RSS

Rafizi Dan Azmin Semakin Hampir Di CHECMATE!!!



PADA 31 Januari 2014, Rafizi Ramli begitu angkuh untuk melabelkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai seorang ahli politik yang lembap dan lemah. Rafizi menimbulkan persoalan kelemahan kemahiran berpolitik Tan Sri Khalid Ibrahim untuk berdepan dengan UMNO.

Sebagai seorang strategis Parti Keadilan Rakyat (PKR) beliau telah mencaturkan pilihan raya kecil Kajang untuk membuka peluang kepada Ketua Umum iaitu Anwar Ibrahim untuk menggugat kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Strategi Rafizi ini sekiranya dianalisis, sebenarnya demi kebaikan beliau sendiri. Pertama, beliau akan dapat memperkukuhkan kedudukan Azmin Ali dalam parti dan keduanya Anwar Ibrahim akan mengenang jasa beliau sekiranya strategi ini berkesan.

Percaturan untuk mengukuhkan dua orang kuat dalam PKR akan dapat membuka cahaya masa depan politik yang cerah untuk dirinya yang masih lagi muda. Kebetulan strategi ini hanya timbul setelah Azmin dipecat daripada PKNS.

Namun begitu , kekurangan pengalaman dan asam garam dalam hidup serta keangkuhan untuk memandang rendah keupayaan Khalid telah membawa banyak masalah dan dugaan dalam percaturan dan strategi Rafizi. Khalid mengikut rentak permainan yang dicaturkan oleh Rafizi dengan menyokong keputusan untuk meletakkan Anwar sebagai calon di Kajang.

Langkah yang diambil oleh Khalid adalah tepat memandangkan sebarang penentangan terhadap Anwar akan menyebabkan penyokong dan ahli PKR menentangnya.

Setelah melancarkan kempen dan memperkenalkan Anwar sebagai calon PKR untuk pilihan raya kecil (PRK) Kajang dan tidak lama kemudian Khalid mengumumkan untuk bertanding jawatan nombor 2 parti iaitu sebagai Timbalan Presiden PKR. Pengumuman ini telah mula menggugat Azmin dan penyokongnya dalam parti.

Kemudiannya Khalid pula menandatangani perjanjian air (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan dan langkah ini telah memberi satu tamparan yang sangat besar kepada pihak tertentu dalam pakatan pembangkang.

Rafizi dan Azmin pula tampil untuk mempertikaikan tindakan Khalid dalam perjanjian air ini. Namun begitu, Majlis Pakatan Rakyat telah tampil untuk menyokong tindakan Khalid dalam isu perjanjian air dan isu ini turut mendapat sokongan daripada Presiden Pas, Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Khalid sekali lagi mematahkan serangan Azmin dan Rafizi.

Pada 7 Mac 2014, Khalid mengulangi keputusannya tidak akan melepaskan kerusi nombor satu Selangor itu. Beliau mengumumkan pendirian ini kepada media selepas menghadiri program bersama rakyat di Taman Mesra, Kajang.

Pendirian ini juga telah dimaklumkan kepada Baginda Sultan Selangor. Langkah ini sekali gus memberi tamparan yang amat besar kepada Rafizi dan Azmin apabila pada hari yang sama Ketua Umum PKR itu disabitkan bersalah oleh Mahkamah Rayuan dalam kes isu liwat beliau.

Kini Khalid akan bertanding jawatan nombor 2 tertinggi parti dengan kapasiti sebagai seorang Menteri Besar Selangor dan keadaan ini akan memberi kelebihan dari segi status, kewangan dan jentera untuk berhadapan dengan Azmin.

Kemenangan Wan Azizah dalam PRK Kajang diramalkan akan memberi kekuatan kepada kem Khalid. Percaturan Khalid secara perlahan memperluaskan penguasaannya dalam parti PKR melalui pengumuman Rodziah Ismail untuk mencabar Zuraida Kamaruddin bagi jawatan Ketua Wanita PKR. Timbalan Speaker Selangor iaitu Nik Nazmi juga dipercayai akan dicaturkan untuk menawan jawatan Ketua Pemuda PKR.

Sekiranya Khalid berjaya menawan jawatan nombor 2 PKR dan ditambah pula dengan penyokongnya menang dalam Wanita dan Pemuda maka PKR akan mengalami era politik penguasaan Khalid.

Cara dan teknik Khalid bermain politik adalah seperti yang digambarkan oleh kolumnis The Star, Joceline Tan bahawa beliau ialah seorang Tai Chi Master. Rafizi dan Azmin sememangnya seorang yang memiliki kemahiran Muay Thai dalam politik.

Namun begitu , keangkuhan dan kekurangan pengalaman politik serta merasakan diri sendiri adalah lebih mahir dalam politik akhirnya menyebabkan Rafizi tersilap pandang kehebatan kemahiran politik Tai Chi.

Seni persilatan Melayu yang sama dengan Tai Chi ialah Silat. Khalid dengan mudah dan selesa mempamerkan seni persilatan dan secara perlahan dan tenang telah menghampiri untuk CHECKMATE gandingan Rafizi dan Azmin.

Oleh itu, adakah Rafizi Ramli masih layak lagi memegang jawatan sebagai strategis PKR?



~ Shen Yee Aun



.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Rafizi - Nasib Khalid Ibrahim Akan Di Putuskan Pimpinan PR, Sah!!! Jawatan MB Selangor Membuatkan Kempen Pemilihan Parti Jadi PANAS!!!



PETALING JAYA - Sehingga ke hari ini, isu jawatan Menteri Besar Selangor masih belum dibincangkan dalam mesyuarat kepimpinan PR meski pun PRK Kajang sudah berlalu hampir sebulan lalu. 

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengesahkan perkara tersebut sambil berkata, hanya kepimpinan tertinggi PR sahaja yang berhak memutuskannya. 

"Belum ada sebarang perbincangan tentang jawatan MB Selangor di kalangan pemimpin tertinggi PR sejak PRK Kajang. 

"Meski pun kini timbul pelbagai isu dan spekulasi mengenainya, saya yakin ia akan dimaklumkan kepada pemimpinan PR," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar selepas Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail memenangi PRK Kajang pada 23 Mac lalu. 

Mengulas lanjut, Rafizi menambah, kedudukan Adun Pelabuhan Klang itu akan ditentukan menerusi proses tertentu dan keputusan yang dilakukan secara kolektif. 

"Saya tiada hak untuk menentukan apa yang akan terjadi kepada seseorang itu, ia mungkin spekulasi semata-mata.   

"Saya tidak melihat sebarang implikasi yang akan berlaku jika keputusan itu dibuat kelak," katanya lagi. ~SH




. 
Continue Reading... Labels: , , ,


Turunkan Harga Kereta Dulu Sebelum Naikkan Harga Minyak



Laporan The Edge yang menyebut bahawa Malaysia mempunyai harga kereta yang kedua tertinggi di dunia tidaklah mengejutkan. Struktur cukai kereta yang melampau tingginya menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membayar harga lebih kurang satu kali ganda lebih mahal berbanding rakyat negara lain.

Sebab itu rakyat tidak boleh berkompromi apabila Barisan Nasional menaikkan harga minyak kerana ia tidak adil di kala cukai yang dikenakan ke atas kereta adalah antara yang tertinggi di dunia.

Barisan Nasional sering mengungkit kononnya rakyat Malaysia tidak membayar harga pasaran bagi seliter petrol atau diesel, lalu dijadikan alasan untuk menaikkan harga minyak. Sebaliknya Barisan Nasional tidak pula mahu menurunkan harga kereta supaya rakyat Malaysia juga membayar harga pasaran bagi sebuah kereta, seperti mana rakyat negara lain.

Sebenarnya, sebuah isirumah purata rakyat Malaysia (keluarga berpendapatan bawah RM5,000 sebulan yang dianggarkan membentuk 70% dari keluarga Malaysia) membayar lebih banyak cukai dan tol berbanding jumlah subsidi minyak yang diperolehi.

Secara purata sebuah isirumah menggunakan 300 liter petrol sebulan. Dengan subsidi sebanyak 63 sen setiap satu liter, ini bermakna sebuah isirumah menerima subsidi minyak sebanyak RM189 sebulan.

Bagi sebuah kereta berharga RM60,000 yang dibayar secara ansuran selama 7 tahun (seperti amalan biasa sebuah isirumah), duti eksais kereta dan bayaran faedah ke atas duti eksais kereta dianggarkan sebanyak RM3,565 setahun, bersamaan sekitar RM300 sebulan.

Ini bermakna, Barisan Nasional mencukai rakyat Malaysia dalam bentuk duti eksais kereta sebanyak RM300 sebulan sedangkan subsidi minyak yang diterima hanyalah RM189 sahaja bagi setiap isirumah purata.

Ini adalah ketidakadilan yang nyata dan jelas menindas rakyat. Lebih teruk apabila Barisan Nasional enggan pula mengakui hakikat bahawa ia mencukai rakyat lebih banyak dari subsidi minyak yang diwar-warkan.

Saya akan terus bersuara menentang sebarang usaha menaikkan harga minyak selagi harga kereta tidak diturunkan, kalau benar Barisan Nasional mahu harga minyak mengikut pasaran dunia.


RAFIZI RAMLI

Pengarah Strategi PKR

Ahli Parlimen Pandan




.
Continue Reading... Labels: , ,


MENTERI - MENTERI UMNO PANAS KENA LAGI PENANGAN RAFIZI..




Pengarah Strategi PKR, YB Rafizi Ramli berkata, ada hampir 70 menteri dan timbalan. Setiap menteri ada hampir lima pegawai, menjadikan jumlah mereka seramai 350 orang.

"Jika setiap orang diberikan elaun petrol RM1,000 selama sebulan, ia akan menjadi RM350,000 dan untuk tempoh setahun kerajaan perlu mengeluarkan RM4 juta untuk mereka....

"Jika elaun ini dipotong, ia dapat membantu kerajaan untuk perkara lain yang lebih bermanfaat kepada rakyat, ini juga akan mengajar mereka supaya lebih berhati-hati dalam merancang perjalanan dan program mereka." katanya kepada Sinar Harian, pada Rabu.

Beliau berkata, sudah tiba masanya semua menteri sama-sama merasai bebanan yang ditanggung rakyat kesan daripada kenaikan harga minyak.

"Bukan hanya elaun, malah banyak majlis-majlis kerajaan dilihat lebih bersifat membazir.

"Tidak perlu ada lagi tajaan bas, trip bercuti ke luar negara dan banyak lagi. Sekarang, kerajaan perlu berjimat, bukan rakyat," katanya.

Rafizi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu telus untuk membentangkan apakah program yang boleh mengurangkan pembaziran wang negara.

"Kerajaan perlu tampil memberitahu rakyat mengenai program tersebut. Jangan hanya menyalahkan rakyat.

"PKR juga sudah ada program untuk disyorkan kepada rakyat bagi mengelakkan pembaziran, seharusnya kerajaan juga harus begitu, mengutamakan rakyat dan bukannya menteri atau kroni," katanya.




.
Continue Reading... Labels: , ,


URUSNIAGA BOUSTEAD MEMBERI DURIAN RUNTUH KEPADA RAJA ROPIAAH



Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kakitangan ibu pejabat di Menara Boustead yang memberikan sepenuh kerjasama kepada saya sebagai pemegang saham minoriti Boustead Holdings Berhad.
Saya berkesempatan meneliti dua perjanjian yang telah ditandatangani di antara Bakti Wira Sdn Bhd (BWSB), sebuah anak syarikat Boustead Holdings Berhad dan secara langsung dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan dua syarikat berikut:

1. Astacanggih Sdn Bhd (ACSB) yang dimiliki dan dikuasai oleh Deepak Jaikishan

2. Awan Megah Sdn Bhd (AMSB) yang dimiliki dan dikuasai oleh Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor

Dua perjanjian yang dipaparkan untuk semakan pemegang saham adalah:

1. Perjanjian Membangunkan 3 Bidang Tanah di antara BWSB, ACSB dan AMSB (Perjanjian Pertama)

2. Perjanjian Membeli Saham yang melibatkan BWSB dan pemegang saham ACSB (Perjanjian Kedua)

Saya menumpukan perhatian kepada bahagian-bahagian perjanjian yang memberi maklumat mengenai kepentingan kesemua individu yang terbabit serta peruntukan-peruntukan yang membolehkan perjanjian ini terbatal.

Ada beberapa klausa utama yang pada pandangan saya, telah membatalkan Perjanjian Pertama secara automatik kerana ketidakpatuhan syarat-syarat di pihak AMSB. Perkara ini akan dibawa ke perbincangan Biro Politik KEADILAN petang ini untuk mendapat pandangan pakar guaman parti dan Kerajaan Negeri Selangor. Dalam masa terdekat, saya akan mengumumkan tindakan selanjutnya sama ada dari segi undang-undang atau di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri yang akan membatalkan Perjanjian Pertama serta-merta.

Ini matlamat utama KEADILAN agar urusniaga melibatkan RM130 juta dapat dihentikan dan menyelamatkan wang pencen angkatan tentera.

Namun, saya benar-benar terkejut dengan beberapa urusniaga yang sebelum ini disembunyikan dari pengetahuan umum dan pemegang saham yang lain kerana tidak difailkan kepada Bursa Malaysia. Urusniaga-urusniaga ini dirancang dan dimeterai dengan satu tujuan iaitu memberikan durian runtuh kepada Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor.

Saya boleh mendedahkan klausa-klausa berikut dalam Perjanjian Pertama yang memberi keuntungan beratus juta ringgit kepada Raja Ropiaah (selain dari pembayaran RM130 juta yang telah diumumkan sebelum ini):

§ Kementerian Pertahanan telah menganugerahkan kontrak tambahan sebanyak RM15,054,408.31 kepada AMSB melalui satu surat lantikan bertarikh 26 Jun 2012. Kontrak ini tidak diumumkan sebelum ini.

§ Walaupun sudah dibayar RM130 juta atas alasan mengembalikan tanah-tanah kepada anak syarikat LTAT, sebenarnya hanya 200 ekar dari keseluruhan 223.2 ekar yang akan dipindahkan kepada BWSB. Perjanjian Pertama secara jelas menegaskan bahawa sebanyak 23.2 ekar kekal dalam tangan Raja Ropiah, yang nilaiannya boleh mencecah puluhan juta ringgit.

§ Boustead Holdings Berhad juga mendahulukan wang sebanyak RM4 juta kepada Raja Ropiaah melalui proksinya yang bernama Putra Nazrain Abdul Jalil untuk membeli dan menguasai 20% pegangan di dalam ACSB. Melalui Perjanjian Pertama, ACSB akan menguasai tanah seluas 200 ekar yang akan dibangunkan menjadi projek berbilion ringgit. Secara langsung, urusniaga ini memberi pegangan 20% dari projek bernilai berbilion ringgit kepada Raja Ropiaah.

§ Perjanjian Pertama mensyaratkan agar BWSB menguruskan segala komitmen kewangan Raja Ropiaah dengan GuppyUnip Sdn Bhd, termasuk menjelaskan apa-apa hutang agar perjanjian usahasama di antara Raja Ropiaah dan GuppyUnip dapat dibatalkan. Komitmen kewangan sedia ada tidak dinyatakan dan akan diuruskan oleh BWSB.

§ Perjanjian Kedua secara jelas mensyaratkan agar Deepak Jaikishen tidak membuat sebarang kenyataan tanpa kebenaran Boustead Holdings Berhad, mengesahkan dakwaan saya sebelum ini bahawa perjanjian bertujuan menutup mulut Deepak.

Ini hanyalah sebahagian dari pelbagai perkara yang saya temui dari semakan perjanjian.

Saya akan berbincang dengan pakar guaman parti dan selepas mendapat pandangan profesional, akan mengambil tindakan selanjutnya untuk mendedahkan pelbagai urusniaga lain yang merugikan rakyat.

Buat masa sekarang, saya ingin menegaskan kembali bahawa Dato’ Seri Zahid Hamidi telah gagal dalam menjaga kepentingan dan kebajikan angkatan tentera. Saya juga masih menunggu saman beliau yang belum lagi dihantar kepada saya, agar perkara ini boleh didedahkan juga di mahkamah.



RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI



20 FEBRUARI 2013
 
 
 
.
Continue Reading... Labels: , , , , ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors