RSS

Hajjah Sitt Wuzara Hina Islam. Jingga 13 Mohon Menghadap Agong



KUALA LUMPUR 11 SEPT : Menteri Di Jabatan Perdana Menteri serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dibidas apabila gagal mengambil tindakan terhadap sebuah laman web yang menghina agama Islam.

Ketua Koordinator Sekretariat Jingga 13, Fariz Musa menegaskan pihak berwajib perlu mengambil langkah proaktif dalam menangani isu tersebut lantaran ia bersifat sensitif dan mampu mengguggat kerukunan beragama dinegara ini.

"Kami melihat bertapa gagalnya Datuk Seri Jamil Khir selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang secara jelas menguruskan Hal Ehwal Islam tetapi bagi kami beliau gagal dalam mengatasi isu pemesongan akidah.

"Kami juga hendak menegaskan kegagalan Datuk Paduka Seri Rais Yatim, Menteri Penerangan, Multimedia dan juga  Kebudayaan yang mana SKMM di bawah beliau turut masih gagal untuk menjejaki dan mengambil tindakan.



"Kami juga menzahirkan rasa kekecewaan kepada JAKIM, Ketua Pengarah JAKIM serta pihak polis kerana membiarkan isu ini berlangsungan terlalu lama tanpa sebarang tindakan," katanya ketika menyerahkan surat memohon mengadap Yang Di- Pertuan Agong (YDPA) pagi tadi.


Permohonan mengadap itu dikemukakan bagi meminta campur tangan YDPA dalam menangani isu penghinaan agama Islam yang berleluasa dialam maya.

Sebelum ini, laman web 'makcikhajjahsittalwuzara.wordpress.com' dikesan menerbitkan artikel yang berniat memesongkan dan menghina agama Islam. Aktiviti seumpama itu juga dikesan di laman sosial Facebook dan twitter. 

Fariz menambah, aktiviti menghina agama Islam ini dilihat semakin serius apabila tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

Sehingga kini hampir 5,000 petisyen bantahan dikumpulkan melalui sebuah laman web terhadap isu yang dimainkan oleh pemilik laman tersebut dan akan diserahkan pada YDPA dalam masa terdekat.

"Laporan polis banyak dibuat, termasuk laporan kepada SKMM, oleh NGO termasuk badan-badan daripada politik, Perkasa, Umno, Pas dan Keadilan termasuk NGO-NGO lain tetapi malangnya kita melihat isu ini bagaikan melepaskan batuk di tangga.

"Bagi kami isu ini adalah pemesongan akidah, ini isu menyebabkan murtad, jadi sebab itu kami hadir di sini bagi tujuan memohon mengadap Tuanku untuk kita bincangkan supaya Tuanku sebagai ketua agama Islam mengambil tindakan yang tegas berkaitan dengan isu ini," katanya.

Pada 7 September lalu, Jingga 13 telah menyerahkan memorandum kepada SKMM dan juga Jakim, membantah tindakan sambil lewa badan berkenaan dalam menangani isu tersebut.







  TV Selangor


.


0 Responses to "Hajjah Sitt Wuzara Hina Islam. Jingga 13 Mohon Menghadap Agong"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors