RSS

Matinya Demokrasi Di Perak


Klik untuk lebih jelas.

MENGIMBAS KEMBALI.....FEBRUARI 2009
PRU 13 PERAK MENJADI GELANGANG HEBAT DAN PANAS!!!

TIDAK kiralah tarikh sebenar Pilihanraya Umum ke-13 akan dilangsungkan , satu perkara yang pasti, Perak akan lebih diberikan tumpuan oleh para penganalisis dan pengamat politik berbanding negeri-negeri lain.

Dengan pelbagai peristiwa kontroversi sepanjang 2009 seperti pertukaran tampuk pemerintahan negeri secara paksa daripada Pakatan Rakyat (PR) kepada Barisan Nasional (BN) dan rentetan peristiwa selepas itu, seperti demonstrasi rakyat di Kuala Kangsar, sidang bawah pokok serta kekecohan yang berlarutan hingga ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) , maka tidak syak lagi Perak berhak untuk diberikan perhatian yang lebih berbanding negeri-negeri lain.

Adalah dijangkakan beberapa watak utama yang memainkan peranan penting dalam peristiwa Februari 2009 itu akan kembali ke gelanggang. Nama-nama seperti Mohammad Nizar Jamaluddin, Ngeh Koo Ham, Ng Kor Min, Sivakumar A/L Varatharajunaidu

Manakala di pihak penyamun pula terdiri dari nama seperti Zambry Abd Kadir dan nama katak-katak terkenal separti Hee Yit Foong, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu serta Kesvinder Sing a/l Kashmir Singh yang besar kemungkinan akan hanya duduk di kerusi penonton pada PRU yang bakal berlangsung nanti.

Tarikh feb 2009 merupakan satu tompok hitam dalam sistem demokrasi di Malaysia. Dalam peristiwa itu, BN telah menidakkan kuasa majoriti rakyat Perak yang telah menunjukkan kepada dunia bahawa mereka mahukan Pakatan Rakyat(PR) sebagai wakil mereka dan seterusnya membentuk sebuah kerajaan negeri yang sah.

Hal ini dibuktikan menerusi statistik undi popular bagi kerusi DUN di Perak pada PRU ke-12 lalu di mana seramai 442, 660 pengundi telah memilih PR berbanding hanya 399, 565 pengundi yang memilih BN. Hanya orang yang pendek akal sahaja yang akan mengatakan 399, 565 lebih banyak daripada angka 442, 660.

Tuntasnya, saya percaya bahawa rakyat akan menjadi semakin cerdik dan terus celik dengan melihat apa yang telah berlaku di Perak. Saya tahu, ini ‘Sebuah Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional’. Ya, benar. Inilah projek yang menjanjikan nisan buat Umno-BN menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 kelak!

salam dari PMT


0 Responses to "Matinya Demokrasi Di Perak"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors