RSS

Surat Terbuka Nurul Izzah Berkaitan dengan Jejantas "Termahal" di Malaysia



Saya petik:

Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad Bin Ismail
Datuk Bandar Kuala Lumpur
Tingkat 27, Menara DBKL 1
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur.

Assalamualaikum w.b.t Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad ,

PENJELASAN BERKENAAN DENGAN PROJEK JEJANTAS YANG MENGHUBUNGKAN PUSAT KONVENSYEN KL DAN HOTEL IMPIANA KLCC

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Buat pengetahuan pihak Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad, saya telah melawat projek Jejantas yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Hotel Impiana KLCC, yang telah membawa saya kepada persoalan-persoalan berikut:

1. Merujuk kepada laporan Bernama (terbitan The Star bertarikh 8hb September 2010), yang menyatakan, “Petronas telah menyumbangkan RM100 juta kepada pembangunan kemudahan dua-fasa ini yang menyokong usaha kerajaan bagi menggalak dan merangsang pertumbuhan industri pelancongan. KLCC (Holdings) Sdn Bhd (KLCC), sebuah subsidiari milikan-penuh Petronas telah ditugas mengurus peruntukan tersebut bersama DBKL sebagai penyelaras projek utama untuk laluan pejalan kaki di KL.”;

Adakah DBKL dikecualikan dari meluluskan reka bentuk projek tersebut? Dan jikalau ya, megapakah Sunway Construction Sdn Bhd telah dilantik untuk meneruskan projek jejantas (fasa kedua) dan adakah tender terbuka dilaksanakan sebelum mereka dipilih?



2. Merujuk kepada laporan The Star bertarikh 9 Februari, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail dan ketua pegawai eksekutif KLCC (Holdings) Sdn Bhd telah “menandatangani surat perjanjian untuk penyerahan jejantas ini dari KLCCH ke DBKL.”; 


Berapakah kos penyelenggaraan kemudahan ini (dan juga jejantas fasa kedua) pada tahun-tahun akan datang, dan siapa yang akan menanggung beban penyelenggaraan tersebut?

Saya amat berharap agar Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad dapat memberikan respon segera di atas persoalan dan permasalahan yang saya bangkitkan di dalam projek jejantas ini.

Segala kerjasama daripada pihak Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad, saya dahului dengan ucapan terima kasih dan mudah-mudahan segala kerja kita diberkati Allah S.W.T..

“Bersama Menegakkan Keadilan”
Sekian. Wassalam.

Yang Berkhidmat,
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai

s.k.
Yang Berhormat Senator Datuk Raja Nong Chik Bin Raja Zainal Abidin
Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
Pejabat Menteri
Aras 4, Blok 2, Menara PjH
Presint 2 62100 Putrajaya


P/s: Semakin jelas, wang rakyat melalui Petronas digunakan untuk membiayai projek ini. Persoalannya,
bukan masyarakat berang dengan pembinaan jejantas, tetapi berang kerana kos pembinaannya yang terlalu tinggi.


0 Responses to "Surat Terbuka Nurul Izzah Berkaitan dengan Jejantas "Termahal" di Malaysia"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors