Menurut
khabar dan spekulasi, Perdana Menteri Najib Razak dijangkakan
membubarkan Parlimen dan meminta supaya Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan
dalam masa beberapa bulan lagi. Pada pilihan raya yang akan datang ini,
Najib buat julung kali memimpin Barisan Nasional dalam misi membentuk
kerajaan. Secara langsung, pilihan raya ini adalah satu ujian sejauh
manakah keyakinan rakyat terhadap pemerintahan Najib.
Najib
mengambil alih tampuk kuasa sejak April 2009 selepas menggantikan
Abdullah Ahmad Badawi yang terpaksa meletak jawatan - untuk
bertanggungjawab ke atas prestasi terburuk BN dalam pilihan raya umum
Malaysia pada 8 Mac 2008. Antara faktor yang dikatakan menyebabkan BN
hilang majoriti 2/3 di parlimen di samping hilang kuasa di empat negeri
adalah kegagalan Abdullah - atau lebih dikenali sebagai Pak Lah -
melaksanakan janji-janji perubahan yang telah memberi harapan kepada
rakyat semasa PRU ke-11 pada 2004.
Demokrasi
jalanan turut menjadi faktor besar. Himpunan raksasa "BERSIH" yang
menuntut pilihan raya bebas dan adil serta gerakan HINDRAF yang berjaya
menyentuh hati komuniti kaum India antara peristiwa yang gemar dirujuk
pemerhati politik dalam mengisahkan hari bersejarah 8 Mac 2008.
Tidak
dinafikan juga, media alternatif yang bebas daripada kongkongan mutlak
BN menyumbang terhadap pembentukan audiens baru yang lebih bersikap
kritikal dan sedia menyoal setiap tindak tanduk kerajaan. BN tidak lagi
mampu bergantung pada media massa arus perdana sahaja dan perkara ini
turut dipersetujui Pak Lah yang mengakui "BN kalah perang siber".
Maka,
sejurus penggantian Pak Lah, Perdana Menteri baru segera mendapatkan
khidmat nasihat pelbagai firma konsultasi komunikasi dan media. Dalam
jangka masa pendek Najib berkuasa, kerajaan Malaysia telah membelanjakan
berjuta-juta ringgit atas kempen-kempen komunikasi - atau lebih tepat
lagi, propaganda - yang dihasilkan syarikat-syarikat asing seperti APCO
dan FBC. Baru-baru ini, FBC terpaksa menanggung malu selepas dipecat
beberapa rangkaian media asing kerana dijumpai menerima bayaran daripada
kerajaan Malaysia untuk menghasilkan program pro-kerajaan Malaysia.
Kempen
"branding" atau penjenamaan seperti 1Malaysia dan pembentukan imej
Najib sebagai seorang pemimpin yang "cool" atau sempoi terus menjadi
agenda terpenting. Dengan kempen "perubahan" Presiden Amerika Syarikat
Barack Obama yang dilaksanakan dengan jayanya, agenda "perubahan"
dilihat menjadi suatu fenomena global. Tidak dinafikan, di Malaysia,
sudah bertahun-tahun slogan "perubahan" menjadi asas kepada agenda
parti-parti pembangkang. Maka, untuk Najib mempopularkan dirinya di
samping dilihat peka terhadap "perubahan" yang dituntut, beliau tiada
pilihan selain memulakan program-program yang bersifat "perubahan" atau
sekurang-kurangnya memberi persepsi bahawa beliau mewakili "perubahan".
Namun, perkataan
"perubahan" dan reformasi sesungguhnya sinonim dengan perjuangan
parti-parti yang anti-BN. Oleh itu, "transformasi" menjadi slogan Najib.
Tidak dinafikan, ramai di antara generasi pengundi muda yang membesar
dengan ditemani siri kartun Transformers, yang turut dihidupkan semula
dalam beberapa tahun yang lepas melalui siri filem wayang Hollywood.
Namun, cukup sempoikah pakej "transformasi" yang dihadiahkan Najib?
Adakah rakyat akan memberi undi kepada seseorang pemimpin hanya kerana
beliau sempoi?
Najib
sebelum ini sudah menghadapi pelbagai persoalan kredibiliti terutamanya
apabila dikaitkan dalam kes pembunuhan seorang wanita Mongolia. Gaya
hidup mewah yang dimiliki isterinya - Wanita Pertama Negara Malaysia
yang pertama sekali - turut memberi persepsi bahawa Najib yang sempoi
ini sebenarnya agak jauh dari realiti keperitan rakyat bawahan. Lagi
teruk, semasa melancarkan program Menu Rakyat 1Malaysia, beliau
digambarkan mengambil sepinggan nasi kandar yang nampak lumayan sekali
siap dengan dua ketul kepak ayam walaupun harga makanannya disiarkan RM3
sahaja. Mungkinkah semua ini helah yang sempoi?
Cakap
pasal helah, naik darah aku. Janji-janji yang dibuat Najib sempena Hari
Malaysia telah mengalami transformasi - menjadi penipuan yang keji
sekali. Beliau kata, negara Malaysia akan menjadi demokrasi terbagus di
dunia. ISA akan dimansuhkan. Akhbar akan diberi lebih ruang kebebasan.
Rakyat tidak akan dianiaya atas kepercayaan politik mereka. Sempoi gila.
Tapi,
ISA digantikan dua akta baru yang akan mengekalkan penahanan tanpa
bicara. Lagi, hari ini janji mansuh ISA, besok tahan 13 orang di bawah
ISA. Hari ini nak jadi demokrasi terhebat, besok bentang rang
undang-undang baru untuk mengharamkan perhimpunan jalanan. Di bawah Akta
Perhimpunan Aman, denda untuk sesiapa yang menganjurkan perhimpunan
tanpa memberitahu pihak polis ialah RM10,000. Manakala sesiapa yang
ditangkap semasa suatu perhimpunan boleh didenda RM20,000. Sempoi tak?
Inilah dia transformasi Najib. Sempoi sekali.
Sementara
beliau berjanji untuk mendengar cadangan yang bakal dibuat Jawatankuasa
Khas Parlimen untuk mengkaji tuntutan untuk mereformasikan sistem
pilihanraya Malaysia, tiada jaminan bahawa Najib akan membenarkan
Jawatankuasa tersebut menyelesaikan tugasnya sebelum membubarkan
Parlimen sekaligus menutup Jawatankuasa itu juga. Jelas, pilihanraya
yang akan datang tidak akan adil dan bersih tanpa berlakunya satu
reformasi.
Adakah
reformasi itu akan datang daripada Najib dan BN? Bagi saya, untuk
reformasi berlaku, reformasi perlu bermula dari tangan setiap rakyat.
Undi di tangan kita boleh memulakan reformasi untuk membersihkan
tanahair kita daripada elemen-elemen yang nampak sempoi tapi bersifat
kotor sebenarnya.
*Ng Eng Kiat, aktivis sosial dan hak asasi manusia, kini berkhidmat dengan kerajaan negeri Pulau Pinang. - Merdeka Review
Apa itu Akta Polis Seksyen 27.
Semakin
ramai membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman setelah ianya
dibaca buat pertama kali yang sepatutnya dibawa oleh Najib tetapi pada
saat akhir dibawa Menteri yang jaga parlimen, Nazri Aziz. Patut ler
beliau tidak membenarkan ianya dihebahkan kepada umum sebelum ianya
dibacakan oleh bos beliau. Gua ingin berkongsi dengan lu all, apa itu
akta polis seksyen 27, 27A, 27B dan 27C yang menjadi kontroversel ketika
ini.
Seksyen 27 Akta Polis 1967 secara jelas memperuntukan:
1.
Mana-mana pihak yang hendak mengadakan perhimpunan atau ceramah umum
hendaklah mempunyai kelulusan daripada pegawai polis daerah yang
berkenaan.
2.
Sebelum mengadakan perhimpunan sama ada di dalam premis atau di luar
premis, kebenaran polis hendaklah diperolehi demi kepentingan
ketenteraman awam dan keselamatan rakyat.
3.
OCPD boleh menimbang sesuatu permohonan (permit perhimpunan dan ceramah
umum) itu tetapi ini bukan bermakna kumpulan atau mana-mana pihak boleh
dengan sendiri mengadakan ceramah umum dan perkumpulan yang lebih dari
bilangan lima orang.
4.
Kelulusan permohonan permit juga tertakluk kepada budibicara polis dan
perhimpunan biasa didalam bangunan kebiasaannya dibenarkan.
Maka lu
all boleh ler bezakan antara akta diatas dengan RUU Perhimpunan Aman
yang baru dibacakan. Adakah Rang Undang-undang ini lebih bagus atau
lebih zalim, maka lu all sendirilah yang nilaikan kerana ini melibatkan
kepentingan awam.
Antara kandungan penting rang undang-undang yang dicadangkan itu:
1. Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang ditetapkan oleh menteri dalam negeri.
2. Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan kecuali terdapat bantahan dari polis.
3. Tiada protes jalan dibenarkan.
4. Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat.
5.
Seksyen 9(5) membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000
sekiranya tiada notis awal mengadakan perhimpunan diserahkan kepada
polis.
6. Seksyen 21(3) membenarkan polis mendenda pihak yang ditangkap sehingga RM20,000.
7. Individu bawah umur 21 tahun tidak dibenar menganjurkan perhimpunan; dan
8.
Kanak-kanak bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam
perhimpunan. Ini tidak termasuk perhimpunan berkaitan kebudayaan dan
acara keagamaan seperti perarakan kematian yang diluluskan oleh menteri
dalam negeri.
Dimanakah
keadilan buat rakyat marhaen bila akta baru untuk mengantikan akta
polis seksyen 27 lebih zalim dan menindas hak rakyat untuk bersuara.
Kita telah ditipu hidup-hidup oleh kerajaan milik Umno
kerana kita menyangkakan akta yang baru hendak digubal ini lebih baik
daripada akta polis. Inilah kecelakaan yang dibawa oleh Umno terhadap
rakyat dalam mempertahankan kesenambungan politik mereka.
Umno
berhujah "Perkara 9 dan 10 Perlembagaan Malaysia jelas menyatakan
bahawa apa-apa sekatan boleh dikenakan kepada hak untuk mewujudkan
perkumpulan atau hak bersuara sekiranya ia penting daripada segi
ketenteraman dan keselamatan dalam negeri".
Nampaknya Umno semakin
menyerlah dan cuba mewujudkan sikap pemerintahan diktator
dalam mengengkang rakyat marhaen bersuara dan menentang segala
penyalahgunaan kuasa yang mereka lakukan. Malah menteri dalam negeri,
Hishamuddin dengan sikap sombong dan angkuhnya berkata tidak akan
menarik balik akta tersebut atau menerima sebarang rayuan dari mana-mana
pihak agar ianya dikaji semula.
Inilah
sikap angkuh pemimpin Umno yang semakin hari semakin ego dan sombong
dengan kuasa yang dipinjamkan oleh Allah s.w.t. kepada mereka. Mereka
merasakan yang mereka akan berkuasa buat selama-lamanya tanpa menoleh
kebelakang untuk melihat apa yang terjadi kepada para pemimpin yang
sealiran dengan mereka yang akhirnya tumbang ditanya rakyat mereka
sendiri. Inilah masanya rakyat patut bangun menentang akta yang bersikap
drakula dan usah lagi percaya dengan kata-kata manis Najib yang
kononnya ingin melakukan perubahan. kita pasti dua akta baru yang akan
mengantikan akta ISA laknatullah pasti lebih zalim dari akta ISA itu
sendiri kerana inilah buktinya.
Ben
Ali dari Algeria, Mubarak dari Mesir, Gaddafi dari Libya, Suharto dari
Indonesia, Arroyo dari Filipina telah tumbang ditangan rakyat mereka
sendiri. Sikap para pemimpin ini sama sahaja dengan sikap pemimpin Umno
yang angkuh kerana mereka merasakan bahawa tiada siapa yang berani
menjatuhkan mereka. Siapalah kamu wahai Umno yang sombong,
"Tidakkah
kamu tahu bahawa Allah itu Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui apa yang
kamu tidak tahu. Maha suci bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang
menjadikan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan
sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Bijaksana dan tidak pula
Allah itu adalah MahaThir kerana Mahathir adalah Bapa Mizan". - / Gerakan Anti Najib/Rosmah
.