RSS

Mesir Benarkan Kapal Perang Iran Belayar Melalui Terusan Suez Buat Pertama Kali Sejak 1979.


Kaherah, 19 Feb: Media  Mesir melaporkan bahawa Mesir telah bersetuju untuk membenarkan dua kapal angkatan laut Iran melalui Terusan Suez walau pun langkah tersebut dibantah pegawai Israel.

Ini adalah buat pertama kalinya kapal perang Iran dibenarkan belayar melalui Terusan Suez sejak penggulingan Shah Iran yang Pro Amerika pada tahun 1979.

Agensi berita milik kerajaan, MENA melaporkan pada Jumaat lepas bahawa pihak berkuasa Mesir telah meluluskan permintaan dari diplomat Iran yang menawarkan jaminan bahawa kedua-dua kapal tidak membawa bekalan senjata,  nuklear dan juga bahan kimia. Kedua kapal ini dilaporkan menuju ke Syria untuk latihan.
 

Untuk belayar melalui terusan yang sterategik ini setiap kapal perang diwajibkan mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Pertahanan Mesir.

Sebelum ini  Menteri Luar Negeri Israel Avigdor Lieberman
menyifatkan langkah tersebut sebagai provokasi terakhir Teheran, mengisyaratkan Israel mungkin akan memberikan respon.

Lieberman berkata demikian dalam ucapannya di Quds, serta menambah bahawa 2 kapal perang Iran melintasi Terusan Suez menuju ke Mediterranean dan akan tiba di Syria, ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku selama beberapa tahun lepas.  

"Malangnya masyarakat antarabangsa tidak bangkit bersiap sedia menghadapi provokasi Iran ini. Masyarakat antarabangsa harus memahami bahawa Israel tidak akan mengabaikan provokasi buat selamanya," tambah beliau lagi.

Dua kapal Iran yang dinamakan Alvand dan Kharg adalah kapal perang yang  masing-masing seberat 1.500 dan 33 ribu tan. Kapal perang Kharg membawa 250 anak kapal dengan kelengkapan tiga unit helikopter serta dilengkapi dengan torpedo dan ,mesil anti-kapal.




0 Responses to "Mesir Benarkan Kapal Perang Iran Belayar Melalui Terusan Suez Buat Pertama Kali Sejak 1979."

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors