RSS

Papa Gomo Pun Mahu Turut Serta Langkah Mayat Karpal!!!



Papagomo, atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, dalam akaun Twitternya mempersendakan Karpal yang digelar "Harimau Jelutong" dengan menulis: 

“Karpal Singh mati kemalangan, takziah kepada keluarga Karpal Singh. Apa pun peguam utama kes Liwat Anwar Al Juburi yang menyimpan segala dokumen dan keterangan mangsa mangsa liwat Al Juburi sejak 1996 telah mati. Lega lah kau Nuar.”

Beliau menulis sebuah ‘tweet’: “PAS kini sudah berlapang dada dengan kematian Karpal Singh. Tidak ada lagi alasan oleh PAS untuk mempercepatkan Hudud di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Kematian Karpal Singh satu kemenangan besar untuk parti PAS.”

‘Blogger’ tersebut yang menggunakan akaun Twitter @Papagomo mengkritik dalam Anwar tweet-nya “Karpal Singh sebelum dia mati dia buat pengakuan Anwar Ibrahim penganal Homoseksual. Tulah jasa dia selama mana dia hidup.” 

Dia tidak berhenti di situ, apabila dia menambah: “Mintak pihak @PDRMsia siasat secara terperinci kenderaan yang dinaiki Karpal Singh. Siasat kerana tak mustahil Al Juburi terlibat!”

Dia turut menambah dengan bertanyakan pemimpin-pemimpin PAS sama ada mereka telah memijak mayat Karpal dan mencabar mereka untuk berbuat demikian, dan bertanya apa yang mereka takutkan.

Dia juga menulis sepucuk tweet yang dia mahu melangkah mayat ahli parlimen Bukit Gelugor itu.

Kematian Karpal telah mendedahkan rakyat Malaysia yang tidak berhati perut, tidak sensitif dan jahat. Mereka juga terdiri di kalangan ahli politik Malaysia.

Ia dimulakan naib presiden Perkasa, Zulkifli Noordin yang menghantar mesej berikut di Twitter: “Dalam keadaan kemelut Kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan UMNO, Allah telah mematikn Karpal yang menjadi penentang utama perlaksanaannya!​​"

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, walaupun mengakui bahawa kematian Karpal adalah sebuah kehilangan yang merugikan, dengan pantas menuduh Karpal telah menghina Islam.


Ahli Parlimen Barisan Nasional-Umno Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad, yang juga pengerusi KTM, juga menghina Karpal dengan menyiarkan gambar muka Karpal yang berlumuran darah dan sebuah keratan akhbar lama dengan tajuk "Over my dead body" (langkah mayat saya) berhubung dengan pelaksanaan hudud yang dicadangkan.



.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Papa Gomo Bakal Muflis, Berdepan Berdozen Lagi Saman Terhadapnya...


Keputusan kes Papagomo diharap akhiri politik kotor

Keputusan Mahkamah Tinggi terhadap bekas anggota polis, Wan Muhammad Azri Wan Deris aka Papagomo dan memerintahnya membayar RM500,000 dalam satu kes saman fitnah semalam akan meningkatkan rasa hormat di kalangan penulis blog terhadap undang-undang, kata peguam N Surendran.

Papa Gomo serta beberapa blogger Pro umno bergambar bersama Hisyamuddin Hussein

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa ini sudah tentu akan mengukuhkan saman fitnah jutaan ringgit yang difailkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Wan Muhammad Azri, yang lebih dikenali sebagai penulis blog Papagomo.

Surendran mendakwa Papagomo merupakan satu lagi alat Umno  untuk memfitnah dan menyiarkan berita palsu tentang pembangkang dan oleh itu, beliau mengalu-alukan keputusan mahkamah tersebut bagi menamatkan pembohongan dan politik kotor.

Anwar telah memfailkan saman fitnah terhadap Papagomo kerana didakwa mengaitkan beliau dengan lelaki lain dalam satu video seks, tetapi Wan Muhammad Azri selama ini menafikan bahawa dia adalah Papagomo .


Surendran mengesahkan bahawa kes Anwar terhadap Papagomo akan didengar di mahkamah pada Januari tahun depan.

Katanya, tanpa mengira keputusan mahkamah semalam, pihaknya sudah mempunyai cukup bukti yang mengaitkan Wan Muhammad Azri dengan Papagamo .

Surendran yang juga Ahli Parlimen Padang Serai berkata adalah tidak masuk akal bagi Wan Muhammmad Azri untuk terus menafikannya.

Seorang lagi ahli politik pembangkang, Rafizi Ramli, juga sedang menimbang untuk menyaman Papagomo kerana didakwa membuat serangan yang sangat peribadi terhadap tokoh pembangkang yang seringkali tanpa justifikasi.

"Ini merupakan satu kes ujian dan mahkamah telah menghantar isyarat yang jelas kepada setiap penulis blog di luar sana yang berkelakuan seperti Papagomo."


Rafizi berkata, keputusan awalnya untuk tidak memfailkan saman adalah kerana sebagai seorang ahli politik, beliau menimbang kesan tindakannya kepada parti politiknya.

Bagaimanapun, beliau berharap lebih ramai akan tampil menyaman Papagomo atau Wan Muhammad Azri.

Rafizi , pengarah strategi PKR, tersinggung dengan Papagomo yang menulis dalam blognya mendakwa pengarah strategi PKR itu dipecat daripada jawatan di Petronas kerana isu-isu disiplin.

Ini diterbitkan sejurus sebelum pilihan raya umum pada 5 Mei, yang menyaksikan Rafizi memenangi kerusi Parlimen Pandan.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga dilaporkan telah memfailkan saman terhadap Papagomo .

Husam menyaman penulis blog itu kerana didakwa menyiarkan artikel yang mengaitkan pemimpin PAS itu dengan seorang wanita.

Papagomo juga menyiarkan gambar wanita yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual anak Lim yang berusia 15 tahun, yang kemudian didapati tidak benar, dengan wanita itu secara terbuka menafikan perkara itu.

Bagaimanapun, peguam mereka tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai status kes mereka.

Wan Muhammad Azri berdepan dengan banyak lagi masalah. Satu laporan polis telah dibuat terhadapnya bulan lalu oleh Pemuda MCA kerana didakwa membuat kenyataan rasis di talian.

"Oleh kerana Papagomo telah dikenal pasti, saya berharap pihak polis boleh mula menyiasatnya," kata ahli jawatankuasa pusat Pemuda MCA, Chong Sin Woon ketika dihubungi. ~ MK






.
Continue Reading... Labels: , , , , , , ,


Blogger Raja Fitnah Bakal Bersara Kerana RM100 Juta!



SHAH ALAM - Blogger terkenal, Papa Gomo yang 'memeriahkan' alam maya dengan entri-entri kontroversi mengumumkan mahu bersara daripada dunia blogging.

Menulis dalam laman mikro Twitter menggunakan nama @PapaGomo, blogger berkenaan memaklumkan perjuangannya dalam dunia blogging sudah berakhir.

"I'm done (saya selesai). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini," tulisnya pada Isnin lalu.
 
Papa Gomo merupakan blogger yang tidak asing lagi dengan hasil tulisan dan pendedahan mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal.

Terbaru, blogger berkenaan berhadapan dengan kes saman oleh ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang akan didengar awal tahun depan.

Saman fitnah RM100 juta itu difailkan Anwar 21 Mac lalu dengan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog berkenaan.

Ia ekoran penayangan video lucah yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang itu.

Wan Muhammad Azri bagaimanapun menafikan bahawa beliau adalah pemilik blog berkenaan.

Papa Gomo yang identitinya masih menjadi teka-teki dalam laman mikro Twitternya turut menulis, beliau yakin ramai lagi blogger berbakat dapat diketengahkan untuk memeriahkan PRU14 kelak.

Blog Papa Gomo juga kini tidak boleh diakses lagi.

"Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya.

"Gomo yakin PRU14 akan ada ramai blogger pro BN yang hebat.

"Semoga perjuangan rakan rakan blogger lain akan terus hebat dan menguasai arus blogger yang ada pada PRU14. Pakatan mesti dihancurkan," tambahnya lagi dalam posting berlainan.

~ S H




. 
Continue Reading... Labels: , , , , ,


Penyebar Video Lucah Kononya Mirip Mustapa Ali Telah Di kenali!



Gin Marvel

Harini GM dedahkan WatanHarian.my adalah Lidah Bercabang Rasmi milik umno. Pihak macai menggunakan lidah rasmi milik mereka sebagai backup dalam menyokong hujah2 penipuan yg di lakukan.

Di daftarkan pada 12 March 2013 beralamat di Taman Sri Keramat Tengah. No Telefon & E-mail GM lampirkan sekali untuk tatapan umum... Dari sebahan maklumat yg GM terima menerusi para wartawan, SKMM menawarkan RM 1000 kepada sesiapa sahaja yg menggunakan & mempromosi Domain .MY.........!!!

Apakah ini benar ? Jika benar pun apa salahnya.... hhhmmm...........esok GM nak daftar domain .My, boleh dapat RM 1000. Hehe...!!! 



. 

Continue Reading... Labels: , , , ,


PAPAGOMO @ WAN MUHAMMAD AZRI WAN DERIS ADALAH PENGUNDI HANTU




Pasukan KEADILAN telah memulakan siasatan untuk mengenalpasti individu yang mengendalikan laman Papagomo yang bertindak sebagai ruang menabur fitnah dan didokong sepenuhnya oleh Umno.

Siasatan menunjukkan individu yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris ini adalah seorang bekas anggota polis trafik berpangkat koperal yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana bersalah memeras ugut seorang yang disyaki penagih dadah untuk mendapat suapan rasuah.

(Maklumat lanjut pertuduhan dan kesalahan ada dilampirkan di Lampiran A, hasil semakan dengan pengkalan data SPRM)

Semakan tersebut mengesahkan nombor pengenalan polis Papagomo yang bernombor RF142863.

Dengan nombor tersebut, pasukan KEADILAN telah menyemak pula rekod Papagomo dengan sistem semakan daftar undi SPR. Hasil semakan sangatlah mengejutkan kerana Papagomo yang telah pun tidak lagi berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia kerana kesalahan rasuah masih lagi tersenarai sebagai pengundi pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang. Bukti paparan skrin bahawa Papagomo masih disenaraikan sebagai pengundi pos di IPD Ampang disertakan dalam Lampiran B.

Kami kemudiannya menyemak pula status pendaftaran undi Papagomo sebagai pengundi biasa di sistem yang sama. Seperti yang dijangka, Papagomo juga turut tersenarai sebagai pengundi biasa dengan menggunakan kad pengenalan 830121-03-5019. Dengan menggunakan kad pengenalan itu, Papagomo disenaraikan sebagai pengundi di Parlimen Wangsa Maju seperti paparan skrin dalam Lampiran B.

Oleh kerana tarikh lahir yang berbeza digunakan di dalam sistem semakan daftar undi SPR, pasukan KEADILAN kemudiannya menyemak pula alamat-alamat yang pernah digunakan oleh Papagomo dalam dokumen-dokumen rasmi.

Saya mengesahkan bahawa kami ada dokumen yang membuktikan bahawa Papagomo memang menggunakan dua alamat yang berbeza secara seiringan di dalam dokumen-dokumen rasmi bersabit peguam dan mahkamat seperti berikut:

Alamat Pertama dalam Parlimen Wangsa Maju yang kini didiami:
F-1-9, Villa Danau Apartment, Jalan 5/23E, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur

Alamat Kedua dalam Parlimen Ampang:
SD6, Jalan Nilam, Taman Bukit Ampang, Ampang, Selangor

Penemuan ini membuktikan bahawa pengundi hantu memang wujud di dalam daftar pengundi apabila Papagomo dibenarkan mengundi dua kali. Kehadiran pengundi-pengundi hantu seperti Papagomo ini perlu dijawab sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana rakyat mahu tahu berapa ramai lagi petugas Umno seperti Papagomo yang mempunyai pendaftaran berganda di dalam daftar pemilih?

Saya juga menyeru rakyat Malaysia supaya menolak individu yang bankrap moral dan akhlak seperti Papagomo yang bukan sahaja seorang penerima rasuah, tetapi menjadi penyebar fitnah utama di dalam masyarakat kita. Rakyat Malaysia juga perlu menolak budaya Umno yang mendokong dan menggunakan individu seperti Papagomo untuk menyebarkan fitnah terhadap musuh politik kerana Umno tidak berani berdepan dalam isu rakyat seperti ekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain.

Sekiranya SPR tidak menjawab pertuduhan ini, ia hanya menguatkan persepsi masyarakat bahawa SPR sedang bertungkus lumus cuba memastikan kemenangan Umno/BN melalui daftar undi yang tidak bersih.


RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

22 MAC 2013






LAMPIRAN A – MAKLUMAT DARI PENGKALAN DATA SPRM

No Pengenalan Diri
:
RF 142863
Nama
:
Wan Muhammad Azri bin Wan Deris
No Kes
:
B-06B-68-2011
Mahkamah
:

Hakim
:
Y. A. Linton Albert [HMR], Y. A Datuk Wira Mohtarudin bin Baki [HMR] & Y. A Datuk Mohad Zawawi b
Pendakwaan
:
TPR Nik Azrin Zairin bt Nik Abdullah
PeguamBela
:
Samsul Sulaiman
Kesalahan
:
Seksyen 10(a)(bb) dan seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
Jantina
:
Lelaki
Warganegara
:
Malaysia
Negeri
:
Selangor
Kategori
:
Penjawat Awam
Majikan
:
Polis Di Raja Malaysia
Jawatan
:
Koperal
Tarikh sabitan
:
06/09/2012
Pertuduhan
:
"Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 29.11.2004, di antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang, di Pandan Indah, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah meminta suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM1000.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. "
Hukuman
:
"Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Pertuduhan pertama: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, penjara 8 bulan) Pertuduhan kedua: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, denda 8 bulan). Hukuman penjara berjalan berasingan. Keputusan Mahkamah Tinggi: Mahkamah telah menolak rayuan Perayu terhadap sabitan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Mahkamah Rayuan: Rayuan OKT ditolak. Mahkamah telah mengurangkan hukuman penjara dari 5 bulan kepada 14 hari dan denda RM10,000.00 id 8 bulan penjara adalah dikekalkan bagi kedua-dua pertuduhan. Hukuman penjara adalah berjalan secara serentak"
   




.
Continue Reading... Labels: , , , , , , ,


Papa Gomo Akui Cybertrooper umNo Tewas Pada Blogger PR...


PAPA GOMO dalam artikelnya yang lepas memperlihatkan kekecewaan beliau terhadap Cybertrooper umNo yang kelihatan lemah berbanding Cybertrooper PR, yang mana semuanya berjuang tampa sebarang upah berbanding Cybertrooper UMB yang dibayar oleh umNO/Bn.

Ianya bermula apabila PAPA GOMO naik panas kerana bilangan 'DISLIKE' lebih banyak daripada bilangan 'LIKE' dalam sebuah Video yang bertajuk 'Demo Anti Demo'..



Apa pun tahniah pada Cybertrooper serta Blogger2 PR yang berjuang atas kesedaran sendiri tampa sebarang upah bertunjangkan fakta serta bukti kebenaran berbanding umno yang beteraskan berita fitnah serta lucah.

Papa Gomo dan Blogger2 umno bergambar bersama Hisham auw-auw...

Yang pasti jika umno/bn tumpas pada PRU 13 yang akan datang  para blogger dan cybertrooper mereka akan pastinya akan hilang dan berkubur dengan sendirinya, kerana mereka berjuang atas dasar upah yang lumayan serta ganjaran.




.
Continue Reading... Labels: , ,


Kesian Papa Gomo Bila Dah Nak Mampos umno Pulak Tak Mengaku Kawan



Papa Gomo Tiada Kaitan Dengan umno ~ Khairy

KUALA LUMPUR, 13 Feb. - Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menasihatkan masyarakat agar tidak terlalu emosi dalam mendapatkan maklumat dari media sosial.

Katanya, setiap individu yang ingin mendapatkan maklumat dari media sosial perlu memastikan ketepatan sumber maklumat tersebut untuk mengelakkan daripada membuat kesimpulan yang tidak betul berkenaan sesuatu isu.

"Kita perlu mencari fakta yang benar. Jika kita, sebagai contoh membuat penilaian berdasarkan maklumat yang kita dapat dari blog yang tidak betul, maka secara tidak langsung kesimpulan kita salah,"kata Khairy.

"Saya harap agar orang ramai akan mencari fakta-fakta yang benar dan tidak terlalu dipengaruhi oleh sentimen emosi, politik atau perkauman. Di sebalik satu cerita ada sudut pandangan kedua atau ketiga, kita patut dengar, baca dan buat penilaian,” katanya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau turut mengingatkan orang ramai untuk berhenti beranggapan bahawa setiap blog politik adalah lidah rasmi parti tertentu.

Katanya, setiap blogger politik mempunyai pendapat mereka sendiri dan apa jua yang ditulis di blog mereka tidak semestinya menggambarkan pendirian parti yang disokongnya.

"Terdapat perbezaan di antara lidah rasmi parti dan penyokong parti. Lidah rasmi Pemuda Umno adalah Unit Media Baru Umno (UMB), "katanya.

Khairy turut menafikan dakwaan pihak-pihak tertentu yang mengaitkan blogger Papagomo dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Kesilapan yang sering dilakukan oleh sesetengah pihak adalah menyekutukan Papagomo dengan BN, sedangkan dia tidak ada kaitan dengan parti.
 
"Dia bergerak secara sendiri dan kita tidak mempunyai kuasa untuk mengawal beliau," katanya.




.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors