RSS

Syamsul Yusuf Akan Arahkan Filem Terbaru Bukit Kepong, Nak Lawan Mat Sabu



Sebelum ini Malaysia telah digegarkan dengan kontroversi berkaitan sejarah kemerdekaan negara apabila Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu menyatakan bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan sebenar dan bukannya polis Melayu Bukit Kepong yang bekerja bagi pihak British. Kontroversi ini kemudiannya merebak bagaikan api yang tidak dapat dikawal lagi apabila Prof Zainal Keling mendakwa bahawa Malaysia tidak pernah terjajah. Kenyataan tersebut pula kemudiannya telah disokong oleh Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamed.



Kontroversi tersebut telah meninggalkan  banyak kesan samada kepada masyarakat mahupun pihak pemimpin-pemimpin negara. Dalam satu forum anjuran Sinar Harian, seorang pensyarah universiti tempatan menyebut bahawa minat anak muda terhadap sejarah negara semakin meningkat berbanding sebelum ini (kontroversi tercetus). Bajet 2012 yang baru-baru ini dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak juga secara kebetulan mengiktiraf jasa pihak tentera dan polis di negara ini yang mana sebelum ini dikatakan kurang diberikan perhatian yang sewajarnya.

 
Kontroversi berkaitan sejarah kemerdekaan negara ini nampaknya tidak akan tamat begitu sahaja. Hal ini demikian kerana, anak kepada rakan karib pengarah filem Bukit Kepong (Tan Sri Jins Shamsudin) yang telah dikritik oleh PAS, iaitu Syamsul Yusuf seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal hiburan, Izyan.Com, berminat untuk membikin filem sejarah berkenaan Bukit Kepong. Persoalan "mengapa projek terbaru Syamsul Yusuf ini dikaitkan dengan kenyataan kontroversi Timbalan Presiden PAS ialah kerana Datuk Yusuf Haslam (ayah Syamsul) merupakan rakan baik kepada penagarah filem Bukit Kepong yang telah dikritik hebat fakta sejarahnya".

Samada filem ini akan mengikut 100% fakta sejarah dari buku teks sekolah-sekolah atau ia akan mengemaskini semula fakta sejarah mengikut perspeksi Mat Indera - tidak pula diketahui. Namun, jika dilihat daripada latar belakang hubungan kerjasama antara Skop Production Sdn Bhd dengan kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (pembikinan drama/filem Gerak Khas), kelihatan seperti ia akan menampilkan fakta mengikut aliran 'semasa'.
 
  (Ikhsan


.


0 Responses to "Syamsul Yusuf Akan Arahkan Filem Terbaru Bukit Kepong, Nak Lawan Mat Sabu"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors