RSS

Timb Menteri Arahkan Status 33 Calon Dikekalkan


 

UPM tarik balik keputusan, kekal kemenangan calon Pro Mahasiswa

KUALA LUMPUR, 23 Feb — Dalam perkembangan terbaru tidak sampai 24 jam, Universiti Putra Malaysia (UPM) tunduk desakan pelajar dan memutuskan untuk menarik balik arahan pembatalan status 33 calon termasuk kemenangan 10 pelajar yang dilabelkan sebagai kumpulan Pro Mahasiswa.

Beberapa jam sebelum keputusan itu diumumkan, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menggesa UPM agar menarik balik keputusan itu.

Keputusan itu disahkan Timbalan Naib Canselor (TNC) UPM Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan ketika dihubungi The Malaysian Insider sekitar 12.30 tengah hari tadi.

Dengan keputusan itu, Pro Mahasiswa mendapat semula kedudukan dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

“Ia sudah selesai, kita ikut keputusan pada 21 Februari lalu."

“Kita memang terima bantahan tapi dalam mesyuarat hari ini kita tolak semua bantahan itu, ia sudah selesai,” kata Dr Mohd Fauzi.

Difahamkan keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa induk UPM pagi tad. Justeru Mohd Fauzi meminta supaya kumpulan Pro Mahasiswa tidak membuat bantahan memandangkan perkara itu sudah selesai.

Kesemua 33 calon Pro Mahasiswa, yang didakwa beraliran condong kepada politik pembangkang, dibatalkan kelayakan bertanding kerusi MPP atas alasan berkempen secara berkumpulan.

Laporan The Malaysian Insider pagi tadi menyebut pembatalan kesemua calon Pro Mahasiswa dibuat melalui panggilan telefon dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) malam tadi.

Di UPM kumpulan Pro Aspirasi mempertahankan kemenangan apabila memperoleh kemenangan besar menewaskan Pro Mahasiswa.

Pro Aspirasi menang dengan majoriti besar apabila menguasai 32 kerusi termasuk lima kerusi umum berbanding Pro Mahasiswa yang hanya mendapat 11 kerusi.

Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan termasuk sembilan kerusi umum dan barisan Pro Mahasiswa bertanding di 33 kerusi.


Malaysian Insider


0 Responses to "Timb Menteri Arahkan Status 33 Calon Dikekalkan"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors