RSS

Islam Moro Akan Kembali Berperang Dengan Tentera Filipina



Pertempuran antara tentera Filipina dengan MILF mungkin tidak dapat dielakkan lagi

Mujahidin MILF yang sentiasa bersiap siaga
KEPUTUSAN Mahkamah Agung Filipina yang menangguhkan pilihanraya Wilayah Autonomi Mindanao telah mengesahkan wilayah majoriti penduduk Islam itu, bukanlah sebuah wilayah autonomi sebaliknya masih sebahagian unit pentadbiran pemerintah Filipina.

Keputusan tersebut telah dijangka oleh para pemimpin Moro Islamic Liberation Front (MILF) yang mengandaikan kepada pihak kami, bahawa keamanan tidak terjamin selepas pengunduran pasukan pemantau antarabangsa pada 28 Februari depan.

Hampir semua pemimpin yang ditemui, termasuk seorang pimpinan pusat MILF tidak lagi menaruh harapan kepada dua perjanjian autonomi yang ditandatangani sebelum ini, di Tripoli dan Kuala Lumpur.


Kejadian serangan di Basilan beberapa minggu lalu seolah-olahnya titik akhir 'gencatan senjata' antara MILF dengan pemerintah Filipina apabila pertemuan panel pada 3 November lalu yang diadakan di Kuala Lumpur, tidak membuah sebarang hasil.

Menurut seorang pemimpin kanan di kota Marawi, pemerintah Filipina tidak pernah menghormati hak-hak penduduk Islam Moro dan tidak pernah menunaikan segala persetujuan yang diperbincangkan sejak 14 tahun yang lalu.

Katanya, melalui perjanjian yang dibuat, antara yang dipersetujui adalah, apabila pihak tentera Filipina berhasrat untuk memasuki mana-mana kawasan yang dikuasai oleh pihak MILF atas apa jua, tujuan, mereka mesti memaklumkannya kepada satu jawatankuasa penyelerasan yang telah ditetapkan.

Ia, katanya, adalah mengelakkan sebarang konflik yang boleh membawa kepada pertumpahan darah.

"Para pejuang mujahidin MILF, sejak gencatan senjata dibuat, telah menukar seragam tentera dan bekerja sebagai petani dikampung-kampung,

"Namun mereka tidak membuang senjata, mereka hanya menyimpannya, apabila pihak unit khas masuk ke Basilan tanpa sebarang pemakluman, dan menyerang pejuang MILF dan pertempuran telah meletus,"
ujarnya.

Menurutnya, ia bukanlah kali pertama Unit Khas Tentera Filipina masuk menceroboh kawasan MILF, bahkan sudah berkali-kali sebelum ini, mereka melanggar perjanjian.




.


0 Responses to "Islam Moro Akan Kembali Berperang Dengan Tentera Filipina"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog List 1

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors