MUNGKINKAH berlaku pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini.
Kemungkinan itu boleh berlaku apabila seorang bekas wakil rakyat sekitar 1980-an mahu menawarkan diri untuk sama-sama bersaing dengan calon Barisan Nasional (BN) dan Pas merebut kerusi DUN tersebut atas tiket Bebas.
Yang pastinya, BN telah pun menamakan calonnya iaitu Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, manakala di pihak pembangkang, sama ada Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengumumkan wakil mereka esok.
Berbalik kepada bakal calon Bebas itu, bekas kakitangan Jabatan Penerangan Jerantut itu pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sekitar 1980-an.
Ketika itu, DUN Kerdau diletakkan dalam Parlimen Jerantut. Kini DUN Kerdau berada dalam Parlimen Temerloh selepas persempadanan semula 2004.
Bekas Yang Berhormat itu (yang enggan namanya disiarkan) memberitahu, hasratnya untuk bertanding atas tiket Bebas bertujuan 'mengajar' Pas dan BN supaya tidak terlalu yakin untuk mencapai kemenangan.
"Saya bertanding bukan kerana mahu menang tetapi mahu memecah undi," jelasnya yang kini berusia 60-an.
Difahamkan juga, anak bekas wakil rakyat terbabit turut disenarai pendek oleh Badan Perhubungan UMNO negeri untuk dipilih sebagai calon Pilihan Raya Kecil Kerdau tetapi tidak berjaya.
Sumber : Utusan Meloya
=========================================
kah kah kah kah kah
Mamat ni tak puas lagi jadi ADUN
Dia dah penah duduk kat kerusi tu tahun 80an katanya
Bila ada pertandingan , dia lobi lagi nak jadi calon
Tapi tak dapat .. dia kata nak try tanding pakai lambang Bebas
Katanya nak ajar BN ngan PR .. kah kah kah kah
Apa yang lu nak ajar weyh ??
Ajar cemana nak jadi ADUN ke ?
Ajar cemana nak lobi ke ?
kah kah kah kah kah
Mamat ni taknak diketahui
Maklumatnya dirahsiakan ... tapi dia bagitau plak dia bekas ADUN kat situ .. rahsia menda plak eh ?
Lepas tu dia ada bagitau .. anak dia pon disenaraipendekkan
Weyh .. anak beranak nak jadi calon .. kah kah kah
Kalo anak dia terpilih .. dia nak ke lawan jadi Calon Bebas ?
Ni le lambang orang kecewa ...
Kecewa ngan BN .. sebab tak dapat bersama sama untuk membelit orang kampung
kah kah kah kah kah
Dari Blog ~ Debik Karmic
Post a Comment