RSS

16 Sebab, Dr M Buktikan Dia Kafirkan UMNO?



KL 25 Feb 11: Dr Mahathir Mohamad didalam blognya semalam menjawab Tuan Guru Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan yang meminta bukti dari Dr Mahathir bahawa beliau mengkafirkan UMNO, sebuah pertubuhan politik kebangsaan Melayu yang disertai DrMahathir. Dr mahathir jawab dengan menggariskan 16 perkara.

Bila disemak balik rupanya tidak ada pun perkataan Nik Abdul Aziz menuduh 'UMNO kafir'. Cuma Dr Mahathir yang terasa. Seolah-olah Nik Abdul Aziz memberi tahu, "Makan cili terasa pedas.." Tiba-tiba Mahathir marah, "Mengapa kau tuduh aku makan cili?"

Lihat juga sebuah cerita klasik, kisah angsa emas Raja yang hilang. Suatu hari dalam suatu majlis keramaian, Raja itu mengumumkan, "Beta tahu pencuri angsa emas itu ada di sini." Hadirin terkejut, tertanya-tanya, siapa yang mencuri? Pencuri itu juga di situ terkejut, bagaimana Raja boleh tahu?

Raja mendedahkan,"Beta tahu, buktinya sehelai bulu kecil angsa tersebut masih tersangkut di kepalanya!"

Pencuri itu terus meraba di kepalanya, mencari bulu angsa itu. Barulah yang lain semua tahu, bahawa dialah pencurinya.

Kesian Dr Mahathir, diakah pencuri itu?? Kalau tak mencuri mengapa raba-raba kepala? Apakah 16 perkara itu membuktikan dia yang mengkafirkan UMNO?

Rujuk:


          Ibnu Hasyim


0 Responses to "16 Sebab, Dr M Buktikan Dia Kafirkan UMNO?"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors