RSS

Jamil Khir Guna Wang Zakat Untuk Burukan PAS?



Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberikan penjelasan kerana didakwa menggunakan wang zakat untuk memburukkan PAS.Mahfuz berkata, beliau mempunyai bukti Jamil Khir mengeluarkan arahan kepada Yayasan Taqwa untuk membayar sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ‘Bukti Pas bukan parti Islam’. 

Sambil menujukkan salinan surat arahan, Jamil Khir didakwa mengarah Yayasan Taqwa membayar kepada sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ‘Bukti Pas bukan parti Islam’ kepada sekumpulan imam dan bilal.
 

“Kita tiada masalah jika diserang, tetapi isunya ialah, mengapa serang Pas guna wang zakat?.
 

“Miskin sangatkah Umno sampai wang zakat pun diseleweng untuk tujuan politik Umno,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ni.
 

Yayasan Taqwa ialah badan yang berada di bawah kementerian Jamil Khir yang menerima dan mengagih wang zakat.
 

Buku itu pula diberi kepada sekumpulan bilal dan imam masjid dalam sebuah program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
 

Petikan surat itu berbunyi ‘sukacita dimaklumkan bahawa YB Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Bin Baharom, Menteri di JPM telah bersetuju untuk membeli buku itu sebanyak 250 unit, 
‘Mohon kerjasama tuan untuk membuat pembayaran ke syarikat itu,’ kenyataan surat itu dipetik dan ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Jamil Khir, Leftenan Kolonel Ab Jabar Mohamad Aris.
 

Beliau difahamkan, kursus yang sudah tiga kali diadakan itu turut dihadiri pegawai tertinggi polis Bukit Aman dalam setiap siri.
 

Manakala ucapan penutup disampaikan oleh bekas perdana menteri dan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 

Kesemua bilal dan imam dari seluruh Kedah itu dibawa ke sebuah dewan di Bangi untuk mengikuti kursus berkenaan.
 

“Kursus itu kata peserta tidak lebih kepada brainwash untuk mereka dan mebmuruk-burukkan PAS atas nama program Jakim,” kata beliau.
 

Sebelum ini, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar pernah membangkitkan perkara tesebut pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat namun Jamil Khir tidak memberikan sebarang penjelasan. / KD



.


0 Responses to "Jamil Khir Guna Wang Zakat Untuk Burukan PAS?"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors