Bismillahirahmannirahim......
Wah Wah Wah...
Hari Tu Dipuji Sebagai Penyelamat Bangsa(Pejuang Ketuanan) Dikatakan Jika Tiada Mustafa Kamal Artatuk Maka Islam Di Turki Pun Akan Hilang...
Kah Kah Kah... Auta Yang Difaktakan...
Lepas Tu Keluar Dalam Paper Puji Melambung2 Laknatulah Ini ??
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp
Lepas Tu (Terbaru) ...Dapat Kalungan Bunga Pula???
Kah Kah Kah.....
Daripada Pi Pusara Laknatulah....Baik Pi Makam Salehuddin Al-Ayubbi........
Takpun Pun Makam Khaled Islamboli
Kat malaysia dah kata haram letak bunga kat makam pahlawan. Letak kat peruntuh khilafah Islamiyyah Turki, kamal Attaturk takpe ke? Mana ulama UMNO ni??? |
Harap Tan Sri Harussani beri fatwa nih??? |
Fatwa Mengatakan Ia Adalah Bercanggah Dengan Ajaran Islam Dan Boleh Membawa Kepada Syirik...
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/istiadat-meletakkan-kalungan-bunga-di-tugu-negara-sempena-hari-pahlawan
Nauzibillah Min Zalik.......
Aku Akur Dengan Kehendak Agama.....
InsyaAllah......
Jangan Membazirkan Duit Ataupun Masa Untuk Memastikan Rakyat Juga (Macam Aku ) Untuk Menaikkan Laknatulah Ini Ke Makam Tertinggi....
Dan Kepada Orang2 Islam Diluar Sana...
Pastikan...
Fakta Ini Dikhetahui Oleh Adik,Anak,Cucu Dan Cicit...
Sultan Abdul Hamid Berkata Ketika Yahudi Meminta Tanah Palestin
“Beritahu orang-orang Yahudi yang tidak beradab itu bahawa hutang-hutang kerajaan Uthmaniyah bukanlah sesuatu yang nak dimalukan, Perancis juga mempunyai hutang-hutangnya dan itu tidak memberikan apa-apa kesan kepadanya. Baitul Maqdis menjadi sebahagian dari Bumi Islam ketika Umar al-Khattab mengambil kota itu dan aku tidak akan sekali-kali menghina diriku dalam sejarah dengan menjual bumi suci ini kepada Yahudi dan aku tidak akan menodai tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh ummah ini kepadaku. Biarlah Yahudi-yahudi itu menyimpan wang mereka, umat Islam Uthmaniyah tidak akan bersembunyi di dalam kota-kota yang dibina dengan wang musuh-musuh Islam”.
Dan Lagi
“Nasihatkan Dr. Hertzl supaya tidak mengambil apa-apa langkah seterusnya dalam projeknya. Aku tidak boleh memberikan walau segenggam dari tanah Palestin ini kerana ia bukan milikku, ia adalah milik umat Islam seluruhnya. Umat Islam yang telah berjihad demi bumi ini dan mereka telah membasahinya dengan darah-darah mereka. Yahudi boleh menyimpan jutaan wang mereka.
Sekiranya Khilafah Islam ini dimusnahkan pada suatu hari mereka boleh mengambil Palestin tanpa bayaran! Tetapi selagi aku masih hidup aku lebih rela sebilah pedang merobek tubuhku daripada melihat bumi Palestin pecah dan diberikan keluar dari Negara Islam. Ini (penjualan Palestin) adalah sesuatu yang tidak akan berlaku, aku tidak akan memotong-motong tubuh kami selagi kami masih hidup”.
=Sejarah juga mencatatkan hutang Kerajaan Islam Uthmaniyah adalah pada kadar 2.528 juta lira emas Uthmaniyah. Ketika Sultan Abdul Hamid dijatuhkan hutang tersebut hanya tinggal 106 juta lira. Beliau berjaya menurunkan hutang sehingga 1/20 daripada jumlah asalnya. Namun Turki Muda yang berkuasa selepas itu kembali menaikkan hutang Turki sebanyak 300%.
Lagi Kehebatan Khalifah Islam Terdahulu....
Pernah suatu ketika Perancis merancang mengadakan pementasan drama teater yang diambil dari hasil karya Voltaire (seorang pemikir Eropah) yang menghina Rasulullah saw, ia juga menghina Zaid dan Zainad.
Sebaik sahaja mengetahui berita pementasan itu, Sultan Abdul Hamid telah memberi amaran kepada pemerintah Perancis melalui dutanya di Paris supaya memberhentikan pementasan drama itu dan mengingatkan akan kesan politik yang bakal dihadapi Perancis jika ia meneruskan pementasan itu. Perancis dengan serta merta membatalkannya. Kumpulan teater itu datang ke England untuk merancang melakukan pementasan yang serupa dan sekali lagi Sultan Abdul Hamid memberi amaran kepada England.
England menolak amaran itu dengan alasan tiket2 telah pun dijual dan pembatalan drama itu adalah bertentangan dengan prinsip kebebasan rakyatnya. Setelah mendengar jawapan itu, Sultan Abdul Hamid sekali lagi memberi amaran: Saya akan mengeluarkan perintah kepada umat Islam dengan mengisytiharkan bahawa England sedang menyerang dan menghina Rasulullah kami! Saya akan isytiharkan Jihad al-Akbar. Britain dengan serta merta melupakan dakwaannya mengamalkan kebebasan bersuara dan pementasan drama itu dibatalkan.
Lihatlah walaupun Khilafah Uthmaniyah berada dalam keadaan tenat namun ia masih lagi dihormati di arena antarabangsa dan perkataan Jihad sudah cukup menggerunkan kuasa-kuasa Besar Barat. Sultan Abdul Hamid masih mampu campurtangan untuk melindungi kepentingan umat Islam dalam urusan dunia yang global.
AKU MERINDUI KHALIFAH ISLAM!!!!
Cerita Selanjutnya Boleh Dibaca Di
http://manaratulhuda.blogspot.com/2010/0
Dan Kepada Orang2 Islam Diluar Sana...Terutamanya Yang Mempunyai Pengikut2 Nya Yang Tersendiri..
Ingatlah!!!!!
Jika Hendak Menceritakan Kehebatan Kerajaan Turki..
Sebutkanlah Dan Ceritakanlah Tentang Sultan Abdul Hamid II
Bukannya Menipu Masyrakat Dan Kanak2 Dengan Mengatakan Bahawa Mustafa Kamal Adalah Manusia Mulia Pembela Wanita Dan Islam...
Ingatlah...Di Akhirat Kelak Akan Dituntut Segala Perbuataan Anda Di Atas Muka Bumi Allah Ini...
Mengatakan KAMAL Arttatuk Adalah Pejuang Islam Sama Seperti Mengatakan Ayah Pin Adalah Pembawa Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah....
WaAllahualam.....
by Psikik Arm
Post a Comment