RSS

Tutup Mulut Atau Dibunuh



Kerajaan Myan­mar didakwa mengeluarkan ugutan bunuh terhadap etnik Rohingya dan keluarga mereka sekiranya mereka memberi kenyataan kepada media, lapor portal berita Burma Times.

Portal itu yang memetik ke­nyataan sumber yang enggan dikenali melaporkan, etnik Rohingya juga berdepan ancaman bunuh jika mengaku mereka adalah rakyat Myanmar.

Jumaat lalu, kerajaan Myanmar menyelamatkan sekumpulan pendatang etnik itu dari sebuah bot dan memberitahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta media antarabangsa bahawa semua 208 penumpang itu merupakan rakyat Bangladesh.

Penduduk tempatan di Hasurata dan sumber portal itu mengesahkan bahawa kenyataan kerajaan Myanmar tidak benar.

Semua penumpang bot tersebut yang kebanyakannya etnik Rohingya, cepat-cepat dibawa keluar oleh pihak berkuasa sebelum ketibaan media dan pertubuhan antarabangsa ke tempat kejadian.

Tindakan itu menurut mereka bagi menyokong kenyataan pegawai kerajaan bahawa pendatang yang diselamatkan itu adalah dari Bangladesh.

Kini pihak berkuasa memindahkan etnik Rohingya itu ke sebuah lokasi yang tidak didedahkan dengan ada daripadanya dibebaskan selepas membayar sejumlah wang.

Dalam kejadian berasingan, sebuah keluarga etnik Rohingya mendakwa anak mereka menjadi mangsa pembunuhan doktor di Hospital Maungdaw meskipun telah menjalani pemeriksaan selepas keadaannya dilapor sudah bertambah baik.

Riaz, 12, dimasukkan ke hospital Rabu lalu dan keadaannya bertambah baik dua hari selepas itu namun ketika keluarganya meminta kebenaran doktor untuk membawanya keluar, doktor memberi alasan dia perlu dibedah kerana menghidap batu karang sebelum dia meninggal dunia keesokan harinya.

Sementara itu, Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), Pertubuhan Antarabangsa bagi Pendatang (IOM) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Berkenaan Dadah dan Jenayah (UNODC) bakal membincangkan secara bersama 10 pelan tindakan bagi menangani krisis pendatang di Asia Tenggara semasa satu mesyuarat khas di Bangkok esok.

“UNHCR berharap mesyuarat esok akan bersetuju tentang tindakan bersama bagi menangani krisis kemanusiaan dan menangani punca kepada penghijrahan itu,’’ kata pegawai perhubungan kanan serantau UNHCR, Vivian Tan.
 
 
 
 
 
 
 
.
Continue Reading... Labels: , , ,


Penyeludupan Manusia, Kontingen Polis Perlis Patut Di Gantung Tugas!



KLANG, 31 MEI: Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa seluruh kontinjen polis di Perlis digantung tugas sehingga isu pemerdagangan manusia di Wang Kelian dan Padang Besar selesai dibuat. Dalam kenyataannya hari ini Charles berkata, tidak masuk akal apabila polis menyatakan hanya dua anggota yang terlibat dalam jaringan penyeludupan manusia tersebut.

“Ini tak masuk akal. Ribuan ditahan dalam keadaan yang teruk. Ada yang diseksa dan dirogol. Ramai yang dibunuh.

“Penduduk tempatan sendiri turut melapor dan menyerahkan mereka kepada pihak polis,” kata Charles.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata bahawa ‘semua orang tahu tentang aktiviti penyeludupan’ di Wang Kelian dan Padang Besar. Namun, beliau kemudiannya mengubah nada dengan menyatakan hanya dua anggota polis Malaysia terlibat dalam rangkaian penyeludupan manusia. 

“Mereka (polis) memberi akses kepada pemberita ke tapak kem. Namun apabila ditanya soalan-soalan sukar, tiada jawapan diberikan,” ujar Charles. Tenaganita, sebuah NGO yang mengendalikan isu pelarian dan migran sebelum telah melaporkan kepada polis semenjak 2008 mengenai aktiviti pemerdagangan manusia di kawasan tersebut.

“Sudah tentu orang akan berfikir bahawa polis membuat susulan dengan siasatan, namun tidak ada laporan mengenai perkara ini,” kata Charles.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dalam jawapannya kepada Ahli Parlimen berkata, perkara tersebut di luar pengetahuan polis, lebih-lebih lagi kem tersebut berada di lokasi yang sukar. Dilihat cuba berundur dari melibatkan polis dan pihak berkuasa lain, menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, pihaknya hanya memainkan peranan kecil. 

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim pula memalukan dirinya sendiri apabila menyatakan bahawa anggota polis yang ditangkap itu didorong sogokan wang, sehingga tidak menyedari pembunuhan dan penyiksaan di kem tersebut.
 
“Rakyat Malaysia tidak bodoh. Pihak polis mesti menyatakan kebenaran. Kami mempunyai hak untuk mengetahui apa yang berlaku, hanya akibat ketamakan dan wang.

“Sehingga siasatan selesai, seluruh pasukan polis di Perlis patut ‘digantung’', ujar Charles.




.

Continue Reading... Labels: , , , , ,


Warga Myammar Ketua Sindiket Pemerdagangan Manusia Rapat Dengan Ahli Politik Pulau Pinang Rupa-Rupanya!


EKSKLUSIF: KUALA LUMPUR: Lelaki ini dilihat sebagai dermawan di kalangan masyarakat kerana sering membantu rakyat senegaranya yang kurang bernasib baik tetapi apa yang tidak diketahui adalah bekas pelarian Myanmar ini bersama rakan niaganya warga Malaysia memperoleh keuntungan berjuta daripada kesengsaraan mereka yang diperdagangkan.

Mereka dikaitkan dengan isu pemerdagangan warga Rohingya dan Bangladesh ke negara ini melalui sempadan Malaysia-Thailand.

Menurut sumber, pihak berkuasa menjejaki dua lelaki ini, berusia lewat 40-an dan 40-an, boleh ditahan di bahawa undang-undang tahanan pencegahan tidak lama lagi.

Kedua-dua meeka dikatakan merupakan individu yang dikenali di George Town dan gaya hidup bersahaja mereka.

Dermawan dari Kepala Batas itu mewujudkan pangkalan di sini sejak dua dekad lalu dan terlibat dalam pengeluaran MyKad dan dokumen pelarian UNHCR palsu untuk warga Rohingya yang masuk ke negara ini secara haram.

Dia yang memiliki status penduduk tempatan mempunyai hubungan baik dengan beberapa ahli politik tempatan dan menggunakan sifat dermawannya bagi menutup aktiviti haramnya dengan memberikan sumbangan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan badan keagamaan di Pulau Pinang.

"Kita sedang melihat tentang bagaimana kedua-dua ini mengadakan hubungan dengan satu sindiket antarabangsa bagi pemerdagangan manusia," kata sumber itu.

Tambahnya, pegawai bersenjata yang berkhidmat untuk pedagang haram itu akan menyamar sebagai anggota tentera bagi menggelakkan ia dikesan oleh pegawai tentera yang membuat pemantauan di sempadan.



Kegiatan pedagang haram itu dikesan dua tahun lalu selepas pihak berkuasa memperoleh maklumat daripada 'tonto' (orang tengah) warga tempatan yang diupah dan daripada pendatang haram di depot tahanan, kata sumber itu. 

Sumber itu berkata, dermawan dan ahli perniagaan itu mengupah orang tempatan untuk menyeludup diesel, beras dan barangan lain antara Malaysia dan Thailand. 

Mereka kemudiannya bergerak melakukan pemerdagangan manusia kerana pulangannya lebih baik, terutama sejak tempat pengambilan di sepanjang sempadan diuruskan oleh anggota sindiket warga Thailand yang bersengkongkol dengan mereka. 

Satu tempat pengambilan mengambil masa dua setengah jam bagi berjalan kaki dari tapak kem di mana kubur secara besar-besaran ditemui di Bukit Burma dan satu lagi melibatkan perjalanan dua hari ke Padang Besar melalui ladang tebu. 

Sumber berkata, pendatang tanpa izin Rohingya dan Bangladesh dipaksa membuat bayaran sebanyak RM7,000 setiap seorang kepada anggota sindiket antarabangsa bersenjata setibanya mereka tiba di sempadan. 

Mereka yang gagal untuk berbuat demikian akan dibunuh atau dibiarkan mati kebuluran.

'Tebusan' itu dibayar seperti berikut: 

- Warga Thailand mengambil antara RM1,000 dan RM1,500 seorang dan memberikan bakinya kepada rakyat Malaysia yang mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan di George Town. 

- 'Tonto' yang diupah oleh ahli perniagaan itu untuk membawa pendatang ke Pulau Pinang dan Sungai Petani memperoleh RM100 seorang pendatang, di mana bayaran itu akan dimasukkan ke akaun bank selepas menghantar mangsa-mangsa. 

- Sebahagian daripada baki bayaran itu digunakan untuk merasuah agensi penguatkuasaan dan dalang sindiket akan mengambil selebihnya. 

Sumber berkata, kebanyakan 'tonto' adalah golongan muda yang menganggur dan berhadapan dengan masalah kewangan selepas meninggalkan rumah mereka di Kuala Perlis dan Padang Besar. 

Seorang 'tonto' boleh memperoleh sehingga RM1,500 bagi setiap perjalanan yang boleh memuatkan 15 pendatang dalam satu van. 

Sumber berkata, mereka yang ditahan hanyalah orang bahawan sejak kubur besar-besaran di kedua-dua bahagian sempadan dibongkarkan dan orang atasan yang mempunyai kaitan dengan sindiket masih lagi bebas. 

Adalah sukar untuk membanteras kesemua penjenayah ini kerana tonto akan diberikan kad SIM telefon mudah alih yang berbeza bagi setiap perjalanan, dan menghapuskan kad yang digunakan sebaik sahaja mereka menghantar pendatang.


Sumber menambah, sebahagian pendatang haram akan dihantar untuk bekerja dengan bayaran murah di kawasan pembinaan manakala yang lain dihantar ke kawasan penduduk Myanmar di Kuala Perlis untuk didagangkan.

Pada 16 Mei lalu, pada pukul 10.15 pagi, sekumpulan anggota Pasukan Gerakan Am menemui sebuah kem dengan empat lelaki di sepanjang sempadan.


Keempat-empat warga asing itu melarikan diri tetapi polis berjaya merampas pakaian seragam tentera, makanan, sekeping pasport antarabangsa Vietnam dan kanvas.





.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Skandal Seks Anggota Polis, Sanjeevan kini telah bergelar "DATUK"?



  
Hampir setahun masyarakat dihidangkan dengan drama senetron oleh PDRM dalam kes Skandal Seks yang melibatkan Pegawai Berpangkat Tinggi. Kes ini adalah hasil dakwaan dari Pengerusi NGO Benteras Jenayah, San jeevan.

Timbul persoalan apabila PDRM dilihat seperti ingin menutup kes yang mencemarkan nama baik PDRM terutama menimbulkan trauma kepada ahli keluarga polis yang berpangkat tinggi. Keluarga anggota yang berpangkat mula bertanya satu sama lain, siapakah yang dimaksudkan oleh Sanjeevan itu.

Masyarakat mula mendesak SPRM supaya masuk campur di dalam kes ini. Pelbagai NGO yang perihatin telah pun membuat aduan rasmi di balai polis agar kes dakwaan Sanjeevan ini disiasat dengan telus. Dalam masa yang sama, pihak NGO juga membuat aduan rasmi berhubung dakwaan Sanjeevan yang lain.

Antara dakwaan Sanjeevan yang lain adalah, mantan Ketua Polis mempunyai aset mewah di Singapura dan pembunuhan yang dikatakan dilakukan oleh anak mantan Ketua Polis Negara. Siapakah mantan tersebut?

Kenapa kes dakwaan yang begitu serius ini tidak mendapat perhatian PDRM?

Anihnya, apabila Sanjeevan yang membuat aduan berhubung sesuatu kes, begitu cepat tindak balas PDRM. Rujuk sahaja twitter PDRM yang memberi maklum balas kepada Sanjeevan secara langsung. Apa keistimewaan Sanjeevan kepada PDRM? Apakah kerana bukti bergambar tentang Skandal Seks tersebut masih di tangan beliau dan ada unsur ugutan?
 

Sanjeevan sanggup menipu masyarakat bahawa beliau hadir ke Balai Polis Kajang untuk memberi keterangan tentang dakwaan beliau tersebut, tetapi disangkal oleh pegawai penyiasat. Sanjeevan tidak pernah hadir.

 
Sanjeevan kini telah bergelar "Datuk"?  ~Malaysia Crime






. 
Continue Reading... Labels: , , ,


Lapan Remaja Bawah Umur Kantoi Di Tangkap Merompak 7Eleven



Seramai lapan remaja telah ditahan Polis setelah merompak kedai serbanika Seven Elevan. Remaja tersebut yang terdiri dari empat remaja lelaki dan empat remaja perempuan yang menaiki kereta jenis Proton Wira telah berjaya ditangkap di Taman Bdc Inanam setelah berlakunya kejar mengejar selama empat puluh minit dengan pasukan Polis.

Kesemua mereka telah dibawa ke Ipd Kota Kinabalu untuk  tindakan lanjut. 













.
Continue Reading... Labels: ,


Wajah Dan Identiti Penjenayah Yang Langgar Anggota Polis Hingga Maut Di Dedahkan



Suspek kejadian samun dan langgar lari hingga menyebabkan kematian seorang anggota Polis di Kerian kelmarin. Polis sedang menjejaki kedua-dua mereka ini. Sila hubungi Balai Polis yang berhampiran jika anda mendapat maklumat tentang kedua penjenayah terbabit.



Al- fatihah.

Berdasarkan maklumat yang Admin terima, kemalangan melibatkan seorang anggota dari Unit Rondaan Bermotorsikal, Lance Koperal Hazwan dari Balai Polis Kuala Kurau telah bertindak berani mengejar sebuah kereta dari jenis Toyota Wish yang merompak sebuah van rokok.

Anggaran kerugian rompakan adalah sekitar RM40,000.

Ketika berlaku adegan kejar-mengejar berlaku, mangsa telah dilanggar kereta suspek dan terbabas sehingga menyebabkan beliau maut di tempat kejadian.

Kes rompakan berlaku di Parit Buntar dan melibatkan tiga atau empat orang suspek.








.
Continue Reading... Labels: , , ,


Bernafsu Pelik, Lelaki Ini Sukakan Lendir Kanak-Kanak Yang Masin!



Jika baca msg2 yang diedarkan melalui whatsapp, lelaki ini mempunyai rekod lampau dan pernah dipenjarakan selama 12 bulan atas kesalahan mencabul. Dan lelaki ini juga membuat pengakuan suka mengisap kemaluan kanak-kanak dan telah menjadi tabiatnya sukakan lendir kanak-kanak yang masin.


Sungai Buloh - 9/5/2014: Tindakan gila seorang lelaki misteri yang gemar menculik pelajar sekolah sebelum dipaksa menjadi alat pemuas nafsu sejak sebulan lalu akhirnya terbongkar selepas dia diberkas tengah hari semalam.

Suspek yang juga seorang pengawal keselamatan berusia 34 tahun itu dikesan mempunyai nafsu gila apabila gemar memujuk mangsa dalam kalangan remaja lelaki supaya membuka seluar sebelum dicabul.

Sumber polis berkata, pihaknya yang menerima beberapa laporan berhubung kejadian itu sebelum ini bertindak melakukan risikan dan siasatan menerusi operasi Ops Cantas semalam.

Menurutnya, anggota polis melakukan intipan terhadap seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah pusat beli-belah di sini sekitar jam 12.30 tengah hari semalam.

“Pemerhatian mendapati suspek yang bertugas di bahagian pakaian kanak-kanak di pusat beli-belah itu dilihat memujuk seorang pelajar lelaki supaya mengikutnya menaiki motosikal.

“Anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) kemudian melihat suspek membawa pelajar lelaki itu menaiki sebuah motosikal model Demak ke kawasan Perindustrian SB Jaya di sini,” katanya. - mymetro









.
Continue Reading... Labels: , , ,


Pedajal Rakan Dengan Rancang Rogol Akibat Tak Sebulu


 

London - Hanya kerana tidak sebulu dengan rakan sekerjanya, seorang wanita merancang helah untuk membalas dendam.

Caranya - Joanne Berry menyamar sebagai rakannya itu dan mendaftar di beberapa laman sesawang sembang, termasuk kategori lucah.

Joanne, 30, kemudian mempamerkan dirinya sebagai wanita yang dahagakan seks.

Dia juga merangsang ahli lain di laman sesawang berkenaan dengan menyamar kononnya mengidamkan pengalaman dirogol.

Mahkamah Maidstone diberitahu, pekerja pentadbiran itu kemudian mengajak lelaki yang melayan perbualannya itu supaya datang ‘ke rumahnya’ untuk memenuhi keinginan dirogol.

Namun tanpa diketahui lelaki terbabit Joanne memberi nama, nombor telefon dan alamat rakan yang didendaminya.

Pendakwa Andrew Espley berkata, seorang lelaki Dean Hicks mengetuk pintu rumah mangsa berdasarkan alamat diberi Joanne untuk melakonkan fantasi seks seperti dibincangkan.

“Joanne memang berniat memastikan rakannya itu dirogol dengan memasuki pelbagai laman sembang seks dengan menyamar sebagai mangsa.

“Dia kemudian memberikan nama, alamat dan nombor plet kereta mangsa yang diletakkan di luar kediaman itu untuk memastikan lelaki terbabit memasuki rumah wanita berkenaan dan merogolnya,” katanya.

Menurutnya, Joanne menyimpan dendam selepas bergaduh dengan rakannya itu sekitar Mac 2012.

Dokumen mahkamah menyatakan Joanne membuat dakwaan palsu bahawa dirinya mangsa rogol.

Atas dasar simpati, mangsa cuba memberi sokongan namun mereka bertengkar selepas wanita berkenaan menuduh Joanne sekadar mahukan perhatian apabila enggan bekerjasama dengan polis.

Tertuduh kemudian melemparkan pelbagai tuduhan terhadap mangsa termasuk melalui pesanan ringkas mendakwa wanita itu tidak boleh dipercayai dan menyebabkan Joanne dipecat.

Beberapa hari kemudian kakak mangsa yang tinggal bersamanya membuka pintu rumah selepas diketuk kuat beberapa kali sebelum melihat seorang lelaki di luar.

“Dia mendakwa bersembang dengan mangsa sepanjang hari namun kakak mangsa menyangka dia sekadar tersalah alamat.

“Lelaki itu kemudian beredar tetapi kakak mangsa menemui pesanan ditinggalkan di telefon rumahnya daripada lelaki berbeza.

“Keesokannya mangsa sendiri berada di rumah ketika Hicks mengetuk pintu. Dia terkejut apabila Hicks cuba menyerangnya namun lelaki itu menganggap itu yang diminta dalam sesi sembang mereka,” katanya.

Kata Espley, Hicks menyedari ada sesuatu tidak kena apabila mangsa menjerit meminta bantuan dan cuba menghalangnya masuk.

“Hicks terus memberitahu mangsa mengenai sesi sembang dan fantasi seks yang diceritakan sebelum mendedahkan dia turut diarahkan meminta maklumat mengenai Joanne selepas selesai melakukan fantasi berkenaan,” katanya.

Joanne ditangkap kira-kira sebulan kemudian. - Agensi





.
Continue Reading... Labels: , , ,


KANTOI ~ Remaja Perempuan Bertudung Curi Wang ATM



Dua orang remaja perempuan kini dicari apabila gambar-gambar CCTV mendedahkan mereka sebagai suspek pencuri duit dalam mesin ATM.

Kejadian berlaku apabila pengadu, Puan Sanizabri Nurul ‘Ain terlupa mengambil kad banknya semula daripada ATM RHB di Festival City. Beliau menyedari kejadian itu setelah balik ke pejabat. Namun semuanya sudah terlambat apabila beliau menyemak baki akaunnya menunjukkan terdapat transaksi pengeluaran sebanyak RM2000.

Setelah membuat laporan Polis, Puan Sanizabri kembali semula ke bank tersebut untuk mendapatkan salinan rakaman CCTV. Melalui rakaman itu, jelas menunjukkan dua orang remaja perempuan mengambil peluang dengan mengeluarkan duit beliau.

Bertambah kecewa apabila melihat kedua-dua remaja itu tersengih-sengih keluar daripada bank seolah-olah mendapat durian runtuh.

 


 Beliau mengaku turut bersalah kerana kecuaian diri sendiri. Namun, perbuatan remaja itu yang mengambil kesempatan tidak boleh dibiarkan. Semoga kedua-dua orang suspek itu berjaya dikesan agar menjadi pengajaran kepada orang lain.





.
Continue Reading... Labels: , ,


Ketua Gang 08 Venod Berjaya Di Berkas



Hampir empat bulan diburu pihak berkuasa, ketua kumpulan 'Geng 08 Vinod' yang terkenal dengan jenayah samun bersenjata di sekitar Rawang dan Gombak, Selangor, akhirnya tumpas selepas diberkas polis di Jalan Kuantan, Tasik Titiwangsa, pagi semalam

Suspek dikenali sebagai Vinod Mohan, 21, diberkas di sebuah rumah kosong pukul 9.30 pagi, selepas melarikan diri lebih 30 kilometer dengan memandu kereta sejurus terserempak sepasukan polis di kawasan Genting Sempah, Pahang.

Turut bersama suspek yang menaiki kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Wish itu ialah seorang gadis berusia 23 tahun. Semasa melarikan diri, suspek dikatakan turut melepaskan tembakan.

Dalam insiden mengejar itu, kenderaan dipandu suspek telah melanggar seorang orang awam dan terbabas di satu lokasi di Tasik Titiwangsa sebelum lelaki tersebut melarikan diri manakala rakannya ditahan.


Bertindak atas maklumat, polis kemudian memberkasnya di sebuah rumah kosong di kawasan berdekatan dalam keadaan cedera, termasuk di bahagian bahu dan pinggang akibat terkena tembakan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pada Oktober lalu seramai tujuh ahli kumpulan geng ini ditahan dan dikenakan Perintah Pengawasan di bawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 di Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang dan Perak.

"Kesemua mereka telah melanggar syarat dan kembali ke Gombak untuk meneruskan aktiviti jenayah dan pada 17 November lalu, kami berjaya menahan lima daripada mereka di Batu Batu Caves.

"Bertindak atas perkara itu juga, kami telah menahan suspek bernama Vinod setelah mengejarnya dari Genting Sempah," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, ekoran penahanan tersebut, sekurang-kurangnya 30 kes samun di sekitar Lembah Klang berjaya diselesaikan pihak polis.

Ogos lalu, akhbar melaporkan seorang anggota Geng 08 Vinod yang melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Jalan Lingkaran Tengah 2 (JLT2) diburu polis dan dipercayai bersembunyi di kawasan hutan Ulu Yam. 





.
Continue Reading... Labels: , ,


Papa Gomo Bakal Muflis, Berdepan Berdozen Lagi Saman Terhadapnya...


Keputusan kes Papagomo diharap akhiri politik kotor

Keputusan Mahkamah Tinggi terhadap bekas anggota polis, Wan Muhammad Azri Wan Deris aka Papagomo dan memerintahnya membayar RM500,000 dalam satu kes saman fitnah semalam akan meningkatkan rasa hormat di kalangan penulis blog terhadap undang-undang, kata peguam N Surendran.

Papa Gomo serta beberapa blogger Pro umno bergambar bersama Hisyamuddin Hussein

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa ini sudah tentu akan mengukuhkan saman fitnah jutaan ringgit yang difailkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Wan Muhammad Azri, yang lebih dikenali sebagai penulis blog Papagomo.

Surendran mendakwa Papagomo merupakan satu lagi alat Umno  untuk memfitnah dan menyiarkan berita palsu tentang pembangkang dan oleh itu, beliau mengalu-alukan keputusan mahkamah tersebut bagi menamatkan pembohongan dan politik kotor.

Anwar telah memfailkan saman fitnah terhadap Papagomo kerana didakwa mengaitkan beliau dengan lelaki lain dalam satu video seks, tetapi Wan Muhammad Azri selama ini menafikan bahawa dia adalah Papagomo .


Surendran mengesahkan bahawa kes Anwar terhadap Papagomo akan didengar di mahkamah pada Januari tahun depan.

Katanya, tanpa mengira keputusan mahkamah semalam, pihaknya sudah mempunyai cukup bukti yang mengaitkan Wan Muhammad Azri dengan Papagamo .

Surendran yang juga Ahli Parlimen Padang Serai berkata adalah tidak masuk akal bagi Wan Muhammmad Azri untuk terus menafikannya.

Seorang lagi ahli politik pembangkang, Rafizi Ramli, juga sedang menimbang untuk menyaman Papagomo kerana didakwa membuat serangan yang sangat peribadi terhadap tokoh pembangkang yang seringkali tanpa justifikasi.

"Ini merupakan satu kes ujian dan mahkamah telah menghantar isyarat yang jelas kepada setiap penulis blog di luar sana yang berkelakuan seperti Papagomo."


Rafizi berkata, keputusan awalnya untuk tidak memfailkan saman adalah kerana sebagai seorang ahli politik, beliau menimbang kesan tindakannya kepada parti politiknya.

Bagaimanapun, beliau berharap lebih ramai akan tampil menyaman Papagomo atau Wan Muhammad Azri.

Rafizi , pengarah strategi PKR, tersinggung dengan Papagomo yang menulis dalam blognya mendakwa pengarah strategi PKR itu dipecat daripada jawatan di Petronas kerana isu-isu disiplin.

Ini diterbitkan sejurus sebelum pilihan raya umum pada 5 Mei, yang menyaksikan Rafizi memenangi kerusi Parlimen Pandan.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga dilaporkan telah memfailkan saman terhadap Papagomo .

Husam menyaman penulis blog itu kerana didakwa menyiarkan artikel yang mengaitkan pemimpin PAS itu dengan seorang wanita.

Papagomo juga menyiarkan gambar wanita yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual anak Lim yang berusia 15 tahun, yang kemudian didapati tidak benar, dengan wanita itu secara terbuka menafikan perkara itu.

Bagaimanapun, peguam mereka tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai status kes mereka.

Wan Muhammad Azri berdepan dengan banyak lagi masalah. Satu laporan polis telah dibuat terhadapnya bulan lalu oleh Pemuda MCA kerana didakwa membuat kenyataan rasis di talian.

"Oleh kerana Papagomo telah dikenal pasti, saya berharap pihak polis boleh mula menyiasatnya," kata ahli jawatankuasa pusat Pemuda MCA, Chong Sin Woon ketika dihubungi. ~ MK






.
Continue Reading... Labels: , , , , , , ,


Guru Penolong Kanan HEM SK Beris Panchor Maut Ditembak.. Al-Fatihah.. (Bergambar)




BACHOK: Seorang guru penolong kanan hal ehwal murid Sekolah Kebangsaan (SK) Beris Panchor, di sini, maut dipercayai ditembak sebaik keluar dari pekarangan sekolah itu, petang tadi. 

Kejadian berlaku ketika mangsa menaiki kereta keluar dari kawasan sekolah itu kira-kira jam 2 petang. 

Pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian sebaik saja dimaklumkan.

Kini seluruh Bachok ditutup untuk tujuan pemeriksaan pihak polis.

Punca kejadian masih disiasat... Tidak menolak kemungkinan ianya bermotifkan dendam.



MAKLUMAT MANGSA :


NAMA : EN HASHIM B. MAT ZIN
(PK Hal Ehwal Murid)
UMUR : 43 Tahun
SEK. KEB BERIS PANCHOR, BACHOK 










 ~ Sumber






.
Continue Reading... Labels: , ,


Sebab Musabab Tun Mahathir Paling Takut Jika umno/bn Tumbang PRU13



Antara dosa-dosa besar penyelewengan serta salah guna kuasa  Mahathir sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.


1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:

    * Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.
    * Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.
    * Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN

    * Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.
    * Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.
    * 
    * Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.
    * 
    * Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.
    * 
    * Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.
    * 
    * Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah. Persepsi rakyat:
    *
    * Mahkamah adalah sebuah institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.

3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN

    * Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.
    * Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.
    * Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.
    * Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.
    * Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.
    * Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.
    * Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).
    * Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .
    * Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.
    * Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.
    * Memaksa Petronas membeli saham Proton.
    * Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.
    * Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.
    * Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.
    * Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.
    * Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.
    * Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan
    * Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.

4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik UMNO:


    * Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).
    * Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).
    * Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).

5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa

    * Campur tangan terhadap tugas-tugas polis
    * Mengganggu penyiasatan BPR
    * Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan
    * Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.

6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:

    * Keruntuhan makmal computer;
    * Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;
    * Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;
    * Keretakan PULAREK; dan
    * Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.

7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman

    * Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)
    * Kes fiasco Tun Salleh Abbas;
    * Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam.
    * Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasata kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.
    * Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.
    * Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.
    * Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.
    * Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan
    * Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.

8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam

    * Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;
    * Kerugian pelaburan Tabung Haji;
    * Kerugian RM15b Bank Negara;
    * Kerugian RM40 juta AIM;
    * Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan
    * Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.

9. Menghina dan menyekat Islam

    * Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;
    * Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;
    * Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;
    * Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;
    * Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan
    * Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.

10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera

    * Menutup dua MRSM di Terengganu;
    * Menutup sekolah agama rakyat; dan
    * Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.

Atas beberapa keadaan inilah maka saya berpandangan bahawa:

    * Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri;
    * Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN;
    * Dr Mahatir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya;
    * Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman; dan
    * Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.

Oleh yang demikian, Dr.Mahathir perlu disiasat bagi menentukan sejauh mana keterlibatan beliau dalam pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara ini. Pihak polis yang kena belasah oleh Dr Mahathir sekarang perlu membuat penyiasatan menyeluruh tentang kegiatan jenayah yang sebutkan di atas.
 
 
 
.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors