RSS

Satu Perkara Yang Anda Dan Saya Tak Faham


Akhbar: Sinchew Daily News
Ruangan: Opinion Corner m/s
Tarikh: 8 Oktober 2011 (Sabtu)
Tajuk: Satu Perkara Yang Anda Dan Saya Tak Faham
Ditulis oleh: Ho Ya Lun (Timbalan Ketua Media)


Konsep Satu Malaysia Najib dalam blognya (menyatakan) melaksanakan satu analisa soal selidik bertajuk: “saya perlu utamakan selesai masalah…?”

Dalam laman blog itu ada 4 soalan: 1, bayaran bil dan barangan keperluan; 2, simpanan untuk hari tua; 3, program membeli rumah; 4, rumah tangga.

Seramai 921 orang yang ambil bahagian dalam soal selidik itu, hampir separuh daripada mereka utamakan bagaimana selesaikan hutang dan barangan keperluan, selebihnya sebanyak 30 peratus memilih utamakan membeli rumah.

(Ia) Menunjuk ramai orang bertungkus lumus bekerja mencari wang, semua yang diperolehi itu hanya untuk kos bayaran tanggungan setiap hari dan setiap bulan, untuk membayar bil-bil hutang yang tidak boleh ditangguhkan ataupun dilewatkan.

Berapakah kos yang dibelanjakan oleh seisi keluarga? Sudah tentu ia perlu lihat cara dan gaya hidup sesebuah keluarga itu sendiri. Tetapi perkara yang paling asas ialah makan minum, pakaian, perbelanjaan anak-anak sekolah, bil elektrik, bil telefon, bil pembentungan (air), bil insuran, bil kredit kad dan sebagainya, ini semuanya tidak boleh dielakkan, ini juga memeningkan kepala golongan orang-orang makan gaji setiap bulan.

Memiliki sebuah kenderaan dan rumah, perlu membayarnya setiap bulan, seterusnya perlu bayar cukai pintu, cukai tanah, cukai jalan, dan juga kita terpaksa beratur untuk membayar yuran perkhidmatan.

Sebab itu lebih separuh daripada orang-orang ini mempunyai bil-bil hutang yang menimbun yang perlu diselesaikan, termasuk bayaran untuk barangan keperluan harian yang memeningkan kepala setiap bulan.

Kenaikan harga barang, harga rumah yang melambung tinggi yang tidak munasabah, cukai yang semakin tidak turun-turun, tekanan hidup yang semakin menghimpit, golongan orang-orang yang berpendapatan sederhana, pendapatan mereka setiap bulan tidak cukup untuk ditampung, jika mereka tidak selesaikan bayaran-bayaran dengan segara, kewangan keluarga pasti akan menjadi defisit.

Masalah bil-bil hutang amat memeningkan semua orang, mereka hanya mengharapkan pihak kerajaan boleh melaksanakan suatu polisi untuk meringankan beban dan tanggungan mereka, bukan dengan cara kurangkan subsidi sebaliknya harga barang melambung naik, kenaikan cukai dan harga minyak petrol bertambah dan membebankan kos sara hidup.

Memang sepatutnya pihak kerajaan mengutip cukai pendapatan daripada rakyat, barulah pihak kerajaan dapat menggunakan duit itu untuk pembangunan, tetapi rakyat melihat pihak kerajaan bazirkan duit sewenang-wenangnya, mereka juga terasa pedih, bukankah duit-duit itu datangnya dari si pembayar cukai, kita semua telah dibebani dengan tekanan sara hidup sehingga sesak nafas, kenapa pihak-pihak yang berkenaan tidak berubah raut wajah apabila berbelanja?

Kos pembaik pulih Dewan Parliman angka digit yang luar biasa tinggi, bukankah ia hanya semata-mata digunakan untuk tempat bermesyuarat sahaja? Kenapa ia asyik diubahsuai berkali-kali bertahun-tahun, baru-baru ini diubah suai secara menyeluruh, menelan belanja RM520 juta, adakah ia diubahsuai lagi?

Bil-bil hutang setiap bulan yang memeningkan kepala kita, apakah nilai dan maksud wang-wang yang digunakan sehingga berbillion ringgit itu, susah untuk kita fikirkan. Pihak kerajaan tidak kurangkan cukai sebaliknya membazirkan wang yang begitu banyak untuk projek-projek yang langsung tidak ada kaitannya dengan kebajikan untuk rakyat, ia hanya untuk solekan semata-mata, rakyat jelata langsung tidak faham apa maksud dan tujuan itu.

Contohnya seperti menteri-menteri di kementerian dan pegawai-pegawai di jabatan-jabatan yang sudah menjadi kebiasaan bazirkan perbelanjaan berjuta-juta dan berbillion ringgit, selamanya tidak akan faham kepahitan yang dialami oleh rakyat bawahan yang dibebani dengan bil-bil hutang, dan mereka-mereka ini langsung tidak tahu bahawa orang-orang miskin dalam seumur hidup mereka tidak mampu membeli sebuah rumah walaupun harga yang rendah.

- terjemahan: AH/ A.Ng/ Q - 



.


0 Responses to "Satu Perkara Yang Anda Dan Saya Tak Faham"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors