RSS

Malaysia alu-alukan Pemimpin Komunis China, Hantar Pulang Pelarian Islam Uighur Ke China


       Billboard mengalukan pemimpin komunis China dijalan Sultan Ismail, berhampiran Menara Promet, Bukit Bintang.
Seringkali kita mendengar berita mengenai masaalah di negara ini berpunca dari karena warga dari Indonesia, Cambodia, Bangladesh, China dan Filipina. Masaalah yang dimaksudkan ada lah melibatkan aktiviti jenayah saperti pemerdagangan manusia, kes curi, pecah rumah dan PATI serta hal-hal yang lain.
  • Namun baru-baru ini, kita dikejutkan bilamana kerajaan Malaysia telah menghantar 11 pelarian Islam Uighur yang mencari perlindungan di negara ini, pulang ke China. Warga Uighur daripada wilayah Xinjiang ini, sememang nya jarang sekali kita mendengar terlibat dalam aktiviti haram sapertimana yang dilaku oleh warga yang disebutkan awal-awal tadi.
  • Walau macammana pun, menurut sumber, kerajaan Malaysia memberi alasan tindakan diambil memandangkan 11 orang Uighur ini terlibat di dalam sindiket pemerdagangan manusia.
  • Dalam isu yang sama, Human Rights Watch (HRW) telah mengutuk tindakan kerajaan memulangkan 11 pelarian Uighur tersebut dan mendesak agar kerajaan tidak memulangkan 5 orang yang masih lagi ditahan di Malaysia.
  • Menurut HRW memulangkan mereka kepada Kerajaan Komunis China mendedahkan mereka kepada risiko serius diseksa. Kerajaan China secara berterusan telah menganggap permintaan penggunaan bahasa Uighur serta mengamalkan agama Islam sebagai keganasan, pemberontakan dan penderhakaan.
  • Sebelum itu, agensi Pelarian PBB (UNHCR) telah menyatakan lima lagi yang masih ditahan telah memohon status pelarian dengan UNHCR dan agensi tersebut telah meminta untuk bertemu dengan kesemua 16 pelarian Uighur tersebut. Tetapi permohonan UNHCR tersebut telah ditolak dan UNHCR telah melahirkan kekesalan mereka terhadap keputusan Kerajaan Malaysia tersebut.
  • Dilapurankan, HRW juga telah mendedahkan bahawa China telah menekan negara-negara seperti Malaysia, Thailand dan Pakistan untuk memulangkan pelarian Uighur. Trend ini bermula di Cambodia pada 2008 ketika negara tersebut dipaksa memulangkan 20 orang Uighur yang dilindungi oleh UNHCR termasuk seorang wanita hamil dan dua anak kecil ke China.
  • Di Amerika Syarikat, perwakilan Republikan Chris Smith dan Senator Demokrat Sherrod Brown, yang mempengerusikan bersama Suruhanjaya Ekskekutif Kongres mengenai China juga telah mengutuk tindakan Malaysia terhadap pelarian Uighur tersebut.
Datuk Seri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara mendakwa bahawa pelarian Uighur ini terlibat di dalam aktiviti pemerdagangan manusia.
Namun, soalnya mengapa mereka tidak didakwa di bawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia tetapi disebalik nya dipulangkan ke China.


Itu antara alasan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin umno yang mendakwa mereka memperjuangkan Islam. Sedangkan umat Islam Uighur dinafikan hak sebagai penganut Islam. 

                          China Larang Umat Islam Uighur Berpuasa


Penganut Islam di Xinjiang dilarang daripada menunaikan ibadah tersebut selepas kerajaan memaksa mereka menandatangani satu 'dokumen' yang melarang mereka daripada berbuat demikian. Larangan terbaru itu menekankan lagi layanan buruk kerajaan China terhadap penduduk minoriti Uighur yang sering berdepan tindakan keras pihak berkuasa sebelum ini dan dinafikan hak mereka.

Jurucakap Kongres Sedunia Uighur yang beribu pejabat di Munich, Dilxat Raxit berkata, syarikat-syarikat swasta di sini turut menyediakan makanan tengah hari buat pekerja beragama Islam dan mereka boleh kehilangan kerja atau bonus tahunan sekiranya enggan makan.

"Tokoh agama juga boleh kehilangan lesen menyampaikan ceramah sekiranya mereka mengadakan aktiviti keagamaan atau menyeru penganut Islam berhimpun bagi menjalankan kegiatan agama," katanya kepada agensi penerbitan dalam talian, Eurasia Review.

Jelasnya, pegawai turut menyasarkan golongan pelajar beragama Islam dengan menyediakan bekalan makanan semasa waktu rehat sepanjang bulan Ramadan. Seorang penduduk Uighur yang enggan dikenali berkata, restoran-restoran di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam juga diarah menjalankan perniagaan walaupun ketika hari siang.

"Orang ramai juga sukar memasuki masjid untuk bersembahyang. Mereka perlu menunjukkan kad pengenalan diri dan mendaftar jika ingin masuk ke masjid," katanya.

Sehari sebelum Ramadan, seramai 18 maut dan 31 yang lain cedera dalam dua pertempuran etnik terbaru di Xinjiang, dua tahun selepas insiden berdarah di wilayah ini mengakibatkan 200 maut sementara 1,700 yang lain cedera.

Xinjiang dicemari pergolakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, melibatkan pertempuran antara etnik Uighur dengan kumpulan majoriti China Han di ibu negara, Urumqi pada Julai 2009.     - Agensi

  Uyghur still being Killed, look at the video and you will see...






.


0 Responses to "Malaysia alu-alukan Pemimpin Komunis China, Hantar Pulang Pelarian Islam Uighur Ke China"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors