RSS

Tan Sri Khalid Ibrahim : Jasa Dan Pengorbanannya Terhadap Parti, Rakyat Negeri Selangor Dan Negara.


 
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilahirkan pada tahun 1946 di Kampung Jalan Raja Abdullah, Jeram, Batu 20, Kuala Selangor dan merupakan anak watan kebanggaan penduduk di kawasan tersebut.

Kisah beliau bolehlah diumpamakan seperti sebuah cerita klasik rakyat dimana daripada seorang anak kampung biasa beliau meningkat naik menjadi pemimpin terkemuka dunia korporat. Kini, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar di negeri terkaya dan termaju, Selangor Darul Ehsan.

Dalam dunia korporat samada di arena nasional mahupun antarabangsa, nama Tan Sri Khalid bukanlah nama asing. Penerima anugerah "CEO Of The Year 1997" mula dikenali apabila berjaya mengambil alih syarikat perladangan tertua dan terbesar di Eropah, Guthrie Plc melalui satu insiden yang dipanggil "Down Raid" atau "Serangan Subuh"

Usaha pengambilalihan ( M&A ) secara mengejut itu telah mengejutkan pasaran saham London juga pemain utama dan terkenal dalam industri perladangan di seluruh dunia.

Beliau mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jeram sekitar awal 1950an dan menduduki peperiksaan Special Malay Class. Khalid Ibrahim seterusnya menyambung pelajaran di sekolah Inggeris di Kampung Kuantan. Beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dan lulus cemerlang dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi. Khalid Ibrahim kemudian memperolehi Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Queensland, Australia.

Khalid Ibrahim, anak jati Kuala Selangor sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Selangor adalah Pengerusi Dana Amanah Millenia Berhad dan ahli lembaga pengarah Sirim Berhad. Beliau juga dilantik sebagai penasihat Bank Pembangunan Islam (IDB), Jeddah. Selain itu beliau adalah Ahli Lembaga, Institut Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Majlis Produktiviti Kebangsaan dan Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

Jasa Tan Sri Khalid Pada Parti Keadilan Rakyat yang tidak diketahui umum ialah beliau telah berjaya menyelamatkan Premis HQ PKR itu dari dilelong oleh pihak bank.
 

Parti Keadilan Rakyat telah menandatangani perjanjian sewaan bangunan 5 tingkat Ibu Pejabat Parti selama 5 tahun bermula Julai 2008 dengan bayaran sebanyak RM20,000 sebulan.

Namun justeru tunggakan yang mencecah setinggi RM600,000 setakat Jun 2011, mengakibatkan pihak Affin Bank bertindak untuk MELELONG bangunan tersebut.

TSKI DENGAN DANA BELIAU SENDIRI TELAH MENYUMBANGKAN SEBANYAK RM4.600.000.00 MEMBOLEHKAN PKR MEMBELI DAN MEMILIKI BANGUNAN TERSEBUT!
 


Malang dan amat menyedihkan HQ PKR Selangor disita kerana individu yang bertanggungjawab memimpin PKR Selangor gagal menguruskan kewangan Parti dengan telus dan membazir. Peremis tersebut disita akibat gagal menjelaskan sewa bulanan yag telah tertunggak selama berbulan-bulan. Anda boleh ikuti kisahnya disini! 


Tan Sri Khalid Ibrahim juga dalam diam dan tampa diketahui umum malah ahli Parti sendiri, beliau juga telah membantu membayar saman, kos guaman serta makan minum para demonstran serta pemimpin PR yang ditahan pihak berkuasa!
 

Dan beliau juga membantu dengan sumbangan peribadi kos PRU 12 dan PRU 13 serta PRK Sabah, Sarawak serta Semenanjung yang ditandingi PKR sejak 2008 dengan jumlah keseluruhan mencecah RM6 juta.


Malah beliau turut memberikan sumbangan peribadi bagi kos perbelanjaan Mesyuarat Agung serta Kongres Tahunan sejak 2006 hingga 2013, Konvensyen Pakatan Rakyat Peringkat Nasional dan Negeri Selangor dari 2006 hingga 2013 yang berjumlah RM1.5 juta.


Sumbangan peribadi beliau yang amat bermakna dan menjadi kebanggaan Pakatan Rakyar dan PKR khususnya ialah Bas serta Treler Jelajah Rakyat. Sejumlah RM 600 ribu telah disumbangkan beliau bagi tujuan pengubahsuaian dan kemudahan, tidak termasuk kos kenderaan tersebut!



Dalam satu ceramahnya, Tan Sri Khalid Ibrahim meminta penyokongnya tidak mengungkit sumbangan peribadinya kepada PKR selama ini kerana menyifatkan parti itu jauh lebih berjasa. 

“Jangan ambil kira pemberian saya kerana PKR beri lebih banyak daripada itu. Bukan harta tetapi peluang untuk saya menjalankan tugas, cita-cita supaya Malaysia dipimpin orang yang amanah dan bertanggungjawab. 

“Kalau diambil kira, itu tak berapa ikhlas. Habislah (pahala). Biar Allah yang tentukan ganjaran. Sebab itu saya minta (sumbangan peribadi) tidak diambil kira. Itu kira hangus,” katanya yang membuat pengumuman bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR.

Beliau berkata demikian pada program Majlis Kasih Bertaut dengan tema Menuju Reformasi Tulen; Integriti, Telus dan Bersih, di kediaman rasminya. 

Abdul Khalid merujuk kenyataan pengacara majlis ketika memperinci keperibadian sebenarnya dengan mendedahkan sumbangannya kepada PKR yang selama ini disorok dari pengetahuan umum. 

Antaranya, menyelamat bangunan ibu pejabat PKR dari dilelong pada 2011, membantu pembiayaian kempen Pilihan Raya Umum (PRU) 12 dan 13 melalui wang poketnya sendiri.

Abdul Khalid juga menyumbangkan bas dan treler Jelajah Merdeka Rakyat sepanjang kempen PRU 13 yang menyaksikan 52 peratus pengundi menyokong Pakatan Rakyat.

Malah, pengacara majlis itu mengakui  pendedahan sedemikian tidak disukai Abdul Khalid tetapi beranggapan fakta itu perlu diketahui ahli parti.

Apatah lagi, kata pengacara itu, Abdul Khalid selama dilabel ‘kedekut’ sedangkan ADUN Pelabuhan Klang itu, banyak membantu parti termasuk dalam aspek kewangan.





.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors