RSS

CELUPAR!. Mencaci KPN.. PDRM Mahu Azmin Ali Mohon Maaf Secara Terbuka...



Selepas mengingatkan mengenai dosa dan tata susila Persatuan Pegawai Kanan Polis mendesak Menteri Besar Selangor Azmin Ali memohon maaf secara terbuka kepada pasukan itu kerana "mencaci dan menyelar Ketua Polis Negara".

Dalam kenyataan dikeluarkan persatuan itu, pengerusinya Datuk Shah Gzali Khan Shahadad berkata kenyataan Azmin itu turut terkena kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kata Shah Gzali, PDRM adalah pasukan keselamatan yang menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat tanpa berkiblat kepada mana-mana fahaman politik, bangsa atau agama.

"Sebagai menteri besar yang berpendidikan dan berjawatan tinggi, tidak wajar Azmin menggunakan kata-kata sebegitu jelek dan kesat terhadap sesama manusia".

"Tidak seharusnya ceramah politik digunakan untuk tujuan menghasut dan menghina, apatah lagi sebagai satu platform untuk membangkitkan masyarakat terhadap polis," katanya.

Kelmarin dalam ceramahnya Azmin bertanya kepada hadirin jika majlis itu turut dihadiri anggota cawangan khas (SB) polis.

Apabila hadirin menjawab ada, Azmin berkata: "Saya tak takut.
Beritahu ketua polis negara, tolonglah, nak jadi ketua polis yang menjaga keselamatan rakyat atau nak jadi barua Umno dan BN?"

Kenyataan itu disambut sorakan kira-kira 200 hadirin.

Shah Gzali berkata, seluruh warga PDRM berharap Azmin lebih berhemah dan bersopan dalam ceramahnya kerana "bahasa melambangkan bangsa".

"PDRM tidak pernah mencampuri urusan politik dan tidak sesekali berkiblatkan mana-mana parti. Ia jelas dengan perkhidmatan profesional dan kerjasama erat diberikan di negeri diperintah pembangkang," katanya. 


Azmin semasa muda merupakan anak didik dan anak angkat Tun Dr Mahathir

Sebelum ini apa yang admin tahu Azmin Ali tidak pernah sekali pun ditahan atau dilokap. Semasa era reformasi para Reformis dan Pemimpin Pembangkang keluar masuk lokap tetapi tidak berlaku pada Azmin Ali. Semoga Azmin Ali terus berjaya dikarier Politik dan menjadi Pemimpin yang baik dimasa hadapan demi Rakyat Marhaem sesungguhnya.





.
Continue Reading... Labels: , , ,


Azmin..! Hentikan ‘BERLAKON!!!’.. - Che Gu Bard




Azmin sememangnya sejak awal lagi mengimpikan untuk menjadi Menteri Besar Selangor sehinggakan menyusun sentimen mempertikaikan pentadbiran Menteri Besar.

“Azmin Ali sila berhenti menjadi watak baik di depan tetapi duri di belakang,” berikut adalah kenyataan aktivis terkenal, Che’gu Bard dalam satu sidang media sebentar tadi.

Jelas beliau, Azmin sememangnya sejak awal lagi mengimpikan untuk menjadi Menteri Besar Selangor sehinggakan menyusun sentimen mempertikaikan pentadbiran Menteri Besar.

“Selepas PRU-13, dia menjaja cerita kononnya Anwar telah menjanjikan dia jawatan MB tetapi menipu dan tidak melantik dia.

“Kekecewaan itu telah menyebabkan dia menyerang Ketua Umum, Presiden PKR dan PR melalui perang saraf yang tersusun sehingga terbuka menyerang pimpinan tertinggi parti melalui media sosial bawah kendaliannya,” jelas beliau.

Tambah beliau lagi, Azmin Ali turut menggunakan media dan orang-orangnya memulakan serangan peribadi kepada Ketua Umum dan keluarga.

“Bukan musuh, tetapi dia membuat kerja musuh. Kartel Azminlah yang mencipta istilah Istana Segambut, keputusan mesyuarat dalam bilik/ dalam kelambu dan Azizah pemimpin remote.

“Kononnya anda tak nak jawatan MB tetapi sehingga kini, tanpa henti terus menemui secara sendiri atau menghantar wakil bertemu pemimpin tertinggi PAS mahupun DAP memujuk namanya turut dicalonkan,” katanya.

Menurut Che’gu Bard, ramai anak muda dan penyokong di luar sana bosan dan memperlahankan penglibatan dengan parti kerana Azmin dan kartelnya.

“Saya yakin dan percaya dia telah melanggar banyak disiplin parti tetapi kenapa tindakan disiplin tidak diambil ke atasnya?.

“Saya kini digantung tidak bertempoh. Gantung ini tidak akan membunuh semangat juang membetulkan negara tetapi harus membetulkan parti dahulu. Gantung ini tidak matikan saya!. PKR rumah perjuangan saya, saya akan terus berjuang di sini,” akhiri beliau.




.

Continue Reading... Labels: , , , , ,


Azmin Mendahului Di Sebalik Kecelaruan Dan Kontraversi Pemilihan PKR




PETALING JAYA: Perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaikan tidak menghiraukan isu manipulasi undi yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin Ali apabila keputusan pengundian pada minggu kedua dijangka memihak kepada calon dan penyandang Timbalan Presiden itu. 
 
 Walaupun pelbagai pihak tampil mengemukakan aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), ternyata isu yang diketengahkan seperti mana yang berlaku pada pemilihan 2010 tidak memberi kesan kepada calon terbabit.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Ahli Parlimen Gombak itu menerima kira-kira 12,800 undi atau 49 peratus iaitu mendahului Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendapat kira-kira 7,171 undi (27 peratus) dan Datuk Saifuddin Nasution yang memperoleh 6,161 undi (24 peratus).

Sehingga proses pengundian berakhir di lima buah negeri pada 3 dan 4 Mei lalu, Azmin dikatakan mendapat 57 peratus undi dari Sabah iaitu negeri kedua yang mempunyai ahli paling ramai selepas Selangor.

Sementara itu difahamkan Abdul Khalid mendapat 33 peratus undi dari Sabah manakala Saifuddin hanya memperoleh 10 peratus.

Mohamed Azmin juga dikatakan mendahului keputusan di Perak iaitu sebanyak 46 peratus di Perak dan 51 peratus di Perlis.

Bagaimanapun Saifuddin dikatakan mendahului senarai di negeri asalnya iaitu Kedah dengan mendapat 51 peratus undi di 12 daripada 15 cabang yang sudah dikira.

Namun demikian sehingga Selasa, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) terpaksa menangguhkan pengumuman keputusan rasmi terkini pemilihan membabitkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Sabah yang berlangsung pada 3 dan 4 Mei lalu.
 
  
Timbalan Pengerusi JPP, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew berkata, pihaknya sedang meneliti beberapa dakwaan penipuan dan kesilapan sebelum sebarang pengumuman rasmi dibuat.

Mengakui wujud beberapa kesilapan membabitkan proses pengundian, Tan bagaimanapun memberi jaminan pihaknya akan berlaku adil dan mengambil tindakan tegas berhubung salah laku yang mencacatkan pemilihan parti itu.
 
"Saya sahkan bahawa kita sudah menerima semua keputusan. Tapi buat masa ini kita tak boleh umumkan dahulu. Kita takut ada kesilapan jika terburu-buru.

"Kita sedang semak semua data, ada kesilapan dan kami perlu semak dan siasat," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Media melaporkan wujud kekecohan pemilihan PKR yang masuk minggu kedua Sabtu dan Ahad lalu membabitkan beberapa Cabang iaitu Sungai Petani di Kedah, Nibong Tebal dan Balik Pulau (Pulau Pinang), Tenom, Sepanggar, Beaufort, Keningau dan Tuaran (Sabah) dan Lumut (Perak).

Kekecohan turut menyebabkan pemilihan bagi beberapa jawatan terpaksa dibatal dan ditangguhkan ke tarikh baharu.

Sementara itu, Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard mendakwa tindakan 'tangan-tangan ghaib' menimbulkan kekecohan kerana mahu memenangkan calon pilihan mereka.

"Kekecohan atau 'blakcout' ini terjadi di Cabang yang menunjukkan keputusan yang tidak memihak kepada calon pilihan mereka.

"Sebab itu kita mahu JPP turun padang dan menyiasat semua dakwaan yang dikemukakan ini,"
 
 Menurut sumber, proses pemilihan awal Cabang Sepanggar kecoh apabila dewan yang digunakan tidak dilengkapkan dengan tanda arah untuk membantu perwakilan mengundi.

Selain itu, ketiadaan petugas JPP mengawal kemasukan perwakilan menyebabkan orang ramai menyerbu dan memaksa anggota Rela mengawal situasi.





 
 
 
 
.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Rafizi Dan Azmin Semakin Hampir Di CHECMATE!!!



PADA 31 Januari 2014, Rafizi Ramli begitu angkuh untuk melabelkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai seorang ahli politik yang lembap dan lemah. Rafizi menimbulkan persoalan kelemahan kemahiran berpolitik Tan Sri Khalid Ibrahim untuk berdepan dengan UMNO.

Sebagai seorang strategis Parti Keadilan Rakyat (PKR) beliau telah mencaturkan pilihan raya kecil Kajang untuk membuka peluang kepada Ketua Umum iaitu Anwar Ibrahim untuk menggugat kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Strategi Rafizi ini sekiranya dianalisis, sebenarnya demi kebaikan beliau sendiri. Pertama, beliau akan dapat memperkukuhkan kedudukan Azmin Ali dalam parti dan keduanya Anwar Ibrahim akan mengenang jasa beliau sekiranya strategi ini berkesan.

Percaturan untuk mengukuhkan dua orang kuat dalam PKR akan dapat membuka cahaya masa depan politik yang cerah untuk dirinya yang masih lagi muda. Kebetulan strategi ini hanya timbul setelah Azmin dipecat daripada PKNS.

Namun begitu , kekurangan pengalaman dan asam garam dalam hidup serta keangkuhan untuk memandang rendah keupayaan Khalid telah membawa banyak masalah dan dugaan dalam percaturan dan strategi Rafizi. Khalid mengikut rentak permainan yang dicaturkan oleh Rafizi dengan menyokong keputusan untuk meletakkan Anwar sebagai calon di Kajang.

Langkah yang diambil oleh Khalid adalah tepat memandangkan sebarang penentangan terhadap Anwar akan menyebabkan penyokong dan ahli PKR menentangnya.

Setelah melancarkan kempen dan memperkenalkan Anwar sebagai calon PKR untuk pilihan raya kecil (PRK) Kajang dan tidak lama kemudian Khalid mengumumkan untuk bertanding jawatan nombor 2 parti iaitu sebagai Timbalan Presiden PKR. Pengumuman ini telah mula menggugat Azmin dan penyokongnya dalam parti.

Kemudiannya Khalid pula menandatangani perjanjian air (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan dan langkah ini telah memberi satu tamparan yang sangat besar kepada pihak tertentu dalam pakatan pembangkang.

Rafizi dan Azmin pula tampil untuk mempertikaikan tindakan Khalid dalam perjanjian air ini. Namun begitu, Majlis Pakatan Rakyat telah tampil untuk menyokong tindakan Khalid dalam isu perjanjian air dan isu ini turut mendapat sokongan daripada Presiden Pas, Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Khalid sekali lagi mematahkan serangan Azmin dan Rafizi.

Pada 7 Mac 2014, Khalid mengulangi keputusannya tidak akan melepaskan kerusi nombor satu Selangor itu. Beliau mengumumkan pendirian ini kepada media selepas menghadiri program bersama rakyat di Taman Mesra, Kajang.

Pendirian ini juga telah dimaklumkan kepada Baginda Sultan Selangor. Langkah ini sekali gus memberi tamparan yang amat besar kepada Rafizi dan Azmin apabila pada hari yang sama Ketua Umum PKR itu disabitkan bersalah oleh Mahkamah Rayuan dalam kes isu liwat beliau.

Kini Khalid akan bertanding jawatan nombor 2 tertinggi parti dengan kapasiti sebagai seorang Menteri Besar Selangor dan keadaan ini akan memberi kelebihan dari segi status, kewangan dan jentera untuk berhadapan dengan Azmin.

Kemenangan Wan Azizah dalam PRK Kajang diramalkan akan memberi kekuatan kepada kem Khalid. Percaturan Khalid secara perlahan memperluaskan penguasaannya dalam parti PKR melalui pengumuman Rodziah Ismail untuk mencabar Zuraida Kamaruddin bagi jawatan Ketua Wanita PKR. Timbalan Speaker Selangor iaitu Nik Nazmi juga dipercayai akan dicaturkan untuk menawan jawatan Ketua Pemuda PKR.

Sekiranya Khalid berjaya menawan jawatan nombor 2 PKR dan ditambah pula dengan penyokongnya menang dalam Wanita dan Pemuda maka PKR akan mengalami era politik penguasaan Khalid.

Cara dan teknik Khalid bermain politik adalah seperti yang digambarkan oleh kolumnis The Star, Joceline Tan bahawa beliau ialah seorang Tai Chi Master. Rafizi dan Azmin sememangnya seorang yang memiliki kemahiran Muay Thai dalam politik.

Namun begitu , keangkuhan dan kekurangan pengalaman politik serta merasakan diri sendiri adalah lebih mahir dalam politik akhirnya menyebabkan Rafizi tersilap pandang kehebatan kemahiran politik Tai Chi.

Seni persilatan Melayu yang sama dengan Tai Chi ialah Silat. Khalid dengan mudah dan selesa mempamerkan seni persilatan dan secara perlahan dan tenang telah menghampiri untuk CHECKMATE gandingan Rafizi dan Azmin.

Oleh itu, adakah Rafizi Ramli masih layak lagi memegang jawatan sebagai strategis PKR?



~ Shen Yee Aun



.
Continue Reading... Labels: , , , ,


KeadilanRaya Lambang Kerakusan Azmin???



Dalam kekecohan kempen pemilihan parti PKR, penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah mengambil selangkah lebih jauh meninggalkan lawannya dengan melancarkan gagasan yang dipanggil ‘Keadilanraya’. 

Azmin berdepan dengan cabaran empat penjuru dalam usahanya untuk mengekalkan jawatannya.  Beliau yang menimbulkan begitu banyak kontroversi akhir-akhir ini berikutan perbalahannya dengan Tan Sri Khalid Ibrahim, dilihat sebagai ‘merbahaya’ apabila berkali-kali membuat kenyataan yang tidak diduga, malah bersifat ‘menyindir’ kepimpinan parti. 

Langkah Azmin dilihat begitu agresif serta sukar dijangka, sekali gus meletakkan kepimpinan PKR dalam keadaan yang sukar. 

Gagasan Keadilanraya yang dibawa Azmin dikatakan membawa semangat nusantara yang merangkumi perjuangan Ibrahim Yaacob, Burhanudin AlHelmy, Soekarno, dan termasuk juga Gandhi, Okakura Tenshin serta Rabindranath Tagore.  Menurut Azmin, slogan itu dipilih atas usaha menyatupadukan rakyat agar bangkit menentang penjajahan.

Nampaknya, Azmin juga seolah-olah sudah terjangkit dengan ‘penyakit gila’ Anwar. 

Kita sedia maklum bahawa Anwar amat gemar menyamakan dirinya dengan tokoh pejuang keamanan atau kebebasan dunia seperti Gandhi, Suu Kyi, Mandela dan sebagainya.   Namun, apa yang Anwar tidak sedar ialah beliau adalah terlalu jauh berbeza dengan kesemua tokoh ini.   Kesemua mereka itu tidak pernah memilih keganasan, malah sanggup dipenjara demi perjuangan tetapi Anwar sanggup mencetuskan rusuhan dan berbuat apa saja, asal tidak dipenjara. 

Kini, Azmin pula membawa kegilaan yang sama. 

Dengan merangkumkan semua semangat pejuang nasionalis radikal dengan pejuang keamanan, entah semangat apa sebenarnya yang ingin Azmin bawa? Dan ke manakah semangat tersebut ingin dihalakan?
 
 
Apa kena mengena antara ‘rakyat bangkit menentang penjajahan’ dengan pemilihan PKR?  Apakah ahli-ahli PKR sedang dijajah?   Atau apakah Azmin sedang mempersiapkan diri untuk kempen pilihanraya umum sebagai Presiden PKR yang baru? 

Begitu banyak persoalan yang timbul dengan pelancaran slogan Keadilanraya Azmin.  Lebih pelik lagi slogan ini turut disertai dengan logo baru.  Promosinya pula dilakukan dengan meletakkan Azmin sebagai watak utama, sementara Anwar sebaris dengan pejuang-pejuang yang tinggal dalam lipatan sejarah. 

Justeru, kita tertanya-tanya, apakah Azmin ingin menggambarkan Anwar sebagai sebahagian dari sejarah? 

Di kalangan PKR sendiri, ramai yang merasa kurang selesa dengan tindakan Azmin.  Pelancaran slogan dengan logo adalah keterlaluan bagi sebuah pemilihan parti.  Tindakan Azmin ini dengan sendirinya menyerlahkan kerakusan beliau dalam mengejar kuasa, selain ‘kuasa wang’ yang beliau sedia ada. 

Kerakusan Azmin sebenarnya menggambarkan kerakusan parti PKR itu sendiri.  Anwar mengejar jawatan Perdana Menteri, isterinya mengejar jawatan MB, kini Azmin pula hampir gila cuba mempertahankan jawatan sendiri manakala pemimpin bawahan pula berpecah kepada tiga hingga empat kumpulan. 

Jelas, kepimpinan PKR hanyalah berkisar berkenaan merebut kuasa dan pemilikan wang yang banyak semata-mata.  Pentadbiran PKR pula hanya memperlihatkan politiking sesama sendiri tanpa menghiraukan nasib rakyat. 

Oleh itu, jika pemilihan parti PKR sebelum ini dilihat sebagai paling kotor dalam sejarah, maka tidak mustahil kita bakal melihat tahap kekotoran yang jauh lebih tinggi lagi dalam pemilihan kali ini.


.
Continue Reading... Labels: , , ,


Rupanya Ramai ADUN PR Sendiri Yang Tidak Faham MoU Air, Camanalah Nak Jadi MB, Sedangkan Premis Parti Negeri Sendiri Pun Di Sita Sebab Sewa Tak Bayar!!!




ADUN asak MB bertalu-talu isu MoU air




Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim diasak bertalu-talu oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor sewaktu usul supaya kebajikan rakyat Selangor dijamin dalam pelaksanaan loji rawatan Langat 2 dibentangkan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku).




Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa, kiri) dan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) seorang demi seorang menghamburkan soalan kepada Khalid sewaktu membahaskan usul itu.


Yeo sewaktu mencelah ucapan Khalid menyifatkan suasana rundingan penstrukturan air dengan pusat dan pembinaan empangan Langat 2 ibarat berlangsung di dalam 'kotak hitam'.

“Rundingan ini ibarat berlaku di dalam kotak hitam..." kata Yeo yang tidak sempat menghabiskan kenyataannya dan dipotong Khalid.

Azmin pula sebelum itu meminta Khalid menjelaskan klausa berkaitan pembinaan Langat 2 dalam MOU penstrukturan air baru-baru ini yang menurutnya tidak boleh dihapuskan dan mengikat kerajaan Selangor dari segi undang-undang.

Sementara, Lau Weng San pula meminta Khalid menjelaskan persediaan kerajaan negeri sekiranya syarikat konsesi air mencabar Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) di mahkamah.

Khalid sewaktu memotong celahan Yeo menegaskan, beliau bertanggungjawab membuat keputusan ketika rundingan dan bukan hanya orang tengah dalam perbincangan dengan pusat.

'Saya bertanggungjawab'

Jelas Khalid, beliau tidak boleh menghadiri mesyuarat dengan kerajaan Persekutuan, mendapatkan butir perbincangan dan membawanya kembali ke Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diputuskan.

Jelasnya, peranan sama dimainkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili yang diberikan kepercayaan oleh kabinet untuk rundingan itu.

"Rekod lampau saya dalam pelaburan, perolehan (syarikat), dan penggabungan saya rasa boleh membantu perbincangan ini.

"Saya tak boleh jadi orang perantara, (dan kemudian) nanti saya balik ke dewan (untuk berbincang).


"Kabinet pun memberi kuasa kepada menteri untuk membuat perjanjian.
 
"Saya akan bertanggungjawab dengan menteri untuk berhadapan dengan anda semua, dan menteri akan bertanggungjawab dengan saya untuk berhadapan dengan kabinet," katanya.


Yeo kemudian cuba mencelah lagi, termasuk dengan ungkapan "with due respect" (dengan penuh hormat).

Tiada rasa hormat, bidas Khalid

Namun, Khalid menganggap celahan itu membawa maksud berbeza.

"Anda sebenarnya tiada rasa hormat apabila menggunakan istilah 'dengan penuh rasa hormat'," bidas Khalid.
 
Menjawab soalan Azmin pula, Khalid (kanan) menegaskan yang pembinaan Langat 2 masih perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri walaupun ia tidak tertulis dalam MOU itu.

"Itu sebab selepas tandatangan MOU itu berlaku, kerajaan Persekutuan buat susulan dengan kerajaan negeri supaya bersama-sama buat perjanjian dinamakan heads of agreement.

"Dia minta kerajaan negeri berikan kelulusan supaya ada kelulusan ambil tanah untuk Langat 2.

"Bererti kerajaan persekutuan memahami untuk menyiapkan Langat 2 perlu dapat kelulusan kerajaan negeri yang tak tertulis dalam MOU," tegas Khalid.

Menjawab soalan Lau pula, Khalid menerangkan yang pihaknya sedang bekerjasama dengan pusat untuk memastikan syarikat konsesi menerima tawaran pengambil alihan syarikat mereka.

Usul tersebut akhirnya diluluskan selepas perbahasan tersebut.



Dalam Isu Yang Sama, Tender terbuka Langat 2, ADUN BN dicabar letak jawatan
 
SHAH ALAM, 17 APRIL: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang Selangor dicabar untuk keluar Umno jika projek Langat 2 tidak dilaksanakan melalui tender terbuka.

ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali (PKR) berkata, langkah itu perlu dilakukan sebagai bukti ADUN Barisan Nasional (BN) memang mengambil berat soal kos projek berkenaan.

Katanya, wakil rakyat BN Selangor juga perlu menunjukkan ketegasan kepada Kerajaan Pusat berhubung pendirian berhubung kos terbuka.

“Sungai Burong (BN-Datuk Shamsudin Lias) dan Permatang (BN-Sulaiman Abdul Razak) berhujah ingin jadi juara kos, kali pertama Umno ambil berat pasal kos.

“Tetapi apakah mereka berani beritahu Kerajaan Pusat supaya sesiapa yang dianugerahkan tender untuk Langat 2 perlu melalui tender terbuka.

“Berani bagi jaminan, kalau tidak buat macamana? Ingin keluar Umno,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan menyokong usul yang dibawa ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San berhubung pelaksanaan projek Langat 2.

Pada masa sama, Azmin turut mendesak wakil Umno supaya menggesa Kerajaan Pusat untuk tidak mengaklasifikasikan perjanjian projek Langat 2 di bawah Akta Rahsia Rasmi.


“Harap Ketua Pembangkang dapat desak Kerajaan Pusat jangan sorok tetapi bersikap terbuka dan telus serta tidak terikat dengan Akta Rahsia Rasmi.

“Ini hak setiap rakyat Selangor untuk tahu tender, kos dan segala butiran untuk memastikan tarif air tidak dinaikkan keterlaluan pada masa hadapan.

“Perlu ditegaskan, kami tidak menolak pembangunan tetapi mahu manfaatnya dibuat memberi kebaikan kepada rakyat, bukan kroni,” katanya.




.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Azmin Tolak Perhimpunan Jalanan - Pulak Dah!!!



PETALING JAYA - Perhimpunan aman disifatkan sebagai tanda suara rakyat yang perlu didengar, bagaimanapun perhimpunan jalanan yang melanggari undang-undang perlu ditolak, demikian kata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Beliau sama sekali menegaskan bahawa tidak menyokong usaha menggulingkan kerajaan melalui kekerasan.

“Kita tak setuju berarak di tengah jalan raya, timbulkan hura-hara, saya sokong perhimpunan aman dalam keadaan teratur, bukan berarak seluruh Kuala Lumpur, kita nak berhimpun sahaja,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar di Kongres Nasional Keadilan ke-9 di Dewan Siviks, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, hari ini.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan semua pihak untuk menghentikan konflik yang ada dan mencari titik temu untuk membawa kemajuan politik Malaysia.

Ahli Parlimen Gombak itu mencadangkan supaya mengadakan satu sesi dialog bersama dengan badan bukan kerajaan (NGO), badan professional dan semua parti politik dalam negara ini.

"Saya cadangkan supaya insiatif dialog dan usaha sama diadakan tetapi bukan bersifat kepartian. Ini untuk kepentingan rakyat, keselamatan dan kemakmuran negara, saya sedia jadi  penganjurnya dan jumpa semua pihak.

"Tetapi saya tidak cakap untuk jadi kerajaan perpaduan, tidak. Saya orang pertama halang perkara itu. Kerjasama ini tidak bermaksud kerajaan perpaduan," katanya.

Jelas beliau, jika ditakrif dalam Bahasa Melayu adalah sesi temu tembung.

"Sudah tentu ada yang setuju dan tidak setuju tetapi sekurang-kurang ada dialog dan perbincangan, bukan bincang soal pembaruan dalam pilihan raya sahaja, tetapi dalam soal ekonomi, pendidikan dan serantau.

"Saya percaya NGO dan parti politik boleh menyumbang ke arah kebaikan rakyat. Lima tahun akan datang (PRU14) kita lawan lah pulak," katanya.

Ketika ditanya, adakah perhimpunan seperti Blackout 505 masih diperlukan walaupun sudah ada sesi dialog bersama.

"Itupun (perhimpunan) dialog juga, kita dialog dengan rakyat, kita dengar, salah ke? Asalkan tidak melanggar undang-undang dan perlembagaan negara.

"Saya harap Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) juga menghormati undang-undang dan perlembagaan negara," katanya. ~ SH


 Jom Turun...




.
Continue Reading... Labels: , , , , , ,


Azmin Ali: Yang Biasa Diketahui Dan Yang Jarang Dikenali



Saya boleh katakan saya ini reluctant politician. Saya bukan seorang ahli politik daripada asal. Saya berkhidmat dengan orang politik. Saya memberikan sumbangan dan khidmat saya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) selama 13 tahun, mulai seawal 1987 ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan, kemudian kita beralih ke Kementerian Kewangan, sehinggalah ke Jabatan Perdana Menteri dan sehingga beliau dipecat pada 2 September 1998.

Namun sebelum itu kalau diperlukan saya kongsi sedikit latar belakang saya, saya ini bukanlah daripada keluarga aristokrat. Saya berasal dari sebuah keluarga yang sederhana.

Ayah saya

Allahyarham ayah saya seorang bekas tentera yang berkhidmat dengan British Army di Singapura, sebaik sahaja  Singpura berpisah dengan Malaysia, beliau balik ke Kementerian Pertahanan dan semenjak itu kita mula meneroka tanah kerajaan di kampung Klang Gate Baru Hulu Kelang semenjak tahun 1968.

Dan ketika itu saya berumur 4 tahun, mula dibesarkan dalam keluarga ini di kampung Klang Gate. Sebagai seorang anggota tentera, pegawai rendah, ayah saya seorang sarjan mejar sahaja, nombor tenteranya 3443, saya ingat lagi. Seorang yang cukup berdisiplin, tegas.

Mungkin latihan yang diterima dalam ketenteraan, dan dia menerapkan watak ketegasan dan disiplin ini di kalangan ahli keluarga khususnya anak-anaknya, dan saya dibesarkan dalam keluarga sebegini, tegas berdisipllin patuh kepada arahan dan ianya telah membentuk saya daripada kecil. Dan Allahyarham ayah saya ini walau pun dia berkhidmat dengan tentera selama 21 tahun, beliau mengambil keputusan untuk bersara awal dan menceburkan diri dengan advertising company di jalan Riong Bangsar.

Kambing, ayam dan ikan keluarga saya

Pada masa yang sama juga dia mahu kami melalui satu proses pembesaran yang tidak dengan jalan yang mudah. Sebenarnya, tak ramai yang mengetahui saya pernah menjadi penternak kambing…bukan lembu, ya.

Ketika saya berusia 17 tahun dan sedang menghadapi SPM saya masih ingat lagi di kampung Klang Gate, ketika itu Taman Melawati sedang dibangunkan, iaitu pada tahun 1981, saya di tingkatan 5. Dalam kesibukan saya menyiapkan diri untuk SPM, ayah saya mendesak supaya saya menternak kambing.

Saya ingat lagi 20 ekor kambing, tidak mudah cara menternak kambing ini kerana kalau hujan dia tak boleh keluar, kita terpaksa pergi cari daun nangka untuk memberi makan kepada kambing. Kalau cuacanya baik saya terpaksa bawa kambing-kambing ini pergi ke dalam kebun getah daripada pukul 4 petang hinggalah waktu maghrib, bawa kambing balik ke kandang.

Saya telah melalui proses ini, saya juga telah dididik untuk menjadi seorang pekebun, kita ada tanah kerajaan yang kita teroka di empangan kampung Klang Gate, di mana sekitar dua ekar tanah dibangunkan dengan menanam pisang, nangka, durian, serai, cili sayur-sayuran dan ulam dan lain.

Setiap hari Sabtu dan Ahad, merupakan dua hari yang wajib saya bersama ayah dan abang saya untuk berada di kebun tersebut dan hasil daripada penanaman ini kita kumpulkan dan kita bawa ke pasar tani untuk dijual. Saya melalui proses tersebut, dan tidak cukup dengan itu, ayah juga cuba menternak ayam daging.

Lebih lima ribu ekor diternak dan sekali lagi saya diarahkan terlibat secara langsung dalam membantu beliau dalam menternak ayam daging ini, tidak mudah untuk uruskan najis-najis ayam yang dijadikan baja, untuk memberikan makanan dan menjaganya dengan memasang lampu pada stiap malam juga saya melalui proses itu.

Tak cukup itu saya juga telah terlibat secara langsung dalam menternak ikan air tawar, dalam halaman rumah juga tanah liat tanah yang keras. Namun saya tahu bahawa ayah saya bukan mendera tetapi melatih kita melalui satu proses pembesaran dengan jalan yang sukar supaya kita faham apa itu erti kemiskinan, apa itu erti kepayahan.

Walau pun kita tidak perlu sebenarnya melalui proses ini, dia mahu anak-anaknya supaya memahami masalah rakyat pada ketika itu dan tanah-tanah yang keras di keliling rumah dikorek menjadi kolam-kolam ikan, dan kita menternak ikan keli dan ikan air tawar yang lain dan kita telah pun berjayalah dari segi itu.

Melanjutkan pengajian tinggi ke Amerika Syarikat

Sehinggalah saya selesai SPM dan Alhamdulillah keputusan itu membolehkan saya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dengan tajaan MARA untuk membuat kursus Ijazah Sarjana Muda dalam bidang matematik. Pada waktu saya dalam program MARA di mana saya perlu balik dan mengajar di Maktab Rendah Sains MARA.

Namun saya juga mengambil kesempatan di sana, dan oleh kerana peluang yang telah diberikan dan suasana pendidikan yang cukup kondusif, saya juga mengambil satu lagi matapelajaran, iaitu ekonomi, dan saya telah berjaya menyempurnakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang matematik dan juga ekonomi.

Kemudian saya telah membuat rayuan untuk meneruskan pengajian dalam bidang matematik dan juga ekonomi. Dan saya pulang ke Malaysia pada tahun 1987 untuk berkhidmat dengan MARA, tetapi pada ketika itulah DSAI menawarkan saya berkhidmat dengan beliau sebagai pegawai khas pada ketika itu sebagai Menteri Pendidikan dengan mendapat sokongan dan dokongan yang kuat daripada (Perdana 
Menteri pada masa itu) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, sewaktu perbicaraan DSAI, saya pernah memberikan keterangan dalam mahkamah, bahawa saya diperkenalkan kepada DSAI oleh Dr. Mahathir sebenarnya. Saya tidak kenal DSAI, saya lebih mengenali Dr. Mahathir kerana aktiviti saya di Amerika Syarikat dalam kesatuan pelajar yang aktif untuk membantu mempertahankan dasar-dasar kerajaan pada waktu itu.

Bagaimana Dr Mahathir perkenalkan saya kepada Anwar

Sekitar pertengahan tahun 1980-an ada satu kebangkitan pelajar Malaysia di Amerika Syarikat yang menentang kerajaan (Malaysia) secara besar-besaran. Ketika itu isu mengkafirkan orang UMNO oleh PAS, dan oleh kerana ketika itu gerakan Islam di kalangan pelajar Malaysia di Amerika itu cukup kuat, maka mereka juga sama-sama menentang UMNO dan Barisan Nasional.

Saya masih ingat insiden di mana Menteri Besar Terengganu Tan Sri Wan Mohktar yang juga Naib Presiden UMNO masa itu membuat lawatan ke AS dengan membawa dana yang besar untuk menyampaikan kepada pelajar-pelajar tetapi ditolak malahan dihalau oleh pelajar-pelajar.

Itu menunjukkan sentimen para pelajar ketika itu. Maka ketika itulah saya diperkenalkan kepada Dr. Mahathir oleh Duta Besar Malaysia, Liew Sik Hon, orang kuat MCA yang menjadi Duta di Washinton DC. Dia membawa saya bertemu dengan Dr. Mahathir sekitar tahun 1983 di Chicago. Itulah kali pertama saya bertemu dengan Dr. Mahathir dan beliau meminta saya membantu bagaimana kita dapat mendekati pelajar-pelajar dan menerangkan dasar-dasar kerajaan supaya dapat meredakan ketegangan pada ketika itu.

Alhamdulillah, saya telah memberikan pandangan dan sumbangan ke arah tersebut dan hubungan saya dengan Dr. Mahathir semakin akrab dan setelah tamat pengajian, Dr Mahathir yang pada ketika itu akrab dengan saudara Anwar telah meminta saya membantu DSAI.

Maka itu saya mula bersama dengan DSAI mulai tahun 1987 sehingga 1998. Memang benar saya salah seorang yang paling lama berkhidmat dengan DSAI. Berbeza dengan satu, dua watak yang baru mengenali DSAI tetapi telah mengkhianati beliau dan perjuangan, malah telah membuat kenyataan-kenyataan yang mempertikaikan perwatakan dan personaliti DSAI.

Anwar yang saya kenali

Bagi saya mereka ini adalah mereka yang tidak mengenali beliau sepenuhnya dan dipergunakan oleh musuh-musuh DSAI untuk menyerang dan melakukan fitnah.  Sebagai orang yang lama dan paling lama sebenarnya berkhidmat dengan DSAI, bagi saya beliau seorang yang cukup tegas dan memikul amanah ini dengan baik dan bertanggungjawab seorang Muslim yang kuat aqidahnya, seorang Melayu yang kuat keMelayuannya tetapi pada masa yang sama mempunyai sikap yang adil dan saksama kepada kaum-kaum yang lain.

Ini semua kerana beliau melihat kepelbagaian ini juga dituntut oleh Islam tidak sekadar melihat Islam dan Melayu itu sebagai agenda tetapi menolak kaum-kaum yang lain. Sebab itu prinsip kepelbagaian ini atau pun apa yang sering disebut-sebutnya dalam Bahasa Cina yang bermaksud “kita semua dalam satu keluarga”.

Kata-kata ini diucapkan bukan dalam zaman Reformasi, beliau telah menyebut ini ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan lagi. Ini bermakna ia merupakan satu conviction beliau sebagai Islam, sebagai Melayu tetapi pada yang sama kita mesti menerima kenyataan yang Islam menuntut kepelbagaian, Islam menuntut kerjasama dengan kaum-kaum dan agama-agama yang lain. Jadi beliau memegang prinsip yang berkenaan.

Bagi saya, saya bersyukur kerana pengalaman berkhidmat dengan  DSAI ini banyak mendidik saya dan membentuk perwatakan saya.

Yang pertama, saya dapat belajar bagaimana kita nak menguruskan manusia ini. Tidak mudah dengan pelbagai latar belakang dan pelbagai watak tetapi kita mesti ada kebijaksanaan untuk urus perkara-perkara ini.

Yang kedua, sudah tentulah bagaimana kita nak mengurus dan mentadbir krisis dengan berhemah dan bertanggungjawab. Sudah tentulah isu-isu lain, soal foreign policy, isu-isu antarabangsa, isu-isu politik, ekonomi dan sebahagian besarnya kita tak ada peluang untuk belajar di dalam kuliah di universiti atau kolej.

Tetapi melalui pengalaman seperti ini, saya mula berkhidmat dengan beliau seawal usia 24 tahun dan di usia begitu muda saya diberikan pendedahan untuk bersama-sama dengan beliau dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh negarawan besar di dunia bukan saja di Timur Tengah atau pun di Eropah dan juga di negara Barat.

Kalau di peringkat Malaysia ini saya masih ingat ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia ada satu Forum Ilmuan Malaysia (FIM), dan kita bertemu dengan mereka setiap bulan di mana ia melibatkan tokoh-tokoh akademik daripada universiti, daripada civil society, tokoh-tokoh politik untuk membincangkan bukan isu kepartian tetapi isu masyarakat, isu negara dan mendapat input dan maklum balas daripada pakar-pakar berkenaan sebagai resource persons.

Itu bagi saya amat penting. Orang-orang politik ini jangan terlalu banyak bermain politik sehingga memutuskan hubungan mereka dengan tradisi keilmuan. Sebab itu sehingga hari ini DSAI menekankan pimpinan keadilan mesti banyak membaca, mesti banyak berdamping dengan tokoh-tokoh ilmuan sama ada soal Islamnya, soal ekonominya dan juga bidang-bidang yang lain supaya kita dapat membuat keputusan berasaskan ilmu, kita tidak membuat keputusan berasaskan emosi atau sentimen.

Apa-apa isu itu dapat ditangani kalau kita memiliki ilmu yang tinggi. Dan, ilmu ini perlu dipelajari walau pun kita sudah berada di suatu kedudukan yang tinggi, tetapi ia tidak bermakna jika kita tidak berdampingan atau pun hubungan yang baik dengan tokoh-tokoh akademik.

Di peringkat regional juga sudah tentulah DSAI merupakan tokoh yang dilihat dapat menjana perubahan. Sebab itu saya kesal dengan serangan-serangan jahat termasuk Raja Petra Kamaruddin dan pecacai-pecacai UMNO yang lain dengan mengatakan DSAI ini unfit to be a Prime Minister (“tidak layak menjadi Perdana Menteri”).

Bagi saya, siapa mereka ini untuk menentukan masa depan parti dan DSAI, sedangkan pandangan dunia tidak begitu. Pandangan dunia melihat DSAI ini bukan sahaja milik keadilan, bukan sahaja milik Malaysia tetapi milik antarabangsa. Sebab itu beliau mendapat undangan hampir setiap minggu untuk berkongsi pengalaman dan ilmu beliau bagaimana dunia ini dapat bekerjasama dalam konteks globalisasi pada hari ini.

Sebagai contoh, pada 9 Januari ini, pada hari keputusan mahkamahnya, sepatutnya beliau berada di India atas undangan cucu Mahatma Gandhi dalam satu seminar penting dalam soal demokrasi. Begitu juga Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan telah menyusun satu program besar untuk beliau pada 12 Januari ini bersama dengan tokoh-tokoh akademik dan kemasyarakatan di Turki untuk membincangkan soal bagaimana masa depan Islam dan Barat untuk kita maju kehadapan.

Kesetiaan saya kepada idealisme dan perjuangan Anwar

Bagi saya, kalau dunia melihat ketokohan kewibawaan DSAI, siapa satu, dua kerat manusia upahan UMNO ini untuk mempertikaikan kewibawaan dan juga ketokohan DSAI. Dan saya sebagai orang yang lama dengan beliau, 13 tahun dalam kerajaan semenjak beliau dipecat dalam tahun 1998 sehingga hari ini saya masih setia dengan beliau.

Saya sudah hampir 30 tahun bersama DSAI. Isu yang harus kita bincangkan, iaitu soal kesetiaan, ini juga bagi saya isu penting dalam perjuangan. Dan bagi saya, saya bukan setia kepada DSAI kerana batang tubuhnya, tetapi kerana prinsipnya dan idealisme yang dibawa oleh beliau yang saya tertarik dan saya melihat ia dapat mendidik anak bangsa untuk berpegang kepada prinsipnya.

Itulah rentetan yang dapat saya kongsi dari zaman persekolahan saya, zaman universiti dan khidmat saya kepada DSAI. Sekarang saya terlibat langsung dalam KeADILan (PKR) dan Pakatan Rakyat.
Bagi saya rumusannya ialah saya bersyukur kerana saya dapat mendekati DSAI dalam konteks rasmi ketika dalam kerajaan dan hari ini dalam konteks perjuangan dalam Pakatan Rakyat.

Pengalaman yang saya perolehi cukup luas, bukan saja dalam konteks kedaerahan atau pun dalam konteks tempatan tetapi juga pengalaman-pengalaman saya berinteraksi dengan masyarakat antarabangsa melalui DSAI itu cukup luas. Sudah tentulah ia dapat membantu KeADILan khususnya dan juga Pakatan Rakyat dalam meneroka masa depan yang lebih baik untuk Malaysia.

Inilah peranan saya dan saya akan terus memberi khidmat kepada parti dan perjuangan Pakatan Rakyat walau apa pun berlaku kepada DSAI pada 9 Januari nanti. – Roketkini.com


.

Continue Reading... Labels: ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors