RSS

PEKIDA Nak Saman Penerbit Filem...???




Penerbit filem KL Gangster dan Kongsi, Datuk Yusof Haslam dan David Teo, menjelaskan filem-filem terbitan syarikat produksi mereka itu tiada kaitan dengan sebarang aktiviti mana-mana pertubuhan bukan kerajaan seperti yang didakwa oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).

Penerbit Skop Productions, Yusof menegaskan, dia tidak mahu melayan dakwaan buruk terhadap filem arahan anaknya, Syamsul Yusof itu kerana ia hanyalah perkara remeh yang boleh merunsingkan fikiran.

"Kalau hendak fikirkan pelbagai komen orang terhadap filem atau drama terbitan saya, memanglah orang akan cakap macam-macam.

"Perkara ini bukan satu isu yang perlu diperbesar-besarkan. Filem KL Gangster hanyalah sebuah cerita rekaan dan tiada kena-mengena dengan mana-mana orang perseorangan atau pertubuhan.

"Kita sudah mendapat penapisan dan kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) dan Kementerian Dalam Negeri sebelum ia ditayangkan. Jadi saya tidak mahu layan perkara seperti ini," katanya yang dihubungi mStar Online, Khamis.

Sementara itu, penerbit Metrowealth Movies Production yang menerbitkan filem Kongsi, David Teo berkata, filem arahan Farid Kamil itu dihasilkan atas tujuan hiburan dan bukan untuk mempersendakan mana-mana pihak.

"Filem Kongsi hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak pun. Kita sama sekali tiada niat untuk mempersendakan mana-mana individu menerusi tema yang di paparan.


"Hakikatnya, isu gengsterisme berlaku di mana-mana negara atau bangsa pun dan bukan merujuk kepada pertubuhan tertentu.

"Ia tidak sepatutnya menjadi isu tetapi saya tidak boleh kata apa kerana itu hak mereka (Pekida). Cuma, kalau isu ini timbul lebih awal, pasti ia akan lebih membantu publisitiKongsi," katanya.

Pekida berhasrat untuk menyaman penerbit dan pengarah dua filem berkenaan kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Pertubuhan itu akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie, Jumaat (hari ini) bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem-filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.




P/S - Bukankah terlalu banyak kes2 yang melibatkan pertubuhan ini. Mungkin ramai yang berselindung didalam pertubuhan ini yang kini telah jauh menyimpang dari matlamat asal penubuhannya.




.


0 Responses to "PEKIDA Nak Saman Penerbit Filem...???"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors