RSS

Datuk Michelle Yeoh akan masuk politik ???



Datuk Michelle Yeoh, yang berlakon sebagai watak pejuang kebebasan Myanmar, Aung San Suu Kyi, dikhabarkan akan menyertai politik Malaysia tidak lama lagi.

Menurut sumber, pelakon superstar Malaysia itu menimbang dengan serius untuk menyertai politik dalam pilihan raya umum yang akan datang di Malaysia. Namun penjelasan dari bekas gadis Bond ini belum dapat di pastikan lagi.


Tetapi ketika dihubungi, ibu bapanya - Datuk Yeoh Kian Geik dan Datin Janet Yeoh mereka menafikan tahu tentang cita-cita politik anak perempuan mereka.


"Saya tidak fikir dia akan melakukannya. Lagipun tidak pernah menyebut hal ini kepada saya, tetapi saya akan tanya dia". Datuk Yeoh ayahnya berkata. Beliau juga merupakan seorang ahli politik yang dihormati di Ipoh, Perak.


Datin Janet berkata sambil ketawa: "Saya telah mendengar berita dari kawan-kawan saya dan mendapati ianya lucu, saya tidak tahu bagaimana cerita itu muncul lagipun anak perempuan saya tidak pernah membincangkan hal politik dengan saya...." /asiaone.com 


P/S: Agaknya parti mana yang akan dipilh beliau nanti jika dakwaan itu benar. Dan mungkin ada parti politik atau individu tertentu yang akan mula melobi beliau. Dalam dunia politik apa pun boleh berlaku.



2 Responses to "Datuk Michelle Yeoh akan masuk politik ???"
hak55 said...
This comment has been removed by the author.
hak55 said...

Baguslah kalau dia masuk DAP, baru ada glamour sikit politik Malaysia ni!


October 27, 2011 at 2:14 AM

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors