RSS

Azwan Ali BANGSATkan Pensyarah Kolej! MENGHINA Warga Pendidik!!!




Azwan Ali menghina pensyarah kolej komuniti selayang.  Baru-baru ini Azwan Ali yang juga digelar Diva AA, telah mencetuskan kontroversi dengan menghina seorang pensyarah di Kolej Komuniti Selayang.

Menerusi laman Twitter Azwan Ali di @Azwanhjali, dia menghina pensyarah di kolej tersebut kerana telah gagal di satu program pertandingan memasak yang dianjurkan kolej tersebut, selain itu Azwan Ali menghina seorang Pensyarah dengan mengatakan yang mereka itu najis!, bukan di tahap aku(not my level), kolej jamban, berniat busuk, pensyarah melayu yang biadap, jijik, bangsat, pergi jahanam(go to hell).

Apa yang anda baca diatas bukan rekaan, ianya ditulis oleh Azwan Ali sendiri di laman Twitternya, bermacam-macam kata makian ada, seakan-akan dia sudah menghabiskan kata makian ‘terpedas’ yang terdapat di dalam Buku Dewan Bahasa dan Pustaka.

Buat masa ini laman Twitter Azwan Ali telahpun dihadkan kepada follower yang telah diapprove sahaja, jadi untuk menyenangkan anda, berikut adalah beberapa keping screenshot Azwan Ali hina pensyarah.



Pedas dan berbisa ayat yang dilemparkan Azwan Ali, ada yang berpendapat tidak layak pensyarah tersebut dihina dan dimaki sedemikian, apatah lagi memalukan sebuah Institusi Pendidikan di mata umum hanya disebabkan dia kalah di dalam satu pertandingan.



komen pengikut Twitter Azwan Ali:

hero mayala: x payah nak berbangga sangat kekayaan tu, x bawa masuk dalam kubur pun.dah kalah terima jewlah hakikat.

lelaki padu: aku peliklah muka yang iras iras ahmad maslan mesti bodoh tahap bangang.


Jika sebelum ini pun beliau sering terlibat dengan berbagai kontraversi serta pertelingkahan dengan beberapa Artis yang lain, peniaga pasar Ramadhan serta juga pernah mengugut kakaknya sendiri Ummi Hafilda.








 




Apa pula pandangan korang ?


Bagi aku, semoga AA terbuka hatinya kembali kejalan yang benar dan meminta ampun serta maaf pada mereka-mereka yang telah beliau sakiti..

Insyallah, mudah-mudahan...








.

Continue Reading... Labels: , , , ,


Zarina Anjoulie, Rakan Lelaki Didakwa Miliki Dadah



PETALING JAYA: Seorang pelakon wanita bersama rakan lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan memiliki dua biji pil iaitu dadah disyaki Erimin 5 anggaran seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.

Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, yang pernah membintangi siri drama Anak Pontianak, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, bersama-sama didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini, pada 5.30 petang, 30 Disember lepas.

Kedua-dua mereka yang juga penuntut kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh, yang diwakili peguam Mohd Haijan Omar diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Februari untuk sebutan kes. - BERNAMA.




.
Continue Reading... Labels: , , , , ,


Kejayaan BN Pikat Orang Muda Dorong Pas 'Pancing' Artis!



SHAH ALAM - PAS yang dahulu tidak mengemari golongan artis, kini mungkin memerlukan kerjasama artis dalam kempen mereka di Kelantan kerana tertekan dengan kejayaan Barisan Nasional (BN) mendekati golongan muda, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata BN telah berjaya menarik golongan muda menerusi program kesukarelawan 1Malaysia Youth For You (1M4U) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Ahad lepas dan ia memberi tekanan kepada PAS.



Seribu pelajar Kolej Komuniti dikerah ke program Najib (KLIK)

Katanya dahulu di Kelantan persembahan artis termasuk dikir barat dan Mak Yong diharamkan dan PAS juga tidak begitu gemar dengan golongan artis kerana didakwa terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.

"Tetapi kini mereka perlu mencari pendekatan baharu untuk mendekati golongan muda yang merupakan kelompok penting pengundi," katanya ketika diminta mengulas usaha PAS Kelantan membawa artis ke negeri itu untuk berkempen.

Najib suka K-POP
             
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menutup dan menyampaikan hadiah kepada peserta Konvensyen 1Malaysia-Young Entrepreneur Challenge 2011/2012 di sini hari ini.


Beliau bekata BN sejak dahulu mesra dengan golongan artis kerana mereka mempunyai kemampuan mengeratkan hubungan parti itu dengan anak muda.


Katanya golongan artis bukan hanya terhad kepada pelakon dan penyanyi tetapi melibatkan pengamal dikir barat, Mak Yong, pesilat serta ahli tomoi dan budayawan.- Bernama


Lihat pula video dibawah....
 




.
Continue Reading... Labels: , , , , , ,


Wajah Mubarak Dan Tokoh BN Dalam Konsert Madonna..



PARIS - Parti politik berhaluan kanan Perancis, Barisan Nasional akan menyaman penyanyi terkenal, Madonna selepas video muziknya memaparkan terdapat simbol Nazi di wajah pemimpin parti itu, Marine Le Pen semasa konsertnya berlangsung di sini kelmarin.

Video yang disiarkan di sebuah skrin gergasi memaparkan wajah Madonna bersama beberapa tokoh terkemuka seperti Ketua Gereja Kristian Roman Katholik, Pope Benedict XVI dan bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak.


Wajah Pen muncul beberapa saat dengan simbol Fasis dan diikuti seorang lelaki mirip pemimpin Nazi, Adolf Hitler. "Satu kes kerana menghina akan dikemukakan pada minggu depan," kata Naib Presiden parti Barisan Nasional, Florian Philippot.


Philippot menganggap imej-imej itu sebagai satu provokasi yang tidak boleh diterima kerana ia cuba menyamakan Pen yang memenangi 18 peratus undi pada pilihan raya Presiden Perancis pusingan pertama pada April lalu dengan fahaman fasis. 




. 
Continue Reading... Labels: , , ,


'Blogger Cucumatkilau' Terkilan PAS Lebih Utamakan 'Artis' Sertai Parti Itu Daripada Mereka Yang Sekian Lama Konsisten Dalam Perjuangan !!



KUANTAN, 17 Mei - Parti Islam SeMalaysia (PAS) digesa tidak terlalu taksub menganggat golongan artis menyertai mereka bagi menarik sokongan generasi muda menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Demikian ditegaskan oleh bekas calon PKR di DUN Kemayan (PRU-12) iaitu Mohd Shukri Mohd Ramli, 41. 

Beliau yang juga merupakan seorang blogger yang turut menyumbangkan banyak artikel berkata demikian dalam posting terbaru beliau di laman sembang sosial facebooknya hari ini. 

"Terkadang CMK jd hairan.. Apakah Parti PAS itu mencari populariti dan glamor smata-mata.. Orang yang telah lama berjuang dan konsisten dalam perjuangan terlalu sukar untuk sertai parti (PAS) .. hanya kerana mereka tinggalkan parti lain dalam Pakatan Rakyat. Dekat dua tahun hantar borang keahlian smpai sekarang tak diproses.. Tetapi bila ARTIS.. pagi hantar borang.. petang sudah LULUS.. terkadang, belum lulus lagi sudah diusung ceramah sana sini. Apakah ini budaya yang mahu diperkenalkan kepada generasi muda.. Artis lama2 ditarik sertai PAS... 

Ke mana arahnya para pejuang yang setia dengan perjuangan Islam itu sendiri agaknya. Jika sokongan orang muda digunakan ARTIS, maka apakah kita yakin mereka ikhlas menyokong perjuangan?. Maka itu, berhati-hatilah dalam membuat tindakan demi masa depan parti itu.. Terkadang kita perlu berani menegur dan menerima teguran... biar pun pahit untuk ditelan.. Inilah yg terjadi kepada CMK sebenarnya.. Jika ini fitnah... lupakan. 

Tapi ini kenyataan dan realiti... Jika begitu, lepas ni ramai lagi ARTIS yg dah "merudum" akan diangkat sebagai pejuang dalam PAS.. hanya DECLARE jer... CMK amat terkilan dgn situasi ini... CMK dah 13 tahun berjuang.. 4 kali cuba utk declare dan hantar borang PAS.. smpai skrg masih tiada jawapan yg pasti.. Beginikah agaknya nasib seorang pejuang rakyat?.. Maka fikirkanlah wahai sahabatku semua", katanya.

Difahamkan, beliau kini akhirnya terpaksa bergerak sebagai aktivis bebas gara-gara permohonan untuk menyertai parti itu tergantung hampir dua tahun lamanya. Malah, paling menyedihkan beliau dikatakan gagal sertai PAS kerana Pakatan Rakyat mempunyai perjanjian bahawa mana-mana ahli yang keluar tidak dibenarkan sertai lain-lain parti dalam Pakatan Rakyat. Persoalannya, apakah ini caranya yang dituntut dalam agama Islam. Keluar parti seolah-olah seumpama keluar agama. Jika ini keadaannya, maka sudah pasti rakyat akan hilang keyakinan kepada PAS selepas ini. 

Memang ramai ahli PKR yang tinggalkan parti itu dihalang sertai PAS atas dasar prinsip kesepakatan antara komponen pembangkang. Kini, blogger Cucumatkilau berkemungkinan besar akan terus bergerak sebagai aktivis atau menyertai mana-mana parti politik lain yang bersedia menerima kehadiran beliau. PAS digesa mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan jangan jadikan peraturan itu sebagai hukum atau fatwa untuk menghalang pihak lain bersama dalam perjuangan yang mereka dokong. ~ PDO

 
 
.
Continue Reading... Labels: , , ,


Gambar-Gambar Selebriti Popular Sedang Layan Ganja!!!


                 
                                       *****************************************************

Miley Cyrus, say yes to Pipon



Lindsay Lohan

Snoop Doggy Dog

Puff dady

Chris Brown 
Drew Barrymore dan Cameron Diaz 
Drake

Elijah Wood

Rihanna

Mungkin Obama muda pernah berkata "Nikmatilah Ganja dan mungkin suatu saat kamu akan jadi Presiden macam saya.."

Model Rosie Huntington-Whiteley ~ Transformer

Michael Phelps

Charlize Theron pemenang Academy Awards

 Vampire, Kristen Stewart asyik berganja

Paris Hilton, bukan hanya sekali !!!
Misha Barton

Rupert Grint sang griffindor

Lil Wayne on the highway

Jessica Alba ketawa sendirian ....

Pirates Of Carribean ~ Johny Deep










Pasai tu depa dok suka sangat ganja nie!!!





.
Continue Reading... Labels: , , ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors