RSS

Raja Petra, BN/UMNO jangan bersorak


Lagi sekali isu Raja Petra, Najib, Rosmah dan pembunuhan Altantuya timbul. Isu ini timbul dalam kemelut pilihan raya Sarawak yang dikatakan sedang dan akan dilanda perubahan baru. Isu ini timbul dalam masa isu video seks Carcosa sedang diulas dengan begitu teliti. Raja Petra dalam temu bual dia – mengaku beliau hanya menerima maklumat dan pengesahan maklumat itu datang dari siapa telah beliau lakukan. Beliau mendesak polis untuk siasat pemberi maklumat tersebut.

Dalam masa yang sama saya menerima dentuman SMS dari rakan-rakan UMNO yang mengatakan “Alhamdulillahlah” – Raja Petra dah akui Najib dan Rosmah tidak terlibat. Kegembiraan rakan – rakan saya mengenai temu bual RPK yang mengatakan beliau tidak tahu – terpulang polis untuk menyiasat – menggembirakan mereka. Ini seolah-olah satu kemenangan.


Komen saya kepada mereka yang menghantar SMS tersebut ialah jangan ambil mudah dan mudah meraikan kemenangan. Saya syorkan kepada mereka – jangan bersorak kerana ada sesuatu yang lebih besar sedang dimasak sebelum dijual kepada penyokong.- Anuar Mohd Nor


.


0 Responses to "Raja Petra, BN/UMNO jangan bersorak"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors