RSS

HAJI NAJIB, ROSMAH. ZAMBRY , JAMIL KHIR TAK SAH ?



Mufti Perlis persoal Jamil Khair isu Haji Najib Rosmah

Malaysiakini melaporkan:

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini - Mkini.

Kesian Najib Rosmah, selepas sanggup tinggalkan keselesaan untuk tunaikan haji ingatkan boleh perbaik persepsi dikalangan orang Islam tapi sebaliknya, nampak lebih memburukkan persepsi.

Sebelum ni ramai yang merpersoalkan kewajaran Najib Rosmah dikawal oleh lebih 20 orang bodyguard masa mengerjakan ibadah haji, kali ni mufti Perlis pulak mempersoalkan sah atau tak sah kerja haji Najib Rosmah.

Tapi nak kata apa, kira ok la jugak Najib Rosmah sanggup berihram walaupun setakat 2 hari saja, mula lepas Zohor 9 Zulhijjah sampai 10 Zulhijjah. Ingat senang ka untuk Rosmah nak pakai tutup-tutup macam tu, kesian dia, tentu dia rimas.

Pasai tu la kut depa ambil keputusan buat cara yang paling mudah. Bab nak bayar dam atau denda tu apa masalahnya, kat Pahang depa boleh agihkan lembu qurban sampai 402 ekor, takat nak sembelih kambing tu apa lah sangat. Lagi pun depa dah pernah buat haji sebelum ni, buat haji kali ni pun pasai nak pilihanraya saja.

Malaysiakini juga melaporkan:

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi. -
Ibid.


.


0 Responses to "HAJI NAJIB, ROSMAH. ZAMBRY , JAMIL KHIR TAK SAH ?"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors