RSS

FRU Dan Penyokong Sama-Sama Ganas : Perak Bakal Berdepan Tindakan Tegas FAM



PETALING JAYA - Pasukan Perak bakal berdepan tindakan tegas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) termasuk kemungkinan beraksi tanpa penyokong, sekiranya didapati bersalah dalam insiden kekecohan selepas aksi Liga Super di Stadium Perak, Selasa lalu. 
 
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya menerima laporan daripada Pesuruhjaya Perlawanan pada Jumaat mengenai kejadian itu sebelum membawanya kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk proses perbicaraan. 
 
"Jabatan Undang-Undang dan Jawatankuasa Tatatertib FAM akan melihat perkara ini secara keseluruhan. Kalau ada kes, kita akan keluarkan surat pertuduhan (kepada pihak terbabit). 
 
"Kebiasaannya, kita beri tempoh seminggu untuk sesebuah pasukan memberi surat maklum balas sebelum Jawatankuasa Tatatertib menentukan tarikh sesuai untuk perbicaraan kes," katanya. 
 
Hamidin bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM ke-11 bagi penggal 2010-2014 di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, semalam.
 
Ia dipengerusikan Presiden FAM Sultan Ahmad Shah dan turut dihadiri timbalan baginda, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah serta anggota gabungan FAM. 
 
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Datuk Taufik Abdul Razak berkata pihaknya akan membincangkan kes berkenaan selepas menerima laporan daripada Sekretariat FAM. 
 
Beliau yang kecewa dengan insiden itu turut menasihatkan penyokong yang hadir ke stadium supaya tidak mengulangi perkara sama kerana ia hanya merugikan persatuan bola sepak negeri yang terpaksa menanggung akibatnya. 
 
"Bagi saya tiada gunanya kita mengenakan denda yang tinggi (kepada pasukan terlibat) sekiranya penyokong masih mengulangi perkara serupa. Mereka perlu mengubah sikap demi kemajuan bola sepak negara," katanya. 
 
Aksi Liga Super antara Perak dan Johor Darul Ta'zim itu tercemar dengan insiden kekecohan yang ditimbulkan segelintir penyokong Perak selepas pasukan tuan rumah kalah 0-1 kepada pasukan pelawat. 
 
Mereka dilaporkan bertindak liar dengan membaling batu dan mercun sehingga mencederakan dua petugas media yang membuat liputan perlawanan. 
 
Pasukan Unit Simpanan Persekutuan dilaporkan terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan pancutan air bagi menyuraikan penyokong tuan rumah yang terus menimbulkan kekecohan selepas perlawanan itu. 
 
 
 
.
Continue Reading... Labels: , ,


Fandi Ahmad : Dari Seorang Bintang Menjadi Warga Yang Terbuang



Membaca wawancaranya di dalam akhbar Today dan menggeleng-gelengkan kepala apabila membaca bagaimana dia mengakhiri nasibnya di sebuah negara yang ia tidak gembira.

Pertama beliau tidak diendahkan dan diketepikan untuk kerja kejurulatihan di Singapura. Kerjaya itu telah diberikan kepada FT walaupun hakikatnya dia lebih mempunyai kelayakan dan pengalaman untuk melakukannya.


Malah bakat bola sepak terhebat dalam sejarah hari ini terpaksa mengakhiri kerjayanya di JB di mana bakat beliau yang besar lebih dihargai kerana negaranya lebih mengutamakan khidmat warga asing.


Selepas memberi sumbangan kepada bola sepak Singapura selama beberapa dekad dan begitu banyak pencapaian yang luar biasa, beliau akhirnya telah dicampakkan dan warga asing lebih diberi peluang dengan bayaran gaji yang tinggi tetapi telah gagal untuk memulihkan semangat dan kebanggaan pasukan Singapura.


Apa yang dihadapi Fandi ini sebenarnya mencerminkan ramai nasib pekerja-pekerja Singapura yang memegang gelaran tenaga kerja nombor satu di dunia sejak beberapa dekad. Tenaga kerja yang sama sekarang ini telah diganti dengan kemasukan besar-besaran pekerja asing.


Masalah Fandi diburukkan lagi apabila isterinya telah jatuh sakit. Bukan sekadar sakit biasa tetapi ia lebih 'sakit' kerana sistem penjagaan kesihatan yang teruk.


"Bil-bil perubatan agak tinggi bagi saya dan ia diburukkan lagi oleh hakikat apabila isteri tidak dilindungi oleh insurans."
- kata Fandi di dalam Today.

Beliau kini telah merasai pengalaman pahit hasil daripada dasar pemerintah yang menyebabkan dirinya sengsara dan menanggung beban di bahunya dengan pelbagai masalah kewangan yang mungkin.


Selepas semua ini, nasib malang Fandi berterusan apabila bergelut untuk memiliki flat HDB, perumahan awam yang paling mahal di dunia pada hari ini kerana dasar-dasar HDB:


"Saya dalam proses memohon untuk membeli flat HDB. Tetapi saya tidak mempunyai cukup simpanan CPF. Oleh itu, perkara-perkara ini menjadikannya sedikit rumit."


Fandi pernah bergelar jutawan dan kehilangan sebahagian besar daripada simpanannya disebabkan pelaburan yang rugi. Ia sedikit sebanyak menyumbang kepada nasib beliau hari ini - jika dia menyimpan wangnya, hari ini dia akan duduk berehat dan dapat bersara lebih awal.


Walau bagaimanapun, tidak mempunyai banyak wang pada usia sebegini bukanlah suatu fenomena yang asing di Singapura kerana ramai lagi rakyat yang tidak mempunyai pendapatan yang cukup untuk simpanan yang agak besar pada hari tua nanti. Kita juga digalakkan untuk menjadi seperti Fandi - menjadi seorang usahawan dan mengambil risiko.


Masalah utama terhadap Fandi adalah kerana sistem di sesuatu tempat tersebut... beliau jatuh terbuang kerana kecenderungan kerajaan kepada bakat warga asing berbanding penduduk tempatan. 


. 
Continue Reading... Labels: ,


Pegawai FAM Disyaki Rasuah Atur Perlawanan



Ketua Keselamatan FIFA Chris Eaton memberitahu The Straits Times bahawa terdapat pegawai FAM yang terlibat dalam pengaturan perlawanan.

Apabila dihubungi pada hari Rabu, Timbalan Presiden Hamidin Amin enggan menamakan kelab atau pemain yang terlibat kerana siasatan masih dijalankan tetapi beliau percaya satu atau dua kelab Liga Super telah terlibat.

Beliau berkata: “Ini berdasarkan bukti yang dikumpul pada musim-musim lepas, bukan sahaja minggu lepas. FAM akan mengumumkan dalam dua atau tiga minggu lagi.”

LionsXII mendapat kemenangan di tempat lawan yang pertama apabila mereka menewaskan Sabah 1-0 di Kota Kinabalu. Tetapi perlawanan yang mereka menang 3-1 dengan Negeri Sembilan yang telah menimbulkan syak wasangka oleh pemain senior LionsXII.

Pemain Singapura itu berkata: “Mudah untuk orang meragui perlawanan ini (LionsXII vs Negeri Sembilan) kerana kelihatannya mudah bagi kami bertemu mereka.

“Ini sangat tidak baik untuk kami dan ia mewujudkann keraguan dalam minda kami kerana pasukan yang mungkin kami ingat lemah sebenarnya telah menjual perlawanan itu.”

Tambah sumber yang mempunyai pengetahuan dalaman bagi aktiviti pengaturan perlawanan dalam rantau ini: “Lihat sahaja bagaimana gol dijaringkan dalam perlawanan itu – mana-mana ‘bookie’ akan beritahu terdapat sesuatu yang tidak kena.”

Satu lagi pendedahan mengejutkan oleh Ketua Keselamatan FIFA Chris Eaton kepada The Straits Times, Singapura adalah bukan sahaja pemain dan jurulatih yang terlibat di Malaysia, malahan pegawai FAM juga mungkin terlibat.

Eaton berkata: “Saya boleh memberitahu terdapat siasatan mengaitkan pegawai bola sepak di Malaysia dan secara global di Asia Tenggara.

“Sudah tiba masanya untuk kerajaan di sini sedar bahawa saiz market perjudian di rantau ini menarik banyak sindiket seperti ini.”

Namun, skuad LionsXII di bawah perhatian untuk memastikan mereka tidak jatuh di tangan pengatur perlawanan. Semua panggilan telefon di bilik hotel mereka diputuskan apabila bermain di tempat lawan sementara pegawai pasukan mengawal pergerakan pemain di hotel dan lapangan terbang.

Ini titik hitam buat bola sepak Malaysia. Minggu lepas 18 pemain muda telah digantung selama dua hingga lima tahun kerana terlibat dalam pengaturan perlawanan Piala Presiden tahun lepas dan jurulatih digantung seumur hidup. / ESPN



.

Continue Reading... Labels: , ,


GOL Nazmi Mansor Ke-7 Tercantik Di Dunia Minggu Ini!



101greatgoals.com telah memilih gol jaringan Nazmi Faiz Mansor dalam perlawanan Kelayakan Olimpik menentang Bahrin tempohari sebagai ke-7 terbaik didunia minggu ini.

 

Syabas kita ucapkan pada bintang muda in. Semoga kita akan terus melahirkan bintang bolasepak yang selama ini suram buat beberapa dekad sesudah era Allahyarham Mokhtar Dahari.




.
Continue Reading... Labels: ,


Skandal Terbaru Apek @ Khairul Fahmi dan Shida Harmi?



Jika anda masih ingat, sekitar Ogos 2011 yang lalu ketika Malaysia sedang hangat kisah tunang Khairul Fahmi Che Mat & Elia, ada satu watak sampingan bernama Shida Harmi.

Kami amat pasti penghantar e-mail yang kami (dan beberapa rakan media lain) terima ini merupakan kenalan rapat atau mungkin Shida Harmi sendiri.

Dan, kami sedikit ragu dengan motif sebenar pendedahan ini ketika Khairul Fahmi kembali ke puncak sanjungan peminat selepas kejayaan demi kejayaan yang tidak sedikit pun terganggu dek gossip.



Berikut beberapa lagi gambar.

Skandal Terbaru Khairul Fahmi dan Shida Harmi?


Skandal Terbaru Khairul Fahmi dan Shida Harmi?


Skandal Terbaru Khairul Fahmi dan Shida Harmi?

Semoga malam ni Apek tak bolos ketika menentang Baharin sebentar lagi..

kredit : rotikaya.com
 
 
.
Continue Reading... Labels: , ,


Penyokong Malaysia hilang: Hanya salah faham



KUALA LUMPUR: Facebook dan Twitter, semalam, gempar dengan berita kehilangan seorang penyokong skuad negara ketika menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea Ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Berita Ahmad Firdaus Arham, 26, hilang tersebar di Facebook dan Twitter selepas Kedutaan Malaysia di Jakarta menerima beg pakaian dan dompetnya yang ditemui dalam stadium ketika perlawanan akhir Isnin lalu.
 

Namun, berita terbabit hanya salah faham dan Ahmad Firdaus sebenarnya selamat di tanah air selepas pulang dari negara berkenaan, pagi semalam.

“Saya tidak hilang...saya selamat, semua ini salah faham, sebenarnya saya dirompak ketika berada dalam tandas di kompleks Mangga 2 di Jakarta menyebabkan dompet saya hilang.

 
 “Saya juga tidak pergi menyaksikan perlawanan Malaysia dan Indonesia itu sebaliknya ke Jakarta atas urusan kerja,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, dia tidak tahu bagaimana dompetnya boleh ditemui dalam stadium berkenaan tetapi mengandaikan mungkin orang yang merompaknya kebetulan menyaksikan perlawanan itu dan perkara terbabit juga sudah dimaklumkan kepada pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta.

Menceritakan kisah sebenar, Ahmad Firdaus yang juga pembantu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Jamu Mak Dara berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam Sabtu lalu.

“Saya kemudian ke balai polis, namun pegawai di situ memberitahu saya masih mempunyai pasport dan tidak perlu membuat laporan berhubung kehilangan dompet.
“Ini hanya salah faham dan saya terkejut apabila nama saya heboh diperkatakan di Facebook dan Twitter kononnya hilang di Jakarta,” katanya.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia di Jakarta, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan yang dihubungi semalam, mengesahkan perkara itu dan bersyukur Ahmad Firdaus kini selamat berada di tanah air.
/HM


.
Continue Reading... Labels: ,


Final Bolasepak Sukan SEA: Pengadil Jepun dirujuk ke FIFA dan AFC



Difahamkan pihak Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) akan melaporkan kepada FIFA dan AFC berkenaan hal tersebut khususnya cara pengadilan pengadil dari Jepun. Menurut mereka, kekalahan pasukan Indonesia disebabkan oleh cara pengadilan tersebut. Tujuan melaporkan ke FIFA dan AFC bagi memberi pengajaran kepada semua pengadil agar bertindak lebih profesional dalm mengadili satu-satu perlawanan. Mereka juga akur dengan kekalahan kepada pasukan Malaysia namun cara pengadilan yang dipersoalkan.

[Image: harimau+vs+garuda.jpg]

Kekalahan Indonesia dalam perlawanan akhir bola sepak sukan sea ke 26 masih lagi hangat diperkatakan di negara itu. Terkini dari laporan media negara tersebut menyatakan pengadil dari Jepun Tojo Minoru dikatakan mengadili perlawan berat sebelah atau istilahnya tidak adil. Hal ini khususnya merujuk kepada dua jaringan yang dibatalkan dan bola terkena tangan pemain Malaysia dalam kotak penalti.

 

Djohar: Wasit Telah Merampas Emas 

 

JAKARTA, KOMPAS.com — Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) akan melaporkan kepada FIFA dan AFC terkait kinerja wasit yang memimpin pertandingan final cabang sepak bola SEA Games XXVI. Hal tersebut karena badan sepak bola tertinggi di Indonesia itu menilai Tojo Minoru mengeluarkan beberapa keputusan aneh saat memimpin pertandingan Indonesia melawan Malaysia, Senin (21/11/2011).

Hal itu disampaikan oleh Ketua Umum PSSI Djohar Arifin dalam acara syukuran di kediaman Arifin Panigoro, Selasa (23/11/2011) malam. "Ada yang aneh atas kepemimpinan wasit. Ada dua gol kita yang dianulir. Malaysia juga melakukan hand ball di kotak penalti," kata Djohar.

Dalam pertandingan yang berakhir untuk kemenangan Malaysia, Minoru menganulir dua gol yang diciptakan Egi Melgiansyah dan kawan-kawan. Gol Titus Bonai pada menit ke-17 dianulir karena penyerang asal Papua itu sudah berdiri dalam posisi offside sebelum menciptakan gol. Minoru kembali menganulir gol Indonesia yang diciptakan Ferdinand Sinaga saat kedua tim melakoni babak tambahan.

Djohar menyatakan, PSSI tidak ingin mencari-cari alasan atas kekalahan yang dialami Indonesia. Namun, menurut dia, fair play harus ditegakkan dalam setiap pertandingan. "Fair play telah dirusak. Pelajaran dan peringatan jika dipimpin wasit yang merugikan tim mana pun. Jadi, kami akan melaporkan ke FIFA dan AFC untuk mempelajari rekaman pertandingan. Kita sangat menginginkan emas tetapi dirampas oleh wasit," tegas Djohar.

Indonesia dipaksa harus puas meraih medali perak setelah kalah dari Malaysia lewat adu penalti (3-4) setelah imbang 1-1 hingga perpanjangan waktu. Meski kalah dan harus puas dengan medali perak, Egi Melgiansyah dan kawan-kawan telah menunjukkan spirit bertarung yang membanggakan bangsa.

Pencapaian tim asuhan Rahmad Darmawan yang sukses melaju ke final itu layak diapresiasi, dibandingkan pencapaian pada SEA Games Thailand 2007 dan Laos 2009, di mana "Garuda Muda" selalu tersisih dalam penyisihan grup.

 Sumber : Media Indonesia di SINI



.
Continue Reading... Labels: ,


Penyokong MALAYSIA HILANG Sejak Perlawanan Akhir Bolasepak Sukan SEA



JAKARTA - Perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea antara Indonesia dan Malaysia masih memberikan berita di antara kedua penyokong. Jika Indonesia kehilangan nyawa penyokong yang meninggal dunia setelah dipijak di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), Malaysia juga kehilangan seorang penyokong

Ahmad Firdaus bin Arham, penyokong Malaysia berusia 26 tahun, yang turut serta menyaksikan perlawanan akhir antara Indonesia bertemu Malaysia di Stadium GBK,. Namun sehingga dua hari selepas pertandingan tersebut selesai, Firdaus masih belum pulang ke Kuala Lumpur.


Berita kehilangan Firdaus diketahui setelah Pegawai Konselor Dan Imigrasi Kedutaan Malaysia, Zuraya Yusuf, menghubungi media dan mengkhabarkan ada seseorang yang menghantar dompet milik Firdaus ke Kedutaan Malaysia untuk Indonesia di Kuningan, Jakarta, pada Rabu (23/11/2011).


"Siang kelmarin polis yang bertugas di kantor memberitahu ada orang menyerahkan beg dan dompet milik warga Malaysia. Kami kemudian menghubungi kedutaan di Kuala Lumpur, dan Firdaus juga sedang dicari oleh keluarganya,"
kata Zuraya.

Berdasarkan keterangan keluarga Firdaus, Zuraya menjelaskan Firdaus datang ke Indonesia untuk menyaksikan perlawanan akhir Indonesia bertemu Malaysia. Ia menambah, hingga kini kedudukan Firdaus masih menjadi tanda tanya, kerana selepas dua hari pertandingan itu selesai, Firdaus belum pulang ke rumahnya.


Zuraya tidak memberi keterangan dengan siapa Firdaus datang ke Jakarta kerana komunikasi dengan keluarga Firdaus terputus ketika sedang meminta keterangan.
 

"Kami sudah berusaha berkali-kali menghubungi keluarganya, tapi nombor telefonnya juga tidak aktif," kata Zuraya.

Zuraya menambah dalam dompet milik Firdaus yang diserahkan ke keduataan Malaysia terdapat Kad Pengenalan (IC) milik Firdaus, Kad Kredit CIMB, Maybank, SIM dan wang enam Ringgit Malaysia.


Zuraya berharap bagi warga Jakarta yang menemui Firdaus agar segera menghubunginya di nombor telefon 08170841920 atau menghubungi Pengurus Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) yang masih ada di Jakarta, Shukri Harun (082178037932 atau +60123549305) dan Azrul Moh Nur (082178037931). 



. 
Continue Reading... Labels: , ,


Kuartet 4x400 Meter Pingat Emas Dilayan Macam Pelarian, Dihantar Pulang Sebelum Terima Pingat



PALEMBANG - Kuartet 4x400m yang melakukan kejutan meraih emas kelmarin dilayan seperti orang pela- rian apabila segera dihantar pulang semalam tanpa sempat menerima pingat yang dimenangi mereka.
Gandingan S. Kannathasan, P. Yuvaraaj, Schezuan Ahmad Rosely dan Mohd. Yunus Lasaleh sepatutnya perlu menghadiri majlis penyampaian hadiah semalam selepas ditangguhkan.
Malangnya, perancangan kelam-kabut yang dibuat Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) menyaksikan detik manis yang sepatutnya di- nikmati mereka selepas penyertaan mereka dianiaya, tidak kesampaian.
Penerbangan mereka telah ditentukan lebih awal gara-gara KOAM menjangkakan gandingan ini tiada harapan pingat untuk dimenangi.
Antara yang lantang membidas tindak tanduk dan kelemahan KOAM itu ialah atlet olahraga negara, Noraseela Khalid yang menegaskan, rombakan segera perlu dibuat supaya lebih ramai lagi atlet tidak menjadi mangsa.
"Mereka datang lewat tetapi pulang awal kerana KOAM tidak percaya mereka boleh menang pingat. Inikah persatuan yang memperjuangkan nasib atlet?
"Sepatutnya mereka diberi peluang menerima hadiah dulu, barulah pulang. Ini tidak, dah jadi macam orang pelarian pulak. Di Malaysia ramai lagi telah menjadi mangsa seperti kuartet 4x400m ini.
"Jadi, bantulah kami melakukan perubahan dalam KOAM sekiranya kita tidak mahu melihat atlet terus menjadi mangsa. Harap presiden KOAM juga dapat membantu," katanya.
Kuartet 4x400m lelaki negara pulang pada pukul 2.50 petang semalam selepas 17 jam memenangi pingat emas dengan menewaskan Thailand di tempat kedua dan Indonesia ketiga. KOSMO






.
Continue Reading... Labels: ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors