PETALING JAYA, 28 APRIL: Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP)
memaklumkan tujuh kawasan akan diadakan pemilihan semula ekoran timbul
beberapa masalah.
Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul memaklumkan tujuh kawasan itu
membabitkan negeri Terengganu iaitu Setiu, Kuala Nerus, Dungun, dan
Kemaman, manakala Melaka membabitkan Bukit Katil dan Pahang bagi kawasan
Paya Besar dan Jerantut.
Katanya, pemilihan sepatutnya diadakan pada 26 dan 27 April lalu
terpaksa diadakan semula ekoran masalah lokasi dan logistik yang menjadi
halangan pemilihan.
“Pemilihan semula itu akan diadakan pada 10 Mei ini,” katanya.
Pada masa sama, Johari memaklumkan keputusan pemilihan bagi fasa 1
yang diadakan pada 25, 26 dan 27 April lalu akan diumumkan dalam tempoh
beberapa hari lagi.
Katanya, keputusan itu akan dimuat naik di laman web parti.
“Pemilihan yang sudah selesai itu membabitkan kawasan Lawas, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Melaka,” katanya.
Bagi fasa kedua, pemilihan akan diadakan di Sabah, Kedah, Perlis,
Perak serta Pahang, pada 3 dan 4 Mei ini, manakala pada 10 dan 11 Mei
pula membabitkan Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan.
.
bhenchod123 26p · 217 weeks ago
bhenchod123 26p · 217 weeks ago
hatta mountain tour · 206 weeks ago
Visitors can have a wide range of options to choose from when it comes to living in Hatta. The options can vary from lodge resorts hotels trailers fully equipped caravans farmhouses and much more hatta mountain tour.
https://desertsafaritours.net/hatta-tour
https://hattadubaitour.com/