RSS

'Najib Sembah Salib'


Inilah gambar kontroversi PM Najib sembah salib yang dipegang Pope itu
Suatu ketika dahulu ramai yang mungkin masih ingat insiden Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dimalukan oleh UMNO BN menjelang Pilihanraya Umum, gara-gara penyebaran gambar beliau memakai tengkolok. Ku Li ketika itu adalah Presiden Parti Melayu Semangat 46 yang bergabung tenaga untuk menjatuhkan BN dalam pakatan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Susulan gambar kontroversi tersebut akhirnya pembangkang tewas teruk pada pilihanraya itu. Taktik yang digunakan oleh UMNO BN menjadi dan Ku Li dijadikan mangsa gara-gara gambar berkenaan.

Kini, satu lagi berita gempar yang pasti mengejutkan semua pihak. Heboh disebarkan di internet terutamanya menerusi laman sembang sosial Facebook aksi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyembah salib yang dipegang oleh Pope Benedict XVI di Apostolic Palace ketika kunjungan beliau ke kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di Castel Gandolfo di pinggir Rome pada 19 Julai 2011 yang lalu. Najib bersamanya rombongan kemudian mengadakan perbincangan peringkat delegasi dengan Setiausaha Negara bagi Holy See, Cardinal Tarcisio Bertone.

Memang, ramai penyokong UMNO yang akan marah dan mengatakan gambar ini "fitnah" dan sebagainya. PDO hanya sekadar melaporkan apa yang disebarkan di internet (facebook) dan bukan tentang persoalan gambar ini tulen 99.9% atau pun tidak sebenarnya. Jika mereka marah, maka mereka juga harus sedar dan faham betapa rakyat juga marah dengan penyebaran video seks serta gambar yang dibuat oleh blogger upahan mereka untuk jatuhkan maruah pemimpin pembangkang?. Kenapa harus melenting dengan gambar ini, jika mereka telah melakukan lebih teruk daripada itu?.



Rombongan PM itu termasuklah isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, dua Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok serta Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dan Ketua Bishop Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam. 

Pertemuan itu merupakan pertemuan kedua antara seorang Perdana Menteri Malaysia dan seorang Pope selepas pertemuan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pope John Paul pada Jun 2002. Holy See merupakan kerajaan yang mentadbir gereja Katolik di seluruh dunia dan beroperasi dari Vatican City State, yang merupakan sebuah wilayah bebas dan berdaulat terletak di satu kawasan seluas 0.44 km persegi. Pope adalah pemerintah Vatican City State dan the Holy See. 

Persoalannya, kenapa Najib Razak selaku pemimpin sebuah negara Islam sanggup menyembah salib yang dipegang oleh Pope itu?. Bukankah aksi ini sungguh berbahaya dan boleh menimbulkan spekulasi yang bakal menjahanamkan sokongan orang Melayu (Islam) terhadap Barisan Nasional pada PRU-13 ini nanti.

  (Ikhsan)

.


1 Responses to "'Najib Sembah Salib'"
HIRZAN BAZLI BIN M HAROON FAHMIE said...

Najib kan pemimpin komunis UMAPCO. Ape guna Jamil Khir hadir dalam rombongan tu. Bagi la nasihat. Habis lagi duit rakyat....


October 13, 2011 at 3:55 AM

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors