau berkata, lama-kelamaan masyarakat menyedari Fahira dididik mengikut kehendak Islam hingga khatam al-Quran tiga ka­li.

Guan Neo turut berulangalik memandu bagi menghantar Fa­hira ke sekolah bagi memastikan cucunya itu mendapat pendidikan sempurna, bermula di Sekolah Kebangsaan (SK) Malim, Se­kolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim dan Sekolah Agama di Paya Krubong.

Fahira ketika ditemui mengesahkan bakal melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi MA­RA (UiTM) Jasin dalam jurusan Sains Komputer dan Matematik bulan depan.

"Saya bersyukur kerana dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh nenek dan mendapat pendidikan agama sempurna.

"Nenek pernah rotan saya kerana meninggalkan solat. Agama kami berbeza tetapi nenek tegas dengan saya.

"Bila dah ke universiti, tiada lagi nenek kejut saya bangun sahur dan suap saya makan,"
ka­tanya.



.
Continue Reading... Labels: , , ,


Skandal Seks Anggota Polis, Sanjeevan kini telah bergelar "DATUK"?



  
Hampir setahun masyarakat dihidangkan dengan drama senetron oleh PDRM dalam kes Skandal Seks yang melibatkan Pegawai Berpangkat Tinggi. Kes ini adalah hasil dakwaan dari Pengerusi NGO Benteras Jenayah, San jeevan.

Timbul persoalan apabila PDRM dilihat seperti ingin menutup kes yang mencemarkan nama baik PDRM terutama menimbulkan trauma kepada ahli keluarga polis yang berpangkat tinggi. Keluarga anggota yang berpangkat mula bertanya satu sama lain, siapakah yang dimaksudkan oleh Sanjeevan itu.

Masyarakat mula mendesak SPRM supaya masuk campur di dalam kes ini. Pelbagai NGO yang perihatin telah pun membuat aduan rasmi di balai polis agar kes dakwaan Sanjeevan ini disiasat dengan telus. Dalam masa yang sama, pihak NGO juga membuat aduan rasmi berhubung dakwaan Sanjeevan yang lain.

Antara dakwaan Sanjeevan yang lain adalah, mantan Ketua Polis mempunyai aset mewah di Singapura dan pembunuhan yang dikatakan dilakukan oleh anak mantan Ketua Polis Negara. Siapakah mantan tersebut?

Kenapa kes dakwaan yang begitu serius ini tidak mendapat perhatian PDRM?

Anihnya, apabila Sanjeevan yang membuat aduan berhubung sesuatu kes, begitu cepat tindak balas PDRM. Rujuk sahaja twitter PDRM yang memberi maklum balas kepada Sanjeevan secara langsung. Apa keistimewaan Sanjeevan kepada PDRM? Apakah kerana bukti bergambar tentang Skandal Seks tersebut masih di tangan beliau dan ada unsur ugutan?
 

Sanjeevan sanggup menipu masyarakat bahawa beliau hadir ke Balai Polis Kajang untuk memberi keterangan tentang dakwaan beliau tersebut, tetapi disangkal oleh pegawai penyiasat. Sanjeevan tidak pernah hadir.

 
Sanjeevan kini telah bergelar "Datuk"?  ~Malaysia Crime






. 
Continue Reading... Labels: , , ,


Azwan Ali BANGSATkan Pensyarah Kolej! MENGHINA Warga Pendidik!!!




Azwan Ali menghina pensyarah kolej komuniti selayang.  Baru-baru ini Azwan Ali yang juga digelar Diva AA, telah mencetuskan kontroversi dengan menghina seorang pensyarah di Kolej Komuniti Selayang.

Menerusi laman Twitter Azwan Ali di @Azwanhjali, dia menghina pensyarah di kolej tersebut kerana telah gagal di satu program pertandingan memasak yang dianjurkan kolej tersebut, selain itu Azwan Ali menghina seorang Pensyarah dengan mengatakan yang mereka itu najis!, bukan di tahap aku(not my level), kolej jamban, berniat busuk, pensyarah melayu yang biadap, jijik, bangsat, pergi jahanam(go to hell).

Apa yang anda baca diatas bukan rekaan, ianya ditulis oleh Azwan Ali sendiri di laman Twitternya, bermacam-macam kata makian ada, seakan-akan dia sudah menghabiskan kata makian ‘terpedas’ yang terdapat di dalam Buku Dewan Bahasa dan Pustaka.

Buat masa ini laman Twitter Azwan Ali telahpun dihadkan kepada follower yang telah diapprove sahaja, jadi untuk menyenangkan anda, berikut adalah beberapa keping screenshot Azwan Ali hina pensyarah.



Pedas dan berbisa ayat yang dilemparkan Azwan Ali, ada yang berpendapat tidak layak pensyarah tersebut dihina dan dimaki sedemikian, apatah lagi memalukan sebuah Institusi Pendidikan di mata umum hanya disebabkan dia kalah di dalam satu pertandingan.



komen pengikut Twitter Azwan Ali:

hero mayala: x payah nak berbangga sangat kekayaan tu, x bawa masuk dalam kubur pun.dah kalah terima jewlah hakikat.

lelaki padu: aku peliklah muka yang iras iras ahmad maslan mesti bodoh tahap bangang.


Jika sebelum ini pun beliau sering terlibat dengan berbagai kontraversi serta pertelingkahan dengan beberapa Artis yang lain, peniaga pasar Ramadhan serta juga pernah mengugut kakaknya sendiri Ummi Hafilda.








 




Apa pula pandangan korang ?


Bagi aku, semoga AA terbuka hatinya kembali kejalan yang benar dan meminta ampun serta maaf pada mereka-mereka yang telah beliau sakiti..

Insyallah, mudah-mudahan...








.

Continue Reading... Labels: , , , ,


Siapa Yang Dato Seri Nizar Maksudkan Ulama Yang Pergi Ke Syria Tampa Di Tahan Polis???



Mendengar dialog Dato Seri Nizar, di Dun Changkat Jering. Didalam sesi dialog tersebut Dato Seri Nizar telah menimbulkan persoalan, terdapat seorang individu berstatus Ulamak yang pergi Syria, balik ke Malaysia boleh lepas bebas tanpa ditangkap di KLIA.

Menurut Dato Seri Nizar lagi, ulamak ini boleh bergambar dengan senjata lagi.

Ada orang itu, jelas DS Nizar, baru ada niat hendak pergi ke Syria, sampai KLIA dah kena tahan.

Dato Seri Nizar hairan kenapa pihak berkuasa tak tangkap orang itu?



Siapakah Ulamak yang dimaksudkan itu???
  









.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Lapan Remaja Bawah Umur Kantoi Di Tangkap Merompak 7Eleven



Seramai lapan remaja telah ditahan Polis setelah merompak kedai serbanika Seven Elevan. Remaja tersebut yang terdiri dari empat remaja lelaki dan empat remaja perempuan yang menaiki kereta jenis Proton Wira telah berjaya ditangkap di Taman Bdc Inanam setelah berlakunya kejar mengejar selama empat puluh minit dengan pasukan Polis.

Kesemua mereka telah dibawa ke Ipd Kota Kinabalu untuk  tindakan lanjut. 













.
Continue Reading... Labels: ,


Tan Sri Khalid Ibrahim Akan Pantau Perjanjian Air Selangor




KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu akan memantau perjalanan proses pengambilan industri air Selangor yang kini diteruskan oleh Menteri Besar yang baru, Mohamed Azmin Ali.
 
"Saya akan memantau (perjanjian air) supaya kos pengambilan industri air ini tidak bertambah dan seperti yang telah dijanjikan iaitu tidak melebihi RM9.5 bilion," katanya yang ditemui media selepas merasmikan Program Sajian Rakyat bertempat di Pangsapuri Permai, Sungai Besi petang tadi.
 
Bekas Menteri Besar itu terdahulu diminta mengulas tindakan Azmin yang 'menyokong' segala usaha semasa pentadbirannya suatu masa dahulu, seperti isu pengambilan industri air dan pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex).
 
Ini merupakan majlis rasmi pertama yang dianjurkan Khalid sementelah meletak jawatan sebagai Menteri Besar pada September lalu.
 
Umum mengetahui bagaimana kontroversi melibatkan Khalid dan kepimpinan PKR yang tidka berpuas hati dengannya yang mempersetujui beberapa dasar kerajaan negeri yang didakwa mesra kepada Umno-Barisan Nasional.
 
PKR menuduh kesemua perjanjian itu akan menguntungkan pihak lawan apabila Khalid tidak mendapatkan sebarang nasihat dan membuat rundingan sebelum kata putus dibuat.
 
"Tidak apalah sebab ia untuk kebaikan rakyat. Kita teruskan usaha itu. Kita tidak menghalang apa-apa yang sepatutnya dilakukan. Itu menunjukkan usaha yang kita lakukan itu adalah usaha profesional dan telus serta untuk kebaikan rakyat.
 
"Malah tidak ada lagi usaha memfitnah sebab ia perkara yang betul," katanya sebagai reaksi terhadap Azmin dan kepimpinan kerajaan yang baharu itu.
 
Sementara itu, ketika berucap di hadapan pendudukan pangsapuri berkenaan, Khalid berikrar akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat di DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak, meskipun menerima desakan untuk berundur.
 
"Saya sudah berjanji dengan rakyat, bahawa apabila mereka mengundi saya pada PRU-13 maka saya bertanggungjawab meneruskan tugas bersama rakyat. Dan saya merasakan kita perlu tunjuk contoh kepada pemimpin akan datang bahawa setiap janji mesti ditunaikan," katanya.
 
Walaupun kita menjadi seorang wakil rakyat bebas, Khalid mengakui menerima tawaran untuk menjadi penasihat kepada beberapa organisasi di peringkat antarabangsa.
 
"Tugas saya kini semakin ringan, dan ramai meminta saya menjadi penasihat hingga di peringkat antarabangsa namun saya tolak kerana saya mahu memantapkan peluang untuk bekerjasama dengan rakyat," katanya lagi.
 
 
 
 
 
.
Continue Reading... Labels: , , ,


Wajah Dan Identiti Penjenayah Yang Langgar Anggota Polis Hingga Maut Di Dedahkan



Suspek kejadian samun dan langgar lari hingga menyebabkan kematian seorang anggota Polis di Kerian kelmarin. Polis sedang menjejaki kedua-dua mereka ini. Sila hubungi Balai Polis yang berhampiran jika anda mendapat maklumat tentang kedua penjenayah terbabit.



Al- fatihah.

Berdasarkan maklumat yang Admin terima, kemalangan melibatkan seorang anggota dari Unit Rondaan Bermotorsikal, Lance Koperal Hazwan dari Balai Polis Kuala Kurau telah bertindak berani mengejar sebuah kereta dari jenis Toyota Wish yang merompak sebuah van rokok.

Anggaran kerugian rompakan adalah sekitar RM40,000.

Ketika berlaku adegan kejar-mengejar berlaku, mangsa telah dilanggar kereta suspek dan terbabas sehingga menyebabkan beliau maut di tempat kejadian.

Kes rompakan berlaku di Parit Buntar dan melibatkan tiga atau empat orang suspek.








.
Continue Reading... Labels: , , ,


Parti Komponen BN Hina Dan Tolak Hudud, Mana Suara PERKASA Dan umno Yang Kononnya Perjuang ISLAM???



Sebenarnya apa yang mereka inginkan dari sibuk menjaja lori sebegini segenap penjuru kampung dan bandar? apakah mereka merasakan gembira dari tindak balas Muslim yang benar2 memahami agama yang indah ini?, agama ini mempunyai maruah!!.. ia bukan boleh diperkotak katikkan sesuka hati, jika mereka tidak memahami hudud ini, bukan sebegini lagak yang perlu ditunjukkan, tolong tanya orang yang faham agama atau diam lebih baik dari menimbulkan isu sebegini!!!







.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Sabah Di Kenakan Perintah Berkurung



Susulan kejadian penculikan oleh kumpulan bersenjata di Sabah, satu perintah berkurung di kawasan tertentu telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri tersebut.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengumumkan perkara berkenaan selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Keselamatan Negeri Sabah (JKNN) hari ini.

Musa berkata, tidak ada pergerakan dibenarkan di kawasan perintah berkurung dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan meneliti secara mendalam pelaksanaan ini.

“Melaksanakan Curfew Area di kawasan berisiko di mana tidak ada pergerakan dibenarkan dan PDRM akan meneliti secara mendalam pelaksanaan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain perintah berkurung, kerajaan Sabah juga menubuhkan kawasan kawalan yang menghadkan kemasukan mengikut masa, tempat dan keadaan tertentu.

“Tindakan drastik akan diambil dengan melaksanakan Control Area iaitu menghadkan kemasukan mengikut masa, tempat dan keadaan.

“Sesiapa yang memasuki kawasan kawalan perlu mendapat kebenaran dan permit daripada PDRM,” katanya.

Kerajaan Sabah akan melaksanakan sembilan langkah utama untuk memastikan meningkatkan kawalan keselamatan di negeri tersebut.




.
Continue Reading... Labels: , , ,


Siapa Punya Arahan??? Adun Dan Media Di Halang Lawat Empangan Sungai Selangor



KUALA KUBU BHARU 22 APRIL : Rombongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan media dihalang memasuki kawasan Empangan Sungai Selangor di sini hari ini apabila tidak dibenarkan pengawal keselamatan di pintu masuk untuk ke kawasan itu.

Dalam lawatan bermula kira-kira jam 11 pagi rombongan terdiri daripada Adun Bukit Gasing, R Rajiv; Adun Kampung Tunku, Lau Weng San; Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin dan diketuai Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong yang mahu meninjau perkembangan di empangan itu.

Berikutan itu berlaku sedikit kekecohan antara kumpulan Adun dan petugas di empangan dikendalikan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash).

Selepas perbincangan tidak membuahkan hasil, Kee Hiong dan rombongan mengambil keputusan untuk terus memasuki kawasan empangan.

Pihak media diarahkan menunggu di luar sehingga lawatan itu selesai.







.
Continue Reading... Labels: , , ,


Kerajaan Negeri Kenal Pasti Usaha Untuk Tingkatkan Paras Air Mentah Di Seluruh Selangor



Kerajaan Selangor telah membuat perancangan untuk menaikkan paras simpanan air mentah terutama di Empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus keperluan air ke Lembah Klang sebagai sebagai persediaan menghadapi musim kering yang dijangka lebih teruk pada Mei hingga akhir September tahun ini.

Setakat 20 April 2014, paras Empangan Sungai Selangor terus menurun hingga ke bawah 40% di mana simpanan air mentah di empangan itu adalah sebanyak 89.29 Juta Meter Padu atau 38.82% berbanding 235.32 Juta Meter Padu jika empangan penuh 100 peratus.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB) sedang giat meneroka kolam-kolam bekas lombong terutamanya di kawasan Lembangan Sungai Selangor bagi tujuan mengepam air mentah dari kolam takungan bekas lombong ke Sungai Selangor. Dengan cara ini, pelepasan air dari Empangan Sungai Selangor dapat dikurangkan dan air di empangan mampu bertahan lama.

LUAS dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga telah menjalankan aktiviti mengepam air sungai hasil hujan lebat di hilir untuk ditakungkan ke kolam-kolam sekitar Sungai Selangor untuk digunakan pada musim kering nanti.

Kita telah mengenal pasti untuk membeli pam-pam yang berkeupayaan untuk melakukan kerja-kerja pengepaman ini berbanding menyewa pam daripada pihak luar kerana ia lebih menjimatkan.

Kerajaan Negeri juga sedang mengkaji untuk meneroka air bawah tanah yang berpotensi menghasilkan air mentah antara 300 hingga 400 Juta Liter Sehari (JLH) sementara menunggu projek HORAS yang akan siap Julai 2015. Kolam takungan air bawah tanah ini disediakan dengan mengambil kira keadaan musim kering pada masa akan datang di mana pada ketika musim kering yang teruk dan berpanjangan, air permukaan seperti air sungai akan berkurangan.

LUAS juga telah diarahkan untuk menghubungi Kerajaan Thailand untuk menggunakan teknologi pembenihan awan yang dikenali sebagai “The Royal Rainmaking Technology” untuk mendapatkan hujan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Teknologi ini juga boleh memastikan mengapa usaha pembenihan awan yang telah dijalankan gagal menghasilkan hujan di kawasan yang dikehendaki, terutama di Empangan Sungai Selangor.

Keputusan ini dibuat selepas mesyuarat semalam bersama LUAS, JPS, Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta empat syarikat konsesi.

Kita menjangkakan usaha-usaha yang disebutkan di atas akan dapat menghasilkan kira-kira 1,000 JLH air mentah dan jika petunjuk pelaksanaan adalah positif dalam tempoh seminggu, Kerajaan Negeri  bersedia untuk mengkaji semula keputusan catuan air.

Buat masa sekarang, kita terpaksa meneruskan catuan kerana paras air di empangan utama iaitu Empangan Sungai Selangor masih di bawah kritikal dan air yang ada sekarang hanya mampu bertahan 29 hari jika catuan tidak dilakukan.

Kita amat berharap rakyat memahami situasi ini dan menyokong usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam menghadapi persediaan menghadapi musim kering yang dijangka lebih teruk dan berlanjutan.

Kerajaan Negeri juga berharap pihak-pihak tertentu tidak memanipulasi keadaan ini kerana kekurangan air disebabkan faktor cuaca manakala hujan yang diterima belum cukup untuk menambah kapasiti air di empangan.


22 APRIL 2014



.

Continue Reading... Labels: , , ,


FRU Dan Penyokong Sama-Sama Ganas : Perak Bakal Berdepan Tindakan Tegas FAM



PETALING JAYA - Pasukan Perak bakal berdepan tindakan tegas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) termasuk kemungkinan beraksi tanpa penyokong, sekiranya didapati bersalah dalam insiden kekecohan selepas aksi Liga Super di Stadium Perak, Selasa lalu. 
 
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya menerima laporan daripada Pesuruhjaya Perlawanan pada Jumaat mengenai kejadian itu sebelum membawanya kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk proses perbicaraan. 
 
"Jabatan Undang-Undang dan Jawatankuasa Tatatertib FAM akan melihat perkara ini secara keseluruhan. Kalau ada kes, kita akan keluarkan surat pertuduhan (kepada pihak terbabit). 
 
"Kebiasaannya, kita beri tempoh seminggu untuk sesebuah pasukan memberi surat maklum balas sebelum Jawatankuasa Tatatertib menentukan tarikh sesuai untuk perbicaraan kes," katanya. 
 
Hamidin bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM ke-11 bagi penggal 2010-2014 di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, semalam.
 
Ia dipengerusikan Presiden FAM Sultan Ahmad Shah dan turut dihadiri timbalan baginda, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah serta anggota gabungan FAM. 
 
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Datuk Taufik Abdul Razak berkata pihaknya akan membincangkan kes berkenaan selepas menerima laporan daripada Sekretariat FAM. 
 
Beliau yang kecewa dengan insiden itu turut menasihatkan penyokong yang hadir ke stadium supaya tidak mengulangi perkara sama kerana ia hanya merugikan persatuan bola sepak negeri yang terpaksa menanggung akibatnya. 
 
"Bagi saya tiada gunanya kita mengenakan denda yang tinggi (kepada pasukan terlibat) sekiranya penyokong masih mengulangi perkara serupa. Mereka perlu mengubah sikap demi kemajuan bola sepak negara," katanya. 
 
Aksi Liga Super antara Perak dan Johor Darul Ta'zim itu tercemar dengan insiden kekecohan yang ditimbulkan segelintir penyokong Perak selepas pasukan tuan rumah kalah 0-1 kepada pasukan pelawat. 
 
Mereka dilaporkan bertindak liar dengan membaling batu dan mercun sehingga mencederakan dua petugas media yang membuat liputan perlawanan. 
 
Pasukan Unit Simpanan Persekutuan dilaporkan terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan pancutan air bagi menyuraikan penyokong tuan rumah yang terus menimbulkan kekecohan selepas perlawanan itu. 
 
 
 
.
Continue Reading... Labels: , ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors