RSS

Hudud: PAS dakwa presiden MCA ceroboh dasar Islam



PAS mengecam tindakan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang didakwa menceroboh dasar Islam dan melampaui batas susila bermasyarakat yang menghormati antara agama, melalui komennya tentang hukum hudud.


"Sikap hormat terhadap agama lain untuk mempraktik ajaran masing-masing tidak pernah dibantah oleh umat Islam dan inilah intipati kepada teras perpaduan negara.


"Namun PAS kesal sikap campur tangan melampau beliau (Chua) akan mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama," kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (atas).


Chua pada 29 Oktober lalu dilaporkan berkata, hasrat PAS melaksanakan hudud akan memberi kesan besar terhadap pelaburan langsung asing dan kedatangan pelancong.


Katanya, kecuali negara yang kaya dengan sumber asli, pelaksanaan hudud menyebabkan mereka terbelakang, lapor The Star.


chua soi lekBercakap kepada pemberita di sebuah tokong di Johor Bahru, Chua (kanan) juga dilaporkan mendakwa  masyarakat bukan Islam akan turut terjejas daripada segi ekonomi dan pendidikan.


Dalam kenyataannya hari ini, mengambil contoh Arab Saudi, Tuan Ibrahim berkata, pengalaman negara itu melaksanakan hudud menunjukkan hasil berbeza dengan andaian Chua apabila berjaya menjadi rakan pelabur utama China dan Barat.


"Para pelabur sangat mengharapkan satu jaminan keselamatan terhadap pelaburan mereka dan ini dibuktikan dengan kejayaan pelaburan mereka di negara yang melaksanakan syariat Islam," katanya.

Jingga 13 lapor polis

Bagaimanapun, menurut Tuan Ibrahim lagi, kenyataan Chua hanya menambah kebencian masyarakat pelbagai kaum di negara ini terhadap MCA.


"Kejahilan akibat berkawan dengan Umno menyebabkan beliau yang gagal menyelesaikan masalah dalaman MCA, kini cuba menyembunyikan kelemahan pentadbirannya dan menarik sokongan masyarakat Cina dengan menyerang hukum Islam," dakwanya.


jingga 13 police report mca president chua soi lek hudud 311011Sementara itu, NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat Jingga 13 hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Chua itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi kira-kira 2.30 petang ini.


Ketika dihubungi Malaysiakini selepas itu, Ketua koordinator Jingga 13 Fariz Musa menyifatkan kenyataan presiden MCA itu sebagai "biadap" dan didakwa mempertikaikan hukum Islam.


"Chua Soi Lek perlu bertanggungjawab dan beliau harus memohon maaf kerana kenyataannya (dikhuatiri) boleh menggugat kestabilan dan keharmonian agama di negara ini," katanya.


Manakala itu, dalam kenyataan yang diedarkan, NGO itu mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung lesen penerbitan The Star kerana menyiarkan kenyataan Chua. / MalaysiaKini





.


0 Responses to "Hudud: PAS dakwa presiden MCA ceroboh dasar Islam"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors