RSS

Pokok Ganja Di Tanam Sebagai Pokok Hiasan Perbandaran





ASTANA, KAZAKHSTAN – Pihak berkuasa majlis perbandaran di ibu negara Kazakhstan pada Rabu melancarkan satu siasatan terperinci susulan penemuan ribuan pokok ganja hidup subur menghiasi kawasan hijau di pusat bandar raya itu.

Terdahulu, penduduk tempatan di Astana, menyedari bau-bauan aroma luar biasa ketika mereka berjalan di Auezova Street sehingga menyebabkan ramai mengadu pening kepala selain berkhayal macam penagih dadah.

Keadaan itu mengakibatkan ramai memaklumkan kepada pihak berkuasa majlis tempatan dan akhirnya setelah disiasat pegawai bahagian landskap, baharulah diketahui tanaman hiasan terbabit sebenarnya ialah marijuana!



Majlis bandar raya Astana segera mengarahkan penyiasatan dilakukan ekoran penemuan amat mengejutkan itu yang menyaksikan sepanjang jalan utama tersebut ditanam ribuan spesies kanabis diharamkan pemerintah.

Siasatan awal merumuskan pokok ganja berkenaan mungkin ditanam secara tidak sengaja oleh pekerja landskap majlis tempatan yang tidak tahu ia adalah tumbuhan narkotik atau memang ditanam sindiket dadah tertentu.

Seorang jurucakap firma kontraktor perkhidmatan tanaman bandar, Zelenstroy yang mendapat tender landskap oleh majlis tempatan berkata, mereka turut menjalankan siasatan dalaman terhadap semua pekerja terlibat.



“Jika benar itu memang sah ganja, kami tidak teragak-agak membuang tumbuhan marijuana tersebut dengan segera dan digantikan kepada pokok hiasan lain,” tegas jurucakap berkenaan dalam satu kenyataan media.

Seorang penduduk awam, Mihail Malorod yang merupakan individu pertama menyedari pokok narkotik itu mendakwa, tanaman spesies kanabis itu juga ditanam subur di sepanjang bahu laluan Dzhangeldina Street.

Astana yang menggantikan Almaty sebagai ibu negara baharu Kazakhstan sejak 1997, merupakan bandar raya terancang dengan banyak landskap tanaman menghiasi seluruh kawasan pentadbiran.

 – Agensi







.
Continue Reading... Labels: , ,


SEJARAH DAN KISAH PENJARA PUDU


Setakat tempoh 36 tahun ( 1960-1996), ia telah meragut seramai 180 nyawa manusia yang melakukan pelbagai kesalahan jenayah berat. Ini belum dikira dari semenjak Penjara Pudu pada tahun 1895, di mana beribu-ribu dipercayai mati di tali gantung kerana melakukan pelbagai kesalahan berat seperti membunuh, menculik dan mengedar dadah.


Dalam zaman Jepun dipercayai ramai tahanan-tahanan perang yang dijatuhkan hukuman di sini termasuklah orang-orang Cina yang menjadi tahanan perang. Kegerunannya dirasaikan oleh sesiapapun apabila ianya disebut-sebut dan diceritakan.


Begitulah badi yang ditinggalkan oleh bilik maut Penjara Pudu. Kalau hendak disingkap peristiwa yang terakam di dalam Penjara ini memang sangat banyak. Antaranya:-

Kejadian Doktor Radzi bin Jaffar yang dijadikan tebusan pada 16hb Oktober 1986 adalah yang paling bersejarah. Punca kejadian, di klinik penjara apabila sekumpulan banduan yang diketuai oleh Jimmy Chua telah menahan dan menjadikan dua pegawai perubatan dari Hospital Besar yang membuat pemeriksaan sebagai tebusan. Bagaimanapun, kejadian yang menggemparkan negara malah di seluruh dunia itu berakhir pada pukul 5.40 pagi pada 22hb Oktober 1986, apabila Unit Tindakan Khas (UTK) yang diketuai oleh Datuk Zaman Khan menyerbu dan menyelamatkan tebusan tanpa pertumpahan darah.

Bilik Gantung Penjara Pudu digunakan sejak 1960, seramai 180 pesalah menjalani hukuman disini

Sementara itu 2 rakyat Australia, Brain Geoffrey Chamber, 28 tahun dan Kevin Barlow, 27 tahun, menjadi rakyat asing pertama dihukum gantung di penjara ini, iaitu pada subuh o7hb Julai 1986 kerana mengedar dadah di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pulau Pinang dalam tahun 1983.

Barlow & Chambers

Wong Swee Chin ( Botak Chin) merupakan pejenayah yang paling terkenal yang dihukum gantung di Penjara Pudu kerana kesalahan senjata api. Kes perbicaraan Botak Chin menarik perhatian ramai kerana beliau ( Botak Chin) dikatakan merompak dari orang kaya untuk dibahagi-bahagikan kepada rakyat yang miskin, ala- Robin Hood.


Botak Chin@Wong Swee Chin
Hau Tsui Ling, 30 tahun seorang pelayan kelab malam rakyat Hong Kong, menjadi wanita asing pertama dihukum gantung di Penjara Pudu kerana kesalahan mengedar dadah bersama 7 orang lelaki Hong Kong di Lapangan Terbang Bayan Lepas dalam tahun 1983. Belau digantung pada tahun 1989.Menjadi hukum karma, setiap perbuatan yang baik pasti akan dibalas dengan baik, begitulah sebaliknya.






Hukuman Rotan Yang DiJalankan Di Penjara Pudu



Mona Afendy. Pernah ditahan di Penjara Pudu sebelum dipindahkan ke Penjara Kajang pada 2 nov 2001 untuk digantung..




SEJARAH PENJARA PUDU




Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahu 1895.


Penjara Pudu siap dibina 1895 menyerupai Penjara Kindy Bogambia berbentuk X.


Tembok penjara telah mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892. Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negeri koloni British. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja berjumlah RM 15,360.90 (harga pada tahun 1800an).





Bagi blok pentadbiran dan dapur pula, ia mula dibina pada tahun 1892 dengan kos pembinaan sebanyak RM28,700.00 dan RM 3,775.00 (harga pada tahun 1800an). Pada asalnya bangunan pentadbiran terdiri dua tingkat yang menempatkan pejabat “Gaoler", pejabat kerani, stor, bilik pemeriksaan dan bilik pengawal.

Reka bentuk untuk dapur penjara adalah menyerupai dapur "pauper hospital". Bangunan dapur ini mengandungi sebuah stor dan bilik timbang.


Sebelum bangunan utama penempatan banduan siap dibina, lima buah bangunan sementara telah dibina bagi menempatkan banduan-banduan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Bangunan tersebut telah dibina dalam kawasan tembok penjara. Bangunan penempatan utama telah mula dibina pada bulan November, 1891 dan siap pada bulan Mac, 1892. 

Bangunan penempatan utama ini mengandungi 240 bilik menyerupai Penjara Kandy di Bogambia iaitu berbentuk X dan dibina setinggi tiga tingkat. Setiap blok dipisahkan oleh pintu pagar yang berkunci. Ia dibina dengan harga RM 84,886.00.

Pada tahun 1894 sewaktu lawatan Residen British, beliau telah mencadangkan agar dibuat pertambahan sebanyak 54 bilik lagi untuk disambung di Blok C dan D. Kerja-kerja penyambungan ini telah siap dibuat pada tahun 1895.

Blok D telah menempatkan bilik akhir dan bilik gantung. Dari tahun 1960 hingga 1993, seramai 180 pesalah telah menjalani hukuman gantung sampai mati disini.


Muatan asal Penjara Pudu pada awal pembinaannya hanyalah seramai 600 orang pesalah. Setelah kemasukan yang kian meningkat, pembinaan baru telah dibuat, sehinggalan penjara ini mampu menampung 2,000 orang pesalah dengan kadar muatan selesa.


Pada tahun 1985 penjara bersejarah ini telah memcatatkan jumlah bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa. Kesesakan ini memaksa banduan bergilir-gilir (shift) untuk tidur.


Ruangan dalam penjara yang suatu ketika dahulu dipenuhi dengan banduan
Kumpulan banduan yang terawal menghuni penjara ini diambil dari daerah Jugra, Hulu Langat, Banting, Ampang, Klang dan Rawang. Sebelum penjara ini diwartakan sebagai penjara reman, terdapat beberapa kategori banduan telah ditempatkan iaitu banduan jatuh hukum, banduan akhir, banduan buang negeri, banduan buang tempatan, banduan seumur hidup dan banduan seumur hayat.


Penjara yang banyak menceritakan kisah suka duka kepada jabatan ini telah mencatat rekod kerana muralnya yang menghadap Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah merupakan mural terpanjang di dunia iaitu sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter telah dilukis oleh banduan dengan menggunakan 2,000 liter cat


Khong Yen Chong menunjukkan Anugerah Penghargaan yang diterimanya seabagai pelukis tembok Penjara Pudu semasa beliau menjadi tahanan disana sekitar tahun 80an.
Lukisan beliau telah di iktiraf sebagai lukisan terpanjang didunia oleh Book Of Guinness..
Kesan grafiti banduan yang masih kekal didinding penjara Pudu.
Kepesatan pembangunan persekitaran yang begitu cepat menyebabkan ciri-ciri keselamatan penjara unik ini semakin tergugat. Penjara Pudu yang sarat menyimpan 1001 kisah dan tauladan kepada Jabatan Penjara dan negara ini terpaksa ditutup pada jam 9.05 pagi 1 November 1996 setelah lebih 100 tahun digunakan.

Tapak penjara yang terletak di kawasan segi tiga emas ini telah pun dirobohkan untuk tujuan komersial oleh Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan sebagai gantinya, UDA telah membina sebuah penjara baru iaitu Penjara Sungai Buluh yang mempunyai keluasan 89.03 hektar yang terletak lebih kurang 36 km dari Kuala Lumpur dan diberikan kepada Jabatan Penjara.


Komplek Penjara Pudu diwaktu malam. Semuanya hilang bila Bangunan Bersejarah ini telah dirobohkan.


  ~ Sumber



.
Continue Reading... Labels: , ,


BUAH Yang Mirip Tetek Wanita



Ada buah unik bernama Loofah yang sangat mirip sekali dengan payudara wanita di Vietnam. Buah unik ini berwarna merah muda dengan ukuran yang panjang dengan bahagian bawahnya agak membesar dan yang uniknya dari buah Loofah ini adalah mempunyai puting seperti puting wanita. 

Jika diperhatikan buah Loofah ini sangat mirip sekali dengan payudara wanita.

Memang berselera melihat rupa bentuk buah unik ini. Mungkin rasanya pun agak enak kut...


 





.
Continue Reading... Labels: ,


AWAS!!! 5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Wajib Kita Tahu!


Sekadar  gambar hiasan

5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Wajib Kita Tahu

Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Bukan semua hotel, diingatkan bukan semua hotel so jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kami taknak kena saman. Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu. 

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas 

Di Bilik Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh. Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya. 

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik 

Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai. Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada. Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel. 

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka 

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri. Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur. 

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum 

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa. Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? 

Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. 

Kenapa ? Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel. 

 Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik 

Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.





.
Continue Reading... Labels: ,


Blog Pakatan Rakyat Dah Kena "Hacked"..Dah Jadi Laman Biru!


http://arusperjuangan.blogspot.com/

Tadi bila aku buka jer Blogger Dashboard maka terpampanglah gambar lucah dari blog yang sebelum ni memang aku Follower nya. Letih dibuatnya. 

Blog Arus Perjuangan yang dulunya blog politik berjuang bagi pihak PR. Nak tak nak terpaksalah aku Unfollow blog tu. Sayang!  Blog tu dulu antara blog yang hebat bertempur  dengan blog2 umno/bn. Mungkin kelalaian pengendalinya blog tu digodam dan dijadikan blog lucah.

Bagi blogger2 PR yang lain berhati-hatilah dengan keselamatan blog masing-masing, silap-silap besok blog tu jagi blog Tukang Masak pulak...hahahaha...



.

Continue Reading... Labels: ,


Tragedi Malang! Seisi Keluarga Maut Kemalangan Kecuali Seorang Anak Yang Selamat



Takziah buat keluarga yang malang ini. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang dikasihinya. Tersentuh hati bila mengenangkan nasib kanak-kanak mangsa nahas ini yang satu-satunya yang terselamat.

Mungkin bagi aku kanak-kanak malang itu daripada hidup merana kerana trauma sepanjang hayat, baik ikut sekali dengan ibu bapa dan mungkin abangnya. Trauma ni boleh menjejaskan sepanjang usianya. 

Ada beberapa orang yang saya kenali kerana trauma hidupnya tak seperti orang normal,  selalu mengigau, pelajaran selalu gagal, ada yang sakit mental, ada juga kena makan ubat penenang sepanjang hayat. Walau apa pun ini semua ketentuan  dari Nya, mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Jadikanlah ini ihktibar buat kita semua. Jadi berhati-hatilah ketika memandu, hargailah nyawa kita dan nyawa orang lain. Ingatlah orang yang tersayang!


.
Continue Reading... Labels: ,


Tutorial Bagaimana Nak Buat Ahli Politik Tepati Janji (Video)




Bagaimana cara terbaik untuk membuat ahli politik menepati janji mereka? Terdapat satu cara yang mungkin berkesan.  

Berikut ialah taktik yang digunakan oleh penduduk disebuah bandar keempat terbesar di Rusia. 

Ini berikutan tindakan yang lambat diambil oleh mereka Pihak Berwajib bagi menyelesaikan masalah mereka.   

Jika anda mempunyai masalah yang sama, mungkin langkah ini adalah tindakan yang patut diambil bagi menyedarkan mereka.





 .
Continue Reading... Labels: ,


Kehidupan Mewah Mafia China




Anggota gangster ini berkongsi gambar kehidupan mewah mereka di sebuah forum berbahasa Cina.












.
Continue Reading... Labels: , , ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors