RSS

Muammar Gaddafi Sempat Tawar Wang Sebelum Dibunuh



MISRATA: Muammar Gaddafi merayu supaya dia tidak dibunuh dengan menawarkan emas serta wang kepada mereka yang menangkapnya.

Anggota pemberontak, Hammad Mufti Ali, 28, memberitahu akhbar Itali, Corriere Della Sera: “Gaddafi berkata, beliau rela menawarkan apa saja sebagai pertukaran dengan nyawanya. Beliau berkata, beliau mempunyai emas dan wang untuk kami.”  


Sementara itu, terdapat pertikaian mengenai cara bagaimana Gaddafi patut dikebumikan. Mayat bekas pemimpin berusia 69 tahun itu masih dikawal di setor daging beku di Misrata.

Seorang pemimpin NTC menyarankan mayatnya dibuang di padang pasir supaya dimakan oleh musang. “Beliau tidak layak dikebumikan dengan sempurna,” katanya. Kebanyakan tentera NTC menolak cadangan supaya beliau dikebumi mengikut syariat Islam.


Walaupun mengikut ajaran Islam pengebumian mayat perlu dilakukan dalam tempoh 24 jam tetapi kerajaan baru Libya berhasrat untuk menjalankan ujian DNA bagi mengesahkan identiti Gaddafi. Keluarganya yang kini hidup dalam buangan menggesa NTC menyerahkan mayat pemimpin itu kepada suku kaum mereka di Sirte, tempat beliau dibunuh bagi membolehkan upacara pengebumian dilakukan. 


Jurucakap NTC malam tadi berkata, mayat Gaddafi mungkin diserahkan kepada anggota keluarganya. Ulama Libya yang disegani, Sheikh Sadiq al-Geryani dibenarkan untuk memandi dan menyembahyangkan jenazah Gaddafi. Kemungkinan beliau akan dikebumikan di satu tempat yang tidak dinamakan berhampiran Sirte.

Sementara itu, tentera NTC yang terbabit dengan pembunuhan Gaddafi berkata: “Kami bergilir-gilir menampar mukanya dengan kuat. Sesetengah daripada kami memukulnya dengan kasut, satu penghinaan tradsional masyarakat Arab."



Remaja yang berjaya membunuh Gaddafi

Satu sumber NTC berkata: “Kami tahu siapa yang membunuh Gaddafi. Dia rakyat Libya di bawah umur. Dia tidak boleh didakwa. Dia adalah wira dan identitinya tidak akan didedahkan. Ia sebagai langkah berdamai, cara untuk meredakan penyokong Gaddafi supaya mereka tidak menentang kami lagi. Pada masa sama, kami perlu melakukan perkara yang betul di mata masyarakat antarabangsa,” katanya. - Agensi 



.


0 Responses to "Muammar Gaddafi Sempat Tawar Wang Sebelum Dibunuh"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posting Terkini

Total Pageviews

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors