RSS

Polis Kemuka Rayuan Keputusan Tolak Permohonan Reman Tiga Aktivis PR



KUALA LUMPUR, 25 Mei — Polis akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan majistret yang menolak permohonan untuk perintah tahanan reman ke atas tiga aktivis pembangkang berhubung siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.
 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu merupakan prosedur biasa apabila sesuatu keputusan mahkamah tidak memihak kepada polis
.
“Apa yang saya ingin beritahu ialah saya tiada niat untuk mencampuri urusan pihak polis, ini merupakan kaedah biasa apabila keputusan tidak memihak kepada polis, jadi rayuan akan dilakukan sebelum pertuduhan boleh dibuat oleh polis,” katanya kepada pemberita selepas rancangan bual bicara Hello Malaysia kelolaan Bernama TV malam tadi.

Ahmad Zahid berkata beliau sentiasa menghormati keputusan mahkamah dan tidak akan mempertikaikannya dan polis juga mempunyai prosedur tersendiri apabila berdepan perkara sedemikian. 

Dua hari lalu, anggota Parlimen Batu Tian Chua dan aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim serta Tamrin Ghafar dari PAS ditahan berhubung ceramah mereka di Dewan Perhimpunan Cina di sini pada 13 Mei lepas, yang didakwa berbaur hasutan.

Bagaimanapun, permohonan polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman terhadap ketiga-tiga individu ditolak dan mereka dibebaskan serta-merta semalam. — Bernama




.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Azmin Tolak Perhimpunan Jalanan - Pulak Dah!!!



PETALING JAYA - Perhimpunan aman disifatkan sebagai tanda suara rakyat yang perlu didengar, bagaimanapun perhimpunan jalanan yang melanggari undang-undang perlu ditolak, demikian kata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Beliau sama sekali menegaskan bahawa tidak menyokong usaha menggulingkan kerajaan melalui kekerasan.

“Kita tak setuju berarak di tengah jalan raya, timbulkan hura-hara, saya sokong perhimpunan aman dalam keadaan teratur, bukan berarak seluruh Kuala Lumpur, kita nak berhimpun sahaja,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar di Kongres Nasional Keadilan ke-9 di Dewan Siviks, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, hari ini.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan semua pihak untuk menghentikan konflik yang ada dan mencari titik temu untuk membawa kemajuan politik Malaysia.

Ahli Parlimen Gombak itu mencadangkan supaya mengadakan satu sesi dialog bersama dengan badan bukan kerajaan (NGO), badan professional dan semua parti politik dalam negara ini.

"Saya cadangkan supaya insiatif dialog dan usaha sama diadakan tetapi bukan bersifat kepartian. Ini untuk kepentingan rakyat, keselamatan dan kemakmuran negara, saya sedia jadi  penganjurnya dan jumpa semua pihak.

"Tetapi saya tidak cakap untuk jadi kerajaan perpaduan, tidak. Saya orang pertama halang perkara itu. Kerjasama ini tidak bermaksud kerajaan perpaduan," katanya.

Jelas beliau, jika ditakrif dalam Bahasa Melayu adalah sesi temu tembung.

"Sudah tentu ada yang setuju dan tidak setuju tetapi sekurang-kurang ada dialog dan perbincangan, bukan bincang soal pembaruan dalam pilihan raya sahaja, tetapi dalam soal ekonomi, pendidikan dan serantau.

"Saya percaya NGO dan parti politik boleh menyumbang ke arah kebaikan rakyat. Lima tahun akan datang (PRU14) kita lawan lah pulak," katanya.

Ketika ditanya, adakah perhimpunan seperti Blackout 505 masih diperlukan walaupun sudah ada sesi dialog bersama.

"Itupun (perhimpunan) dialog juga, kita dialog dengan rakyat, kita dengar, salah ke? Asalkan tidak melanggar undang-undang dan perlembagaan negara.

"Saya harap Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) juga menghormati undang-undang dan perlembagaan negara," katanya. ~ SH


 Jom Turun...




.
Continue Reading... Labels: , , , , , ,


HIMPUNAN SUARA RAKYAT 505/25HB MEI - BACA DULU SEBELUM KE SANA BERAMAI-RAMAI!!



Kenyataan Media
Gabungan "Suara Rakyat 505"
22 Mei 2013

KETETAPAN DAN PEMBERITAHUAN - HIMPUNAN #SUARARAKYAT505

1. Syukurlah, daripada maklum balas yang diterima setakat ini, Himpunan #SuaraRakyat505 yang akan diadakan di Padang Timur (berdepan Amcorp Mall) Petaling Jaya anjuran Gabungan 50 NGO "Suara Rakyat 505" mendapat sambutan hebat yang luar biasa.

2. Rakyat dari serata pelusuk negara khususnya yang telah menyertai himpunan #Blackout505 di peringkat negeri akan turun bersama dalam himpunan kemuncak yang dijadualkan bermula jam 5 petang bertarikh 25 Mei 2013. Setiap rakyat yang alami sendiri penipuan pilihanraya pasti tidak akan melepaskan peluang merebut kembali demokrasi yang telah digelapkan, secara demokratik seperti yang dibenarkan perlembagaan - menifestasi Suara Rakyat!

3. Namun dari maklum balas yang diterima juga mendapati sedikit kekeliruan berlaku mengenai tarikh dan masa berhimpun berikutan banyak spekulasi yang tersebar. Gabungan "Suara Rakyat 505" sekali lagi mengumumkan bahawa tarikh 25 Mei 2013 (Sabtu) telah ditetapkan sejak awal manakala himpunan bermula jam 5 petang.

4. 'Duduk dan Bantah' tetap menjadi tema bagi himpunan #SuaraRakyat505 dengan pakaian (atau simbol) HITAM menjadi warna rasmi himpunan. Penganjur bagaimanapun menasihatkan supaya tidak dibawa 'vuvuzuela' dan tiada penjualan 'vuvuzuela' pada hari tersebut atas faktor keselamatan, dan bagi melicinkan penyampaian arahan.

5. Sehingga hari ini SPR masih tidak lagi respon terhadap tuntutan perletakkan jawatan. Tiada harapan buat badan SPR hari ini dan ikrar rakyat untuk terus memberikan tekanan kepada SPR menjadi faktor keberjayaan himpunan #SuaraRakyat505.

6. Gabungan "Suara Rakyat 505" juga menyatakan solidariti penuh terhadap Adam Adli yang direman selama lima hari dan menghadapi pertuduhan akta hasutan. Ini adalah satu kekejaman terhadap anak muda dan hak untuk bersuara telah dinafikan oleh pemerintah yang seharusnya melihat dari sudut 'apakah punca' ucapan Adam Adli dihamburkan.

Sesungguhnya, Adam Adli tidak langsung mengancam negara, hanya mengancam parti politik yang tidak mendapat sokongan majoriti walaupun dalam penipuan. Tidak salah untuk menjadikan penahanan Adam Adli sebagai pembakar semangat dan hadir ke himpunan #SuaraRakyat505.

7. Akhir sekali, pihak penganjur turut akan menyediakan beberapa booth pendaftaran massa sukarelawan yang ingin menyertai gagasan "Suara Rakyat 505" secara individu.

Sekian

Gabungan Suara Rakyat 505

Yang dianggotai oleh NGO ;

1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
2. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
3. Tindak Malaysia
4. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
5. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
6. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
7. Gabungan Menuntut Royalti ®
8. Asalkan Bukan Umno (ABU)
9. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
10. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
11. Gabungan Tanah Rakyat (TANAH)
12. Kill The Bill
13. Malaysian For Beng Hock
14. Mama Bersih
15. Kelab Bangsar Utama
16. Radio Bangsar Utama (RABU)
17. Mahasiswa Keadilan Malaysia
18. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI)
19. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
20. Indipendent Student Front (INSTEF)
21. University Malaya Association Of New Youth (UMANY)
22. Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
23. Gabungan NGO Pengerang
24. Angkatan Pembebasan Bangsa (APB)
25. Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS)
26. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)
27. Pro-Mahasiswa Nasional Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
28. Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)
29. Angkatan Rakyat Muda (ARM)
30. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
31. Unit Ehsan Malaysia
32. Anwar Ibrahim Club (AIC)
33. Agent of Change (AoC)
34. Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM)
35. Kami Anak Muda Menenatang Umno (K.A.M.U)
36. Gagasan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
37. Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perlis (PKR Perlis)
38. Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI)
39. Gabungan NGO Kelantan
40. Solidariti Anak Bachok Daratkan Minyak (CABAR)
41. Majlis Permuafakatan Kampung Warisan KL/Selangor (MUAFAKAT)
42. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI)
43. Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
44. Gabungan Menuntut Royalti Terengganu (R Terengganu)
45. Selamatkan Teluk Rubiah
46. Selamatkan Pantai Port Dickson
47. Selamatkan Pasar Payang
48. Jaringan Sepadu Rakyat Malaysia (SEPADU)
49. Angkatan Warga Aman Malaysia (Warga AMAN)
50. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)
51. Federation of Malaysian Indian Organisation (PRIMA)
52. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
53. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI)
54. Comuniti Front (CF) Seremban



.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Buat Apa Bersara, Pakatan Menang - Anwar


(Anwar berucap di hadapan lebih 60,000 peserta himpunan kesyukuran di Pulau Pinang)

GEORGETOWN: "Kenapa saya nak fikirkan soal bersara daripada politik sedangkan Pakatan Rakyat bukan kalah malahan menang jika proses Pilihanraya Umum   PRU Ke 13 berjalan dengan adil tanpa penipuan," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika berucap di hadapan 60 ribu rakyat Pulau Pinang sempena ceramah memperkenalkan barisan Exco Kerajaan Negeri di Padang Kota Lama malam tadi, Anwar menafikan apa yang disiarkan dalam laman Web The Edge beberapa hari sudah.

Laporan kononnya beliau dikehendaki bersara adalah palsu dan sengaja dibuat untuk melemahkan rakyat yang cintakan keamanan untuk menuju ke Putrajaya.

Walhal ramai pemimpin dunia jelasnya, hairan kenapa parti yang mendapat undi popular iaitu 51.78 peratus berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya meraih 48.22 peratus pula diberi kepercayaan  memerintah Malaysia.

Beliau menjawab, "Di Malaysia boleh jadi macam-macam" kepada soalan yang dikemukakan oleh beberapa orang pemimpin dunia Islam.

Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang dalam kenyataanya lagi tegas apabila menyifatkan kemenangan 48.22 peratus BN pada PRU 13 lalu termasuk Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan Bangladesia.

"Saya tetap memperjuangkan hak rakyat bersama dengan Lim Kit Siang, Haji Hadi dan pemimpin dalam parti gabungan Pakatan Rakyat. Tidak akan berhenti di tengah jalan tetapi akan memastikan ianya sampai ke matlamat," ujarnya sambil melaungkan perkataan keramat 'lawan tetap lawan' dalam ceramah anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu.

Justeru itu kata beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) harus bertanggungjawab, mesti ditukar dan dibaik pulih agar proses demokrasi di Malaysia berjalan dengan adil.

Selain beliau turut berucap di majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 2, Prof Dr Ramasamy, Exco Belia dan Wanita Negeri, Choong Eng, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan Yang Dipertua PAS Bukit Bendera, Haji Abdul Halim Saleh.
~ Harakah


.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors