RSS

Apa Perlunya Mohd Najib Bertemu Pope (Ketua Agama Kristian)?



Rom, 19 Julai 2011 – Ketua Negara agama rasmi Islam di Malaysia, Mohd Najib bin Abdul Razak, telah bertemu dengan Ketua Pemimpin Kristian, Pope Benedict XVI pada 18 Julai 2011 untuk mengadakan perbincangan bertempat di Apostolic Palace, Castel Gandolfo di pinggir Rom.

Pope adalah pemerintah Vatican City dan Holy See. Holy See merupakan kerajaan yang mentadbir gereja Katolik di seluruh dunia dan beroperasi dari Vatican City State, yang merupakan sebuah wilayah bebas dan berdaulat terletak di satu kawasan seluas 0.44 km persegi.

Rombongan ini termasuk isterinya Rosmah Mansor, dua Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, dan Ketua Biskop.

Polisi Politik Luar Negara Islam Global

Dalam rangka lawatan kerjanya ini cuma dalam ruang lingkup menjalinkan hubungan diplomatik serta pembangunan kebendaan semata-mata, tetapi jauh daripada polisi politik luar Negara Islam Global (Daulah Khilafah) iaitu mengembangkan Islam melalui dakwah dan jihad sepertimana Rasulullah dan para sahabat lakukan.

Islam juga telah mengharamkan kita untuk menjadikan kaum kuffar yang memusuhi Islam sebagai sahabat. Segala hubungan yang dijalin dengan kafir harbi adalah merupakan suatu keharaman yang telah jelas dinyatakan secara qat'ie oleh dalil-dalil syarak.

Apatah lagi untuk merasa bangga serta mendabik dada sekiranya dapat berbaik-baik dengan musuh Allah dan musuh Rasul ini kerana jelas mereka ingin menyebarkan agama selain Islam iaitu Kristian.

Firman Allah SWT:
 

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman setia...” [Surah al-Mumtahanah (60) : 1]

Apa yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin umat Islam sekarang ialah dengan mengukuhkan hubungan antara negeri-negeri umat Islam dalam segala aspek terutamanya politik, serta menyelesaikan segala masalah yang dilanda oleh umat Islam di seluruh pelusuk dunia ini melalui penerapan syariah secara kaffah tanpa meminta sebarang campurtangan daripada kaum kuffar.

Semoga pengukuhan hubungan antara negeri-negeri umat Islam ini akan menjadi sebahagian daripada benih-benih penyatuan sebenar umat Islam di bawah panji keKhilafahan. 






    

   (Ikhsan)


.


0 Responses to "Apa Perlunya Mohd Najib Bertemu Pope (Ketua Agama Kristian)?"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors