“Syar’iyyah Sya’biah” itu lebih tinggi dari “Syar’iyyah Dusturiah” . |
Apa yang telah dan sedang berlaku di Tunis merupakan suatu perkara yang berlaku dialam nyata yang benar-benar difahami oleh pakar undang-undang dan politik. Ia merupakan satu “syar’iyyah sya’biah” (legaliti dari umat) yang berada lebih tinggi dari “syar’iyyah dusturiah” (legaliti dari perlembagaan) . Dalam masa yang sama ia adalah satu peringatan yang jelas kepada semua pihak di dalam dan luar negara, tanpa sebarang keraguan lagi bahawa :
Kesabaran rakyat ada sempadannya. Mereka tidak boleh diperbodoh dan diperbudakkan selama-lamanya. |
- Semua rakyat yang ditindas sebenarnya boleh melakukan suatu yang besar dan banyak. Sekiranya mereka bangkit dan bergerak dengan dorongan kepentingan umum menentang kuasa yang zalim, maka pertolongan Allah bersama mereka dan bekerja kearah mencapai kepentingan mereka.
- Kerajaan-kerajaan yang zalim dan rejim-rejim diktator lagi perosak sebenarnya bukan didalam posisi yang selesa dan aman. Kerana kezaliman dan kerosakan yang mereka lakukan, mereka hidup diatas gunung berapi kemarahan rakyatnya sedang kemurkaan Allah lebih teruk dan dahsyat lagi. Ia boleh meletus pada masa dan bentuk yang tiada siapa dapat menyangka.
- Petanda kepada Kuasaa-kuasa Besar Dunia yang bermaharajalela yang memiliki senjata dan kapal selam nuklear, wang yang melimpah ruah serta menekan dan memastikan dominasi mereka keatas Dunia Ketiga, terutamanya Dunia Arab dan Islam, bahawa jelas apa yang berlaku di Tunis menunjukkan bahawa kehendak rakyat itulah yang akhirnya akan menang, apatah lagi sekiranya sesuatu umat itu bangkit dan berjuang dengan dorongan aqidah dan pertolongan dari langit.
- Seorang pemuda yang sedar lagi faham akan hakikat bertembungan diantara Dunia Arab dan Islam berdepan dengan Dunia Amerika-Israel, adalah lebih ditakuti oleh musuh-musuh Allah dari sebarang bentuk persenjataan.
- Ia adalah mesej yang jelas bahawa umat Islam ini masih hidup, tidak mati dan tidak akan mati insyaAllah, membesar dalam keadaan jerih dan payah, akan mencapai zaman matangnya dan turs menerus bergerak dijalannya menuju kearah perbaikan dan kestabilan yang hakiki, tidak tunduk kepada sebarang tekanan dan ancaman.
- Sebenarnya sebab-sebab dan dorongan-dorongan yang membawa kepada berlakunya kebangkitan rakyat di Tunis terdapat juga di merata-rata negara-negara Arab, khususnya Mesir. Ini adalah kerana faktor-faktornya adalah sama sahaja iaitu penyelewengan, kezaliman, krisis ekonomi yang semakin meruncing dan sistem diktator yang berlarutan.
Dalam kita membentangkan hakikat-hakikat diatas, gerakan Islam yang sahih perjuangannya dalam masa yang sama :
- Sangat menjaga kestabilan dan keamanan sosial dalam negara pada setiap ketika dan keadaan.
- Meyakini bahawa “Nidhal Dusturi” (pertarungan berperlembagaan) adalah laluan semulajadi yang dipilih kearah perubahan yang dicita-citakan disemua aspek ekonomi, politik dan sosial.
- Gerakan Islam seharusnya menjadi sebahagian dari juzuk umat dalam sebuah negara, melihat dan menganalisa pihak-pihak lain khususnya parti pemerintah yang memiliki kemampuan lebih besar dalam membuat perubahan dan perbaikian sekiranya mereka kehendak dan kemahuan kearah itu.
Sayangnya apa yang kita lihat, pihak yang memiliki kemampuan tidak menunjukkan sikap yang bersungguh dan amali dalam mengambil langkah dan usaha yang sebenar kearah membenteras penyelewengaan dan mencapai perbaikan dalam negara. Jika pihak pemerintah tidak bertindak pantas memikul tanggungjawab dan tidak proaktif melakukan perbaikian yang serius, ketahuilah bahawa kestabilan itu tidak akan berkekalan lebih lama.
Semoga Allah swt memelihara kita dari hidup dibawah pemerintah yang zalim, ketidakstabilan dan kacau bilau dalam negara dan kelesuan rakyat yang tidak endah apa yang berlaku disekelilingnya. “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada dalam diri mereka (jiwa, sikap, akhlak dsb)” (Al-Quran).
Sumber~IniJalanKu
Post a Comment